Muiz memandang Mikayla yang baru keluar dari fitting room dengan wajah yang mencuka. Sedar akan Muiz yang tidak lepas dari memandangnya, Mikayla menghadiahkan satu jelingan tajam sebelum langkahnya diayun laju melangkah keluar dari butik. Tindakan Mikayla itu mengundang resah Muiz.
"Kay wait!" Panggilnya sambil mencapai tangan Mikayla namun segera direntap kuat olehnya.
"Lepaslah Muiz!" Marah Mikayla sebelum berlalu sebaik pegangan tangan Muiz terlerai.
Kali ini Muiz tidak lagi mencapai tangan Mikayla namun dia hanya mengikutinya dari belakang.
Mikayla mengambil telefon dari dalam tas tangannya untuk membuat pesanan grab tanpa menghiraukan Muiz yang hanya semeter di belakangnya. Kakinya tetap melangkah laju meskipun matanya ralit memandang skrin telefon.
"Kay." Panggil Muiz mahu mencuri perhatian Mikayla namun langsung tidak dihiraukan. Mikayla masih pantas berjalan meninggalkan Muiz di belakang.
"Kay.. Benda boleh bincang kan? Kenapa lari-lari macam ni?" Ujar Muiz agak kuat dan kali ini dia mampu menghentikan langkah Mikayla.
Mikayla yang terdiam di laluan pejalan kaki tersebut dan sedar-sedar sahaja Muiz sudah berdiri di hadapannya.
"You nak pergi mana ni?" Soal Muiz agak temengah. Fuhh jauh juga dia kejar Mikayla.
Mikayla menjeling Muiz sekilas. "Suka hati I lah nak pergi mana pun. Kena minta izin ke?" Jawabnya sambil membentak geram.
Hati Mikayla masih sakit dengan apa yang berlaku di dalam butik tadi. Kalau semua benda dia yang decide, apa guna Mikayla hadir bersama.
"No. Tak boleh. You're not going anywhere. I tak izinkan. We need to talk first." Ujar Muiz cuba berlembut namun itu mengundang amarah Mikayla.
Satu keluhan terbit dari mulut Mikayla.
"You bincang dengan diri sendiri jelah Muiz cause at the end of the day you'll end up deciding everything on your own." Balas Mikayla dengan jelingan tajam. Semakin dia melihat Muiz, semakin sakit hatinya.
Apa guna bincang kalau semuanya sudah diputuskan oleh Muiz dan Mikayla seolah-olah perlu menjadi pelakon sahaja di mana segala jalan cerita dan skrip sudah disediakan olehnya.
"Kalau you nak sanding then we will." Ujar Muiz mencuba untuk menarik perhatian Mikayla.
Terbit senyum sinis di wajah Mikayla.
"It doesn't matter sebenarnya semua benda ni tapi yang jadi masalahnya adalah bila you suka buat keputusan sendiri. You selalu buat I macam takde hak nak tentukan hidup I." Jawab Mikayla mulai mengendur.
Muiz hanya memandang Mikayla lama. "Habis tu you nak apa?" Soalnya.
"I taknak pape. I cuma taknak kahwin dengan you!" Balasnya jelas dan kuat.
Tekpikan Mikayla didengari beberapa orang pejalan kaki. Bergaduh pasal taknak kahwin depan butik pengantin? Menarik.
Muiz terpempan mendengarkan jerkahan Mikayla. Hatinya serta merta dipagut rasa sayu dan seakan dihenyak kuat.
"Kay don't say that." Ujarnya dengan suara yang bergetar. Bibir bawah diketap kuat menahan perasaan.
Mikayla perasan akan perubahan di wajah Muiz yang bertukar menjadi keruh namun dia tidak menghiraukannya.
"Why shouldn't I say that? See? You'll never let me decide anything on my own!" Marahnya lagi. Kali ini Mikayla sudah tidak peduli. Dia betul-betul geram dengan Muiz!
Muiz mengeluh perlahan. "I janji I akan explain but this is not how we end this thing. Please?" Pujuknya kedengaran terdesak.
Kalau betul Mikayla taknak kahwin macam mana?
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...