Bab 41

5.3K 258 16
                                    

Silau.

Mata dikatup kembali dan dibuka perlahan. Pandangan difokuskan ke sekeliling. Dia sendirian di dalam wad.

Seluruh badan seakan terkunci dan dia tidak mampu untuk bergerak.

"B.." Panggil Mikayla lemah. Hanya Muiz yang berada di dalam fikirannya saat ini.

Pintu dipandang dengan penuh harapan agar Muiz melangkah masuk namun keadaan tetap sama. Pintu wad tetap tertutup rapat.

Ingatan Mikayla terimbau kembali akan apa yang berlaku kepadanya.

"Sakit sangat b.." Mikayla hampir meraung dalam pangkuan Muiz bersama deraian airmata. Bahu Muiz dicengkam kuat.

"Sabar sayang. B dah panggil Ian." Jawab Muiz sebelum mencempung Mikayla masuk ke dalam kereta. Mikayla ditidurkan di atas riba Muiz.

Wajah iseri yang basah dengan airmata dipandang sayu. Hati Muiz remuk melihat keadaan Mikayla.

Pandangan Mikayla mulai kabur dan segalanya kelam. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hospital.

Muiz melangkah masuk dengan diikuti dengan Encik Adnan dan Puan Azura. Hati Mikayla disapa rasa tidak enak. Kenapa kedua ibu bapanya boleh berada di hospital.

"Sayang dah sedar?" Soal Muiz lembut. Mikayla dihampiri dan kepalanya diusap perlahan.

"I taknak jumpa b." Ujar Mikayla sedikit tegas.

"Sorry tadi b pergi jemput ibu ayah dekat bawah. Ian ambil diorang dekat airport. B minta maaf sebab takde masa sayang bangun tadi." Ucap Muiz sedikit kesal.

"I dah cakap yang I taknak tengok b kan." Arah Mikayla sekali lagi membuatkan Muiz terpempan.

"Dia taknak Muiz ada dekat sini kan? Tolong jangan rumitkan lagi keadaan dan buat anak ibu lagi stress." Sampuk Puan Azura pula.

Encik Adnan sudah menyiku isterinya yang lantang berkata-kata itu.

Dengan berat hati dia menuruti permintaan Mikayla.

"B tunggu dekat luar. Apa-apa sayang panggil nanti." Ujar Muiz seraya mengucup dahi Mikayla.

Muiz duduk di sofa sementara membiarkan Mikayla menenangkan diri.

"Muiz kenapa duduk sini? Siapa teman Kay dalam bilik?" Tegur Datin Anis pelik sebaik melihat anaknya berada di luar bilik.

Muiz memandang mamanya dengan senyum nipis.

"Ibu ayah ada dekat dalam. Saja Muiz nak bagi privacy. Mama papa masuklah. Kay dah sedar tu." Balas Muiz dengan tenang meskipun hatinya bergolak hebat.

"Yeke? Mama masuk dululah." Balas Datin Anis sebelum berlalu.

Muiz memejamkan mata dan tangan kanannya mengurut dada perlahan. Perasaan sebak hadir tanpa diundang dan perlahan-lahan airmatanya gugur. Semakin lama semakin lebat dan Muiz mulai teresak-esak. Dia langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana dia benar-benar tidak kuat saat ini.

Bait kata Doktor Elly seakan masih terngiang-ngiang di telinganya sehingga kini.

"Encik Muiz, berat untuk saya sampaikan berita ni tapi saya tetap perlu bagitahu encik." Ujar Doktor Elly berhati-hati.

"Apa dia doktor?" Soal Muiz ingin tahu.

"Your wife.. She lost the babies." Jelas Doktor Elly. Tepat dan padat.

"Allah." Hanya sepatah yang terkeluar dari bibir Muiz.

"Rahim Puan Mikayla masih belum kuat disebabkan kandungannya masih di peringkat awal dan ditambah pula dengan keadaan kandungan itu sendiri yang lemah. Hentakan kuat yang dialaminya tadi turut menyebabkan dia kehilangan keduanya." Jelas Doktor Elly serba sedikit.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now