Sepanjang pemergian Muiz, Mikayla cuma tidur dan sesekali ahli keluarganya masuk menjenguk ke dalam bilik. Hari mulai menginjak malam dan langsung tiada bayang Muiz.
Puan Azura mulai membebel di hadapan Mikayla dengan mengatakan bahawa Muiz lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana tidak kisah akan keadaan Mikayla.
Bait kata Puan Azura cukup untuk memgganggu ketenteraman perasaan Mikayla. Mujur Encik Adnan cepat-cepat menarik isterinya itu keluar dari bilik tidur anak mereka.
Melissa setia menemani Mikayla semenjak maghrib tadi.
"Kay, kenapa tengok je nasi tu? Makanlah. Sikit pun takpe. Jangan biar perut kosong je. Kay kan tak sihat lagi." Pujuk Melissa. Belakang Mikayla turut diusap perlahan.
Melissa dipandang sayu oleh Mikayla. "Mel, Muiz tak balik ke malam ni?" Soalnya agak perlahan bersama dengan suara yang serak. Hampir tidak kedengaran.
Melissa senyum segaris. "Nanti Mel call dia. Petang tadi Ian cakap ada server breakdown dekat studio ke dekat butik mummy. Diorang busy lagi settlekan benda tu kut. Kay makanlah dulu." Jawab Melissa sekaligus memujuk Mikayla.
Akur dengan permintaan Melissa, Mikayla mulai menyuap makanan yang disediakan oleh Datin Anis. Nasi putih serta sup sayur dan ikan kukus dihidangkan buat Mikayla.
Tekaknya hanya mampu menelan lima ke enam sudu nasi sahaja. Air milo kemudiannya disisip perlahan. Lantas Mikayla mengeleng.
"Kay taknak dah Mel." Ujarnya tidak sanggup untuk memaksa dirinya makan.
"Takpe, dah makan sikit pun takpe. Mel bawa turun dulang ni dulu eh." Ujarnya seakan meminta diri. Dulang makanan dibawa turut ke dapur.
Mikayla kembali sendirian di dalam bilik. Telefon diambil dan whatsapp Muiz dibuka. Tiada sebarang pesanan dan suaminya turut tidak online sedari tadi.
Melissa turun ke dapur dan berselisih dengan mamanya di tangga. Baki makanan di dalam dulang dilihat sekilas.
"Kay taknak makan?" Soal Datin Anis.
"Dia makan sikit je." Balas Melissa pendek.
"Muiz mana?" Tanya Datin Anis pelik. Anaknya keluar selepas zuhur dan masuk isyak masih belum pulang sedangkan isterinya baru sahaja keluar dari hospital tengah hari tadi.
"Tak tahu. Nanti Mel call dia kejap lagi." Jawab Melissa jujur sebelum berlalu ke dapur basah dan mencuci pinggan mangkuk yang digunakan.
Masuk ke semula ke dalam bilik tidur yang didiami Mikayla, Melissa sempat terdengar Mikayla yang mengerang perlahan. Iparnya dihampiri dan dapt Melissa rasakan bahawa Mikayla sedang menggigil sewaktu disentuh olehnya.
"B.." Rengek Mikayla perlahan bersama esakan perlahan.
Melissa menggosok badan Mikayla dan dahinya dirasa. Panas. Terbit rasa bersalah di dalam diri Melissa kerana tidak perasan Mikayla demam sebelum ini.
"B.. I nak you..." Rengek Mikayla lagi. Badannya semakin menggigil. Esakan Mikayla juga semakin kuat. Dia sudah tersedu-sedan menangis.
Telefon di dalam tangan Mikayla diambil dan nombor Muiz dihubungi beberapa kali namun tidak berjawab. Melissa mulai terasa geram.
"Call guna nombor bini pun tak angkat." Omelnya tidak puas hati.
Lantas Melissa menelefon Ian setelah Muiz tidak menjawab panggilannya. Hatinya berdoa supaya Ian mendengar telefonnya itu.
🌸🌸🌸
Ian melihat Muiz yang berbaring di atas katil di bilik rehat studio. Ruang yang sengaja mereka ubah suai untuk dijadikan tempat untuk berehat. Tambahan pula Ian sesekali tidur di studio mereka.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...