Bab 25

6.3K 251 2
                                    

Zara ketawa mengekek melihatkan wajah mencuka Zaim. Dia geli hati dengan keyakinan melampau abangnya itu.

Kononnya dapat pikat Mikayla dengan rancangannya.

"Itulah Abang Cik, orang dah kata Abang Cik ni dah tak betul. Awek tu tak dapat, duit pula yang melayang beribu." Sindir Zara.

Zaim ketap gigi. Adiknya langsung tidak memberikan kata-kata perangsang buatnya. Dia menyandarkan badan di atas sofa empuk ruang tamu. Zaim mengenang semula apa yang berlaku tadi.

Berkali kali dia menelefon Mikayla dan mesej turut dihantar kepada gadis tersebut namun dia langsung tidak menerima sebarang balasan sehinggalah Zaim menghantar lokasi workshop membaiki kereta.

Mikayla :
30 minutes. You dah sampai sana ke?

Hati Zaim berlagu gembira dengan kenyataan Mikayla. Sudah lima minit dia di situ kerana teruja mahu bertemu Mikayla.

Zaim :
Belum. I'm on my way.

Zaim menaip balasan buat Mikayla. Memang dia tipu. Kalau bagitahu dah sampai mesti Mikayla fikir dia beria pula. Tak pasal-pasal gadis itu rasa Zaim ni creepy.

Penantian Zaim terhenti apabila terpandangkan Honda City merah hati sampai di perkarangan workshop. Hatinya menanggung debar menunggu Mikayla keluar dari tempat pemandu. Dia bangun dan berjalan menghampiri kereta tersebut untuk menjemput Mikayla namun sebaik pintu kereta dibuka, Zaim terkelu melihat siapa yang keluar.

Bukan Mikayla!

Hati Zaim retak seribu. Dia tayang senyum yang dibuat-buat. Tangan dihulur untuk bersalaman dengan lelaki yang keluar dari kereta.

"Zaim." Ujarnya sepatah memperkenalkan diri.

Muiz menyambut salam dengan senyuman. "Muiz."

"Mana Kay?" Soal Zaim setelah tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahunya.

"Dia dekat butik tak boleh datang sebab stok baru sampai petang semalam so dia banyak kerja sikit harini." Jelas Muiz. Tambahan pula tiada kepentingan Mikayla untuk turut ke situ. Dia akan kebosanan menunggu nanti.

"I see."

"So what's your next plan since plan A tak jadi?" Soal Zara mengejutkan Zaim dari lamunan.

Zaim jongket bahu. "I don't know yet." Balasnya malas.

"Abang Cik tak rasa ke yang kereta tu boyfriend dia punya ke apa?" Zara menghadiahkan soalan cepumas.

Zaim mengeleng. "Macam tak je?" Jawab Zaim ragu-ragu.

"Anyway goodluck Abang Cik." Ucap Zara sambil menepuk bahu Zaim sebelum dia berlalu.

Ini kali pertama Zaim berminat dengan perempuan setelah lima tahun Zaim ditinggalkan oleh Intan disebabkan oleh lelaki lain.

Zara turut gembira bagi pihak abangnya kerana dia yakin bahawa abangnya mampu menggapai bahagia meskipun pernah dikecewakan oleh wanita lain sebelum ini.

🌸🌸🌸

Muiz tiba awal di butik untuk menjemput Mikayla dan tiba-tiba juga ramai pelanggan disitu. Mikayla dilihat sedang sibuk melayan pelanggan.

Mikayla menghampiri Muiz dengan riak menggelabah sebaik melihatnya.

"It's okay sayang b boleh tunggu." Ujar Muiz faham akan kekalutan Mikayla.

"Bukan pasal tu.. B tolong jadi cashier kejap boleh tak?" Bisik Mikayla kepada Muiz yang kebetulan baru tiba itu.

"Hah?" Muiz terkejut dengan ayat Mikayla.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now