Mikayla tersedar jam 8 pagi dan dia mulai panik apabila bilik sudah terang benderang. Mujurlah dia period jadi subuhnya tidaklah burn begitu sahaja.
Namun bangun lambat di rumah bakal mertua bukanlah sesuatu yang mengagumkan.
Mikayla segera mandi dan bersiap. Meski dia belum selesa sepenuhnya di sini, dia tetap perlu bergaul dengan mereka dan salah satu caranya ialah dengan merajinkan diri ke dapur walaupun dia langsung tidak pandai memasak.
Dua puluh minit kemudian, Mikayla keluar bilik dengan hanya memakai t-shirt dan joggerpant. Dapur dituju dan kelihatan kakak Muiz sedang menyediakan sarapan.
"Nak Kay tolong?" Sapa Mikayla seraya menghampiri Mia yang ralit membasuh di sinki.
Segera dia berpaling dan menghadiahkan senyuman buat Mikayla. Mikayla terpaku seketika melihatkan raut tersebut. Cantiknya Kak Mia. Kalau semalam dia tidak sempat memerhatikan wajah tersebut lama-lama dan tambahan pula mereka makan malam di dalam restoran yang bercahaya agak suram. Macam mana nak nampak jelas?
"Tak payah laa. Kay tetamu kan. Kakak ingat Kay join Muiz jogging tadi." Ujarnya berbasa basi.
Jogging? Memang dia jogging pun tadi. Jogging secara horizontal. Haha.
"Tak lah. Kay pun tak tahu dia pergi jogging. Kak Mia masak apa?"
"Fettucine aglio olio. Lepas tu ada nasi lemak Acik Hanim buat tadi. Kay makan?" Soalnya ramah sebelum beralih ke coffee maker untuk membuat kopi pula.
"Makan je semua kak." Jawab Mikayla sambil ketawa. "Orang lain semua mana?" Tanya Mikayla merujuk kepada Datin Anis dan Acik Hanim.
"Mama pergi pasar dengan Kak Alia dan Acik Hanim. Mel hari ni rajin pula jogging with the boys. Sebab tu kakak ingat Kay join sekali." Balasnya sambil bersandar di kabinet dapur.
Jadi maksudnya tinggal Mikayla dan Mia bersama anak buah Muiz sahaja di rumah saat ini.
"Assalamualaikum sayang." Sapa satu suara mengejutkan Mikayla. Mia senyum lebar dengan teguran tersebut.
Mikayla berpaling ke belakang dan melihat suami Mia, Hezry yang memberi salam seketika tadi. Dia yang berpakaian sukan masuk ke dapur basah.
"Waalaikumussalam abang. Cepat balik?" Soalnya.
"Mestilahh. I'm missing my girls." Jawabnya sambil sengih. Pipi Mia dipicit perlahan.
Mikayla terpinga-pinga seketika. Bukan anak Kak Mia lelaki ke? Yang perempuan tu anak Kak Alia dan Mukhriz. Atau dia yang tertukar semalam.
Badan Hezry direndahkan dan dia berdiri dengan menggunakan kepala lutut.
"Bagusnya sayang daddy ni teman mommy masak pagi-pagi." Ujarnya seraya mengusap perut Mia. Dia mencium baby bump Mia kemudiannya.
Saat ini baru Mikayla terpandangkan baby bump Mia yang mulai nampak. Lahh. Dia mengandung rupanya.
"Abang ni pandai-pandai je cakap girl. Kalau boy macam mana?"
"Kali ni abang yakin girl sebab mommy dia makin hari makin cantik berseri-seri." Jawab Hezry seraya bangun.
Mia mencemikkan bibir. Sabar jela dapat suami kaki lobi macam ni.
"Abang pergi mandilah dulu. Busuk ni. Tak kesian ke Kay tu kena tahan nafas dari tadi?" Ujar Mia sengaja mahu menghantar Hezry dari situ. Dia ni bukan boleh kira, karang lupa pula Mikayla turut ada di situ bila datang mood romantiknya nanti.
"Okey sayang. Abang naik mandi dulu." Beritahunya sebelum berlalu.
"Kak Mia pregnant dah berapa bulan?" Tanya Mikayla mahu memulakan bicara.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...