Bab 51

6.3K 295 32
                                    

"Aku nak minta tolong kau sikit." Ujar Muiz cuba berlagak tenang namun hatinya tidak mamp.

"Go on." Balas Ian di hujung talian.

"Kay hilang." Tepat dan padat kenyataan Muiz.

"What?" Ian sudah terjerit kecil di hujung talian. "Explain dekat aku." Arahnya tidak sabar.

Muiz tersenyum kelat. "Aku tak tahu bro. Kepala aku serabut sangat." Rintih Muiz perlahan.

"Take your time. Cerita satu-satu." Pujuk Ian yang mulai merasa gelisah dengan apa yang diberitahu Muiz seketika tadi.

Muiz menghelas nafas berat sebelum memulakan bicara.

"Aku balik rumah, semua makanan dah hidang atas meja. Kay memang dah cakap dia masak special tadi. Lepas tu aku check fon ada mesej Kay cakap yang dia tidur dekat hostel malam ni. But you know what.. The message was not from her. " Muiz berjeda seketika.

"Dia isteri aku bro, aku tahu kalau dia ke orang lain yang hantar mesej tu. Lagipun, Kay tak panggil aku you dan yang paling penting dia tak bahasakan diri dia as Kay." Ujar Muiz secara ringkas.

"Oh shit." Desis Ian. "Kau tak cuba call dia?" Tanya Ian kemudiannya.

"Tak. Obviously the phone is not with her. But it could be somewhere near her. Jadi aku perlukan pertolongan kau sekarang ni."

"Sure." Balas Ian. "Kay dah macam adik beradik aku sendiri Muiz. Of course aku akan tolong selagi aku mampu."

"Housemate kau dulu, Ken tu hacker kan?" Soal Muiz dan soalannya mengejutkan Ian.

"Mana kau tahu?" Balasnya dengan nada terkejut. Setahunya hanya beberapa orang sahaja yang tahu akam hal itu dan Kenneth tidak menggunakan kepakarannya untuk mengkhianati mahupun untuk mensabotaj orang.

"Mana aku tahu tak penting. Kau boleh minta tolong dia ke tak? Kalau dia nak bayaran, name it. Aku akan bagi. Tapi kalau banyak sangat dan kau rasa aku tak mampu, just cancel it."

"Ok aku cuba. Tapi kau nak dia buat apa?" Soal Ian.

"Aku nak track phone Kay." Jawab Muiz selamba.

"Guna finder dia tak boleh?" Soal Ian lagi. Cuba memberikan cadangan buat Muiz.

"Aku boleh cuba tapi macam mana kalau telefon dia off? Or the one yang ada telefon Kay tahu. Kita tak tahu macam mana keadaan dia dan apa sebenarnya yang jadi dekat Kay. Aku taknak bahayakan nyawa dia." Balas Muiz.

"Ok. Nanti aku call balik. Biar aku tanya dia dulu."

Muiz bangun dari katil dan segera keluar dari rumah. Dia hampir terlupa bahawa dia meminta Eric menunggunya tadi.

Turun di tingkat bawah, dia singgah di rumah Zarul dan Amy. Loceng ditekan beberpa kali sebelum dibuka dari dalam.

"Muiz dah balik?" Tegur Amy dengan wajah ceria.

"Haah kak." Jawabnya pendek.

"Kamu kenapa muka macam ada masalah je?" Tegur Amy sebaik terperasakan riak keruh Muiz.

"Kak Amy ada jumpa Kay?" Tanya Muiz tanpa berbasa basi. Dia tidak punya masa untuk hal remeh sebegitu.

Dahi Amy berkerut seribu.

"Ada. Petang tadi dia bagi daging kambing yang dah marinate. Tapi Kak Amy cakap sekejap je dengan dia sebab dia cakap nak balik siapkan makanan untuk Muiz. Kenapa?" Jawab Amy meskipun dia pelik dengan soalan Muiz.

"Kay takde dekat rumah." Balasnya jujur.

"Hah?" Amy sudah terkejut habis. "Dia keluar beli barang kut." Balas Amy.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now