Bab 6

7.3K 274 0
                                    

Melissa memandang Muiz yang berlaga lutut dengannya tunak. "So how?" Tanyanya sambil menongkat pipi dengan kedua tapak tangan.

Seketika tadi dia masuk ke dalam bilik Muiz setelah Mikayla berehat di dalam bilik yang dikemas Melissa.

Muiz telah menceritakan segalanya dari awal hingga akhir mengikut apa yang disampaikan Mikayla tanpa sebarang info yang tertinggal.

Ternyata Melissa juga turut terkejut dengan apa yang diberitahu. Patutlah Mikayla jadi macam tu.

"I'm still thinking. Muiz pun takde duit nak tolong dia. Apatah lagi nak tolong family dia yang muflis tu." Jawabnya sambil mengeluh perlahan.

"Betul. Kalau setakat dua tiga ribu, paling banyak pun lima ribu boleh la Mel tolong sekali tapi mesti tak cukup punya." Sokong Melissa sambil memangku dagunya.

"Satu je cara sekarang ni."

"Apa dia?"

"Minta tolong papa atau mama. Tapi Mel rasa diorang nak bantu ke?"

"Thats... Mel pun tak sure. Memanglah papa mama lebih dari mampu untuk bantu tapi untuk bagi dekat someone yang kita tak kenal sangat is almost a no for them."

"Yalahh tapi tu je kan cara dia. Takkan nak minta dengan abang atau kakak pula."

"Abang.. Mel ada idea!" Melissa menyampuk sambil memetik jari.

"Apa dia?"

"Kita boleh minta tolong dia pasal kes ayah Kay tu. Kawan dia Kak Elia tu kan handle pasal insolvensi ni." Cadang Melissa mengenangkan abang sulung mereka merupakan seorang peguam.

"Tapi Muiz taknak libatkan ramai orang lah Mel." Tolak Muiz lembut. Seboleh-bolehnya dia ingin usahakan sendiri niatnya membantu Mikayla. Bukannya dengan meminta tolong insan lain.

"Laa. Tadi kata nak tolong kan. Lagipun Muiz sendiri cakap yang ayah Kay muflis sebab terlalu percayakan kawan dia. Apa salahnya kita usaha untuk bersihkan nama dia."

"Let's give it a try." Balas Muiz bersetuju dengan idea Melissa itu.

🌸🌸🌸
"You dah okay?" Soal Muiz kepada Mikayla yang baru keluar dari bilik.

Terkejut dengan sapaan Muiz itu, Mikayla hampir terlompat. Disebabkan dia tergesa-gesa ingin menggunakan tandas maka langsung tidak perasankan Muiz yang berdiri tidak jauh darinya.

"Err. Okey." Jawabnya sebelum berlalu ke bilik air.

Seusai mandi, Mikayla masuk ke dapur kerana dia boleh mendengar bunyi seseorang sedang memasak dan apa yang mengejutkan adalah apabila terlihatkan Muiz yang sedang mengacau sesuatu di dalam kuali.

Mikayla diam tidak berkutik.

Man who can cook is sexy and women find man sexiest when they are in the kitchen.

Tiba-tiba sahaja kata-kata itu bermain di fikirannya malah the sexiest man itu merupakan Muiz. Lelaki yang berdiri hanya beberapa meter di hadapannya kini dan juga lelaki yang telah lama diminatinya.

"Ehem."

Terdengar deheman Muiz, Mikayla tiba-tiba sahaja menggelabah tidak tentu pasal.

"Seronok tengok I? Ni kalau I buat show, setiap sorang kena bayar entry fee 100 tau. Tapi sebab you tetamu I, I bagi free je." Sakat Muiz yang perasan akan riak segan yang dipamerkan wajah Mikayla.

Malu la tuu.

Mikayla buat muka. Perasan betul Muiz ni. "Elehh. Ada lah sangat yang nak tengok you tu."

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now