Bab 5

7.3K 299 1
                                    

Mikayla melangkah keluar dari bilik Melissa dengan pakaian yang sudah siap ditukar. Kedua pasang mata milik Muiz dan Melissa sedang memandangnya.

"I pergi dapur dulu buat kopi then we can have coffee talk." Umum Muiz sebelum berlalu ke dapur.

Mikayla berjalan menghampiri Melissa dengan perasaan yang berbelah bagi. Dia tidak selesa menjadi tetamu yang tak diundang di malam hari sebegini.

"Duduklah." Pelawa Melissa lembut.

Terkejut dengan tindakan Melissa yang berubah ramah akhirnya Mikayla hanya mengikuti.

"Sorry kacau you malam-malam." Ucap Mikayla. Sebentar tadi dia dengar yang Muiz mengejutkan Melissa dari tidur kerana pintu bilik tidak di tutup.

"It's okay. Ada benda yang lagi penting dari tidur sekarang ni." Balasnya senada.

Melissa kemudiannya memfokuskan kepada skrin telefon untuk melihat gambar dua orang anak buahnya, Hezfan dan Adelia yang dihantar Datin Anis seketika tadi. Ahli keluarga mereka yang lain sedang bercuti di London.

Hati kecilnya merasa sedih kerana tidak dapat mengikuti percutian keluarga mereka kali ini namun separuh hatinya tidak sabar menantikan kedatangan mama papanya beberapa hari lagi.

Mikayla hanya diam tidak terkutik di atas sofa. Dia merasa canggung untuk duduk di hadapan Melissa.

Hujung matanya melihat Muiz yang berjalan masuk dari arah dapur. Hatinya terdetik rasa lega dengan kehadiran Muiz itu.

Apa yang lagi mengejutkan Mikayla adalah apabila terlihatkan dulang berisi teko dan cawan yang dibawa Muiz.

Dia betul-betul buat kopi?

Muiz menghadiahkan senyuman nipis sebaik perasakan Mikayla yang langsung tidak putus memandangnya.

Melissa mengambil tugasan menuang air ke dalam cawan dan meletakkan di hadapan mereka bertiga.

"You wanted a coffee talk. Coffee talk it is. Siapa nak mula ni?" Melissa mula bersuara setelah menghirup kopi panas. Rasa mengantuk yang ditahan sedari tadi mulai hilang sedikit demi sedikit.

Muiz telan liur manakala Mikayla bermain-main dengan jarinya.

"Biar Muiz mula." Ujarnya sambil menawarkan diri.

"Go on." Balas Melissa.

"Muiz tahu Mikayla ada masalah since petang tadi Muiz jumpa dia menangis tepi jalan. End up malam ni dia buat tindakan drastik untuk kerja dekat club. Something is wrong isn't it?" Balas Muiz sambil menjongketkan kening buat Melissa.

"Dan I rasa keputusan you kerja dekat club tu ada kaitan dengan masalah you. Am I right?" Pandangan Muiz kini beralih kepada Mikayla yang hanya menunduk.

"Kay, look here and answer me." Sambungnya apabila langsung tidak mendapat sebarang respon. Mikayla mendongakkan kepala perlahan. Dengan malas dia mengangguk.

"First, I nak minta maaf sebab berkasar dengan you tadi. I tak patut buat macam tu." Ujar Muiz dengan rasa bersalah apabila terlihatkan pergelangan tangan Mikayla yang sedikit merah kesan cengkamam kuatnya tadi.

"Tapi I tetap rasa you tak patut menyibuk dalam hal I. Kalau betul pun I ada masalah dan itu yang buat I kerja dekat kelab tu. It still got nothing to do with you." Jawab Mikayla sedikit tegas. Dia rimas dengan sikap Muiz yang tidak habis-habis memaksa.

"I know I shouldn't but I told you to share your problem with me and I don't think by choosing to work at night club will solve your problem." Nada Muiz juga mula kedengaran tegas.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now