Bab 46

6.9K 333 22
                                    

Muiz kembali ke rumah sekitar 2 petang. Dapur dituju untuk mencari Acik Hanim. Kelihatan wanita itu sedang membasuh pinggan di sinki.

"Acik Hanim." Panggil Muiz tidak mahu mengejutkan pembantu rumahnya itu.

"Muiz dah lama balik?" Soalnya.

"Baru sampai ni." Balas Muiz dengan senyuman. Pintu peti ais dibuka untuk mengambil air oren.

"Kay makan ubat tak tadi Acik Hanim?"

Paip air ditutup dan Acik Hanim berpaling menghadap Muiz.

"Makan. Tapi dia makan sikit je tadi untuk alas perut nak makan ubat. Takde selera katanya. Cuba Muiz bawa naik makanan ni. Mana tahu dia ada selera kalau Muiz teman dia makan." Ujar Acik Hanim sambil menunjukkan makanan di dalam dulang. Dia memang berniat mahu membawa makanan buat Mikayla setelah selesai mencuci pinggan tadi.

"Ok. Terima kasih Acik Hanim."

Muiz naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik tidurnya. Pintu bilik tidak tertutup rapat dan terdengar suara ibu mertuanya, Puan Azura sedang membebel kepada Mikayla. Pintu didekati dan Muiz mulai mendengar dengan jelas apa yang diutarakan oleh Puan Azura.

"Habis tu takkan tak tahu pergi mana?" Soal Puan Azura lantang.

"Tak bu. Kay malas nak kacau Muiz. Dia ada kerja lah tu. Dia bukan pergi mana pun, mesti dekat studio Ian je." Jawab Mikayla tiada perasaan.

Terdengar rengusan kuat Puan Azura dari dalam bilik. "Suami apa macam tu? Isteri tengah macam ni pun keluar macam orang bujang. Semalam pun dah pukul sembilan lebih baru balik."

"Muiz balik ke semalam bu?" Soal Mikayla dengan terkejut.

"Mestilah, tapi tadi pagi-pagi dah keluar. Budak ni, takkanlah tak tahu suami balik ke tak? Habis tu kamu expect Muiz tidur kat mana semalam? Masa dia keluar kamu tak bangun lagi ke? Suami isteri apa korang dua ni. Pelik je ibu tengok." Bebel Puan Azura kepada anaknya.

"Kay tidur awal semalam. Sakit kepala. Ibu keluarlah. Dengar ibu membebel macam ni Kay peninglah." Ujar Mikayla sudah malas melayan ibunya.

Muiz menolak pintu bilik. Dua pasang mata kini memandangnya.

"Haa baguslah bawa makanan. Suruh si Mikayla ni makan. Dari tadi taknak makan. Macam-macam alasan." Ujar Puan Azura seraya bangun dari katil.

"Baik bu." Balas Muiz. "Ibu, flight malam ni pukul berapa? Nanti Muiz hantar." Sambungnya.

"Sembilan." Jawab Puan Azura sepatah. Sedar-sedar sahaja dia sudah menghilang dan pintu bilik ditutup dari luar.

Pandangan dialihkan kepada Mikayla yang bersandar di kepala katil. Dulang makanan diletakkan di atas meja.

"Mel dengan Acik Hanim cakap sayang makan sikit je semalam dengan pagi tadi." Muiz memulakan bicara. Isterinya dihampiri.

"I takde selera."

Pipi Mikayla diusap lembut. Dahi isterinya dicium kemudiannya. Tangan Mikayla ditarik untuk bangun dari katil dan mengikuti Muiz ke sofa 2 seater berhampiran tingkap.

Tingkap bilik serta sliding balkoni dibuka. Bagi membenarkan udara dari luar masuk. Aircond ditutup dan bilik hanya dipasang kipas.

"Now sayang makan. Sikit pun takpe. Nanti makan lagi. Jangan biar perut kosong je." Pujuk Muiz seraya mencubit ikan selar dan tulang diasingkan.

"B nak buat apa?"

"Suap sayang lah." Jawab Muiz dengan senyuman. Wajah isterinya dipandang lama.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now