Mata dibuka perlahan dan Mikayla sudah tidak merasa pening seperti tadi meskipun kepalanya masih sakit.
Mikayla tidur setelah diperiksa oleh Doktor Zana pagi tadi. Menurutnya, badan Mikayla kepenatan dan turut disebabkan oleh tidur yang tidak mencukupi.
Dia terpandangkan kelibat Hezfan di sisi katil. Anak buahnya itu menguntum senyum buat Mikayla. Tangannya dihulur untuk menyentuh dahi Mikayla.
"Mommy said Tikay is sick so I cannot play with Tikay." Ujarnya perlahan dengan dahi berkerut. Dahi Mikayla yang agak panas mengejutkannya.
Mikayla senyum segaris. Dia bangun dari pembaringan dan pipi Hezfan dicium. "Come. Sit here." Ajak Mikayla dengan menepuk ruang di sebelahnya.
Hezfan memanjat katil dan duduk di sisi Mikayla. Lengan Mikayla dipaut manja.
"Sorry Tikay tak boleh main dengan Efan tapi Efan boleh teman Tikay kan?"
Laju sahaja Hezfan mengangguk faham.
"Boleh!" Jawabnya yakin.
"Abang Efan tak boleh kacau Tikay. Tikay tired tau." Sampuk Mia di muka pintu. Dia hanya mengeleng dengan sikap Hezfan. Suka benar anaknya dengan Aunty Kay dia.
Mia menghampiri Mikayla dan mereka berpelukan seketika.
Hezfan memandang Mikayla dengan wajah monyok."But Tikay said Efan can teman Tikay." Ujarnya dengan rajuk yang kedengaran. Lengan Mikayla ditarik-tarik. "Tikay please tell mommy." Pujuknya kepada Mikayla.
Mikayla ketawa kecil. "Kakak, takpelah. Kay ok je." Ujar Mikayla kerana kesiankan Hezfan. Dia cuba berlagak tenang meskipun badannya terasa sangat lemah.
"Tapi Aunty Zana kata Kay kena banyak rehat." Balas Mia tidak bersetuju.
"Kakak pun kena rehat juga tau." Balas Mikayla seraya melihat perut Mia yang sudah memboyot dan hanya menunggu hari untuk melahirkan.
"Efan promise Tikay to be a good boy ok?" Tanya Mikayla sambil mengeluarkan jari kelingking dan pantas disambut oleh Hezfan.
"Promise!" Balasnya agak kuat.
Mia ketawa dengan gelagat anaknya. "Sure tapi kalau Efan kacau Tikay, mommy suruh daddy pula ambil." Ujar Mia memberikan amaran buat Hezfan.
"Kakak masuk bilik dulu tau." Beritahu Mia meminta diri.
"Do you miss Tikay?" Soal Mikayla kepada Hezfan yang setia di sisinya.
"I miss you a lot. Tikay can you take me to the zoo and buy me ice-cream? Mommy don't want to take me because.. Because she said wait until adik come out from her tummy." Ujar Hezfan bersungguh-sungguh dan penuh berharap.
Mikayla tersengih dengan permintaan Hezfan.
"Hmm we need to ask Ucu and wait for him to come home first. If he says ok then we will go there." Balas Mikayla tanpa memberikan kata putus.
Jam dinding dikerling dan sudah menunjukkan empat petang. Muiz semestinya sudah pulang kerana waktu di Melbourne awal dua jam.
Telefon diambil dan Mikayla terkejut dengan jumlah misscalled dan mesej dari Muiz. Bibir diketap perlahan.
'Mesti b risau ni.' Desis hati kecilnya.
Muiz dihubungi menggunakan facetime dan hanya beberapa deringan sahaja panggilan dijawab.
"Sayang ok?" Soal Muiz sebaik melihat isterinya yang sedang bersandar di kepala katil. Wajah pucat Mikayla jelas kelihatan di dalam skrin.
Datin Anis awal-awal lagi sudah memberitahu perihal Mikayla sewaktu dia menelefon mamanya sebaik Mikayla tidak menjawab panggilannya.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...