Ken menyambut mesra kedatangan Muiz, Eric dan Zarul ke rumahnya yang terletak berhampiran kampus. Ini kerana dia kini bekerja di universiti mereka di dalam bidang IT.
Sebaik sahaja menjemput tetamunya duduk, Ken menghulurkan dua helai kertas buat Muiz. "Ian already explained everything but I need you to sign this first."
Surat perjanjian dibaca dengan pantas oleh Muiz dan dia segera menurunkan tandatangan di ruang yang sudah disediakan sebelum memulangkan semula kertas tersebut kepada Ken.
"Give me a couple of minutes. Make yourself at home. " Ujarnya sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
"So you just signed the paper?" Soal Eric dengan riak terkejut. Wajah rakannya itu dipandang tunak.
Eric tidak menyangka Muiz yang dikenalinya cukup teliti bertukar menjadi seorang yang tidak berfikir panjang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
"There's nothing much dude. The agreement was only asking for my consent to hack Kay's phone." Jawab Muiz seraya duduk menghadap kedua kawannya itu.
"Muiz ada idea tak siapa yang buat semua ni dekat Kay?" Soal Zarul cuba mengumpul maklumat dari Muiz.
Muiz mengeleng. "Entah lah Abang Rul, it's either Syahir the ex boyfriend or Luke, owner nightclub but looking at how easy she was lured, I'm pretty sure it's not them. Kay memang naif sikit tapi dia tak selurus tu." Balas Muiz yang juga bingung.
Sedari tadi dia cuba menghubungkan kemungkinan tersebut namun langsung tidak mendapat jalan keluar.
Muiz mengeluh perlahan. Dia benar-benar ralat dengan apa yang berlaku. Ikutkan hati dia mahu memarahi Mikayla kerana terlalu senang diperangkap namun Muiz sedar dia tidak boleh menuduh melulu tanpa mengetahui perkara sebenar.
Dari duduk, Muiz kini bangun dan berjalan mundar mandir di hadapan Zarul dan Eric. Jujur dia resah menunggu Ken dan tidak mampu untuk bertenang.
Baru lima minit Ken masuk ke dalam bilik namun bagaikan lima jam buat Muiz. Setiap saat berlalu dengan begitu perlahan buatnya.
Zarul dan Eric juga sudah letih melihat Muiz yang sedari tadi tidak berhenti berjalan di hadapan mereka.
🌸🌸🌸
Muiz semakin hilang sabar dengan Ken. Mereka sudah berada di luar Escapades selama hampir dua jam namun lelaki itu tetap menghalang Muiz untuk masuk ke dalam.
Jadi apa gunanya mereka ke situ?
Rahang diketap kuat menahan geram. "I can only wait for five more minutes then I'll go inside. Don't stop me." Bentak Muiz kedengaran bengang.
Ken menghela nafas panjang melihat keadaan Muiz.
"You really need to listen to me or you will be in trouble." Balas Ken menahan geram.
Muiz sudah merenung tajam ke arah Ken dengan ayat balasan yang diterimanya sebentar tadi. Matanya dijulingkan. Kalau tadi dia boleh bersabar, kini tidak lagi.
"I'm paying you two thousand just to wait? Bullshit!"
"The security in there is no joke. I'm working my ass out can't you see?! Well just go in man if you really cannot wait." Sindir Ken sambil jari jemarinya laju menekan kekunci laptop.
"Then what the hell are you doing?!" Jerkah Muiz agak kuat.
Laju sahaja Muiz keluar dari kereta. Dia sudah benar-benar bengang dengan Ken. Masakan dia perlu menunggu lebih lama lagi sedangkan Mikayla kini berada dalam bahaya.
Langkah dibuka luas dan kaki diayun ke arah pintu belakang kelab.
Eric turut terkocoh-kocoh berlari mengikuti Muiz.
"Do you know where to go?" Tanya Eric dalam mengejar nafas sambil menyami langkah bersama Muiz.
Muiz cuma mengangguk laju bagi menjawab soalan Eric. Dia tidak mempunyai masa untuk berbual dengan rakannya itu.
Mesej di dalam telefon Mikayla cuba diingati kembali. Bahagian tepi bangunan dihampiri. Terdapat dua orang pegawai keselamatan setia menjaga pintu untuk masuk ke dalam kelab.
Langkah Muiz terhenti. Tidak menyangka bahawa kawalan pintu belakang seketat itu.
Kedua pengawal tersebut berbicara sesama sendiri sebaik menerima mesej daripada walkie talkie mereka.
Mereka beredar dari situ dengan tergesa-gesa dan hal ini memudahkan Muiz serta Eric untuk masuk ke dalam bangunan.
Nombor pin ditekan pantas dan pintu terbuka dengan serta-merta. Debaran di dada Muiz mulai menggila.
Terpampang ruang pejabat Luke yang mewah serta ekslusif.
"This is creepy man." Bisik Eric yang mulai merasa tidak enak.
"I didn't ask you to follow me." Sampuk Muiz.
Lampu di dalam pejabat terpadam dan kedua Muiz dan Eric tersentap perlahan.
"Noo!!!!"
Seiring itu juga kedengan jeritan Mikayla yang agak kuat.
Sekali lagi Muiz dan Eric terkejut dan kaki mulai melangkah ke arah suara jeritan tersebut. Jeritan Mikayla datang dari arah pintu di penjuru bilik yang tidak tertutup rapat.
"Shut up bitch!" Tempik Luke pula kedengaran meningkah jeritan Mikayla.
Pintu bilik ditolak kasar oleh Muiz. Mata Muiz sempat melihat Luke menampar pipi isterinya itu. Dia pantas berlari ke arah katil yang menempatkan Mikayla.
Badan Luke sempat ditendang dan disepak Muiz sehinggakan Luke terpelanting jatuh.
Izzy yang berada di sofa terkejut dengan kemunculan Muiz yang tiba-tiba itu.
"I'll take care of him." Ujar Eric sebaik melihat Muiz yang sudah menggila.
Muiz kini beralih ke arah Mikayla. Mata isterinya sudah terkatup perlahan-lahan. Kepala Mikayla dipangku di atas riba Muiz dan bahunya digoncang perlahan.
"Sayang!" Panggil Muiz agak kuat namun tiada respons.
Sekali lagi Mikayla terkulai layu di dalam pangkuannya dan sekali lagi Muiz gagal melindungi isterinya sendiri.
Luke yang sedang bertumbuk dengan Eric kembali dihampiri.
"Let me settle my things with him. Call the police and ambulance." Arah Muiz kepada Eric.
Eric cuma mengangguk.
"There's no need man. I already did." Sampuk Ken yang kini masuk bersama Zarul. Tangan Ken sudah kemas mencengkam pergelangan tangan Izzy yang ingin mencuri-curi lari dari situ.
Telefon Izzy juga kini sudah berada di tangan Ken.
Wajah Luke dipandang dengan penuh kebencian. Muiz mencerlung tajam ke arah lelaki itu.
"I already paid you ten thousands man!" Jerkah Muiz kuat.
Luke menguntum senyum sinis dengan jerkahan Muiz. Jujur dia agak gentar kerana bersendirian namun dia cuba untuk berlagak tenang.
"Ten thousand is nothing for me."
"Bullshit!" Balas Muiz bersama tumbukan padu di pipi kiri Luke sehinggakan pipi Luke tertoleh ke kanan dan dia turut terundur ke belakang.
"You promised me not to mess with both of us." Jerkah Muiz lagi bersama hayunan lutut di perut Luke. Kali ini dia sudah tidak kira. Luke perlu di ajar.
Luke meludah ke atas lantai darah cair dari bibirnya yang luka sebelum bersuara.
"That's what I promised you man. I promised her different thing." Balas Luke masih belum mahu mengalah. Sengaja mahu memprovok Muiz.
"Sial!!" Hayunan penumbuk Muiz mengena tepat di pipi Luke. Rahangnya terasa kebas.
Kali ini Luke sudah terduduk. Kali pertama ditumbuk Muiz sebelum ini, tumbukannya tidaklah sepadu mana namun kali ini badannya merasa sakit-sakit.
Polis dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Luke dibawa ke balas polis bagi tujuan siasatan. Muiz setia merangkul Mikayla yang terkulai lemah.
"I'm so sorry sayang."
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...