Bab 48

6.3K 286 19
                                    

Pertunangan Melissa dan Ian yang dilakukan pada waktu pagi serta majlis akikah Amarra yang diadakan pada tengah hari berjalan dengan lancar. Masih ada tetamu yang datang meski hari sudah menginjak lima petang.

Mikayla kini duduk di gazebo bersama Muiz bagi melepaskan lelah. Riak penat jelas terpancar di wajah keduanya.

Muiz memandang wajah Mikayla dalam-dalam. Pipi isterinya yang putih itu agak kemerahan disebabkan panas dan banyak mundar-mandir sedari tadi.

"Sorry." Ucap Muiz sepatah. Pipi Mikayla diusap lembut.

Dahi Mikayla berkerut. "Kenapa b?"

"Kita dulu tak tunang pun, terus kahwin. Kahwin koboi pula tu." Balas Muiz kedengaran bersalah.

Mikayla tayang sengih dengan ayat Muiz. "Semua tu tak penting, bertunang tu buat syarat je, nikah tu yang wajib." Balas Mikayla tenang. Benda yang sudah lepas tidak perlu dikenangkan lagi.

Meski perkahwinan mereka adalah secara tergesa-gesa dan bukan atas dasar cinta pada awalnya, mereka tetap bahagia.

Mikayla dan Muiz duduk bersebelahan sambil tangan Muiz membelek kamera untuk melihat gambar yang diambil tadi. Mikayla yang duduk di sisi Muiz turut memandang DSLR di tangan Muiz.

"Mana gambar Mel dengan Ian?" Soal Mikayla. Dia pelik kerana gambarnya lebih banyak berbanding gambar pertunangan iparnya pagi tadi.

"Ada dengan Jay. Dia yang ambil gambar tunang diorang." Jawab Muiz selamba. Jay merupakan photographer di studio milik Muiz dan Ian.

"Habis tu b?"

"Laa yang sayang tengok tu? B ambil gambar sayang je." Jawabnya tenang.

"Orang nak tengok gambar majlis hari ni, bukan nak tengok muka sendiri." Mikayla sudah memuncung panjang sebagai tanda tidak puas hati.

"Orang yang nak tengok gambar tunang, tapi b nak tengok gambar sayang je. Kamera b, suka hati b lah kan." Balas Muiz dengan tawa kecil. Sudah lama dia tidak menyakat Mikayla.

Mikayla kini mencubit lengan Muiz bertalu-talu dengan cubitan ketam.

"Sayang.. Sakit lah. Berdosa tau menyakiti suami tambah-tambah secara penderaan fizikal ni." Muiz buat suara sedih. Serta-merta Mikayla berhenti mencubit Muiz.

"Sorry b." Bahu Muiz digosok perlahan bagi meredakan kesakitan.

Muiz sudah tersengih sebagai tanda kemenangan. Dia sengaja mahu menakutkan Mikayla dengan ayat tersebut.

"I haus lah b. B nak air? I ambilkan?" Tawar Mikayla.

Muiz hanya mengangguk perlahan. "Eh jap, sayang duduk sini, biar b ambil. Still no ice for you." Balas Muiz tegas. Hanya air sunquick yang terhidang di atas meja ketika itu.

Mikayla sudah tayang muka tidak puas hati. Sudah sebulan keguguran dan dia masih perlu berpantang namun tidaklah beria seperti sebelum ini. Muiz masih melarang keras Mikayla dari meminum ais.

"Yalah." Jawabnya mengalah. Sedar bahawa Muiz melakukannya demi kebaikan Mikayla sendiri.

Ekor mata Mikayla memgikuti langkah Muiz ke dalam rumah. Hatinya terdetik rasa tidak percaya bahawa lelaki kacak yang selama ini menjadi pujaan tersebut kini sudah enam bulan menjadi suaminya.

"Boleh tumpang duduk?" Tegur satu suara yang menghentikan lamunan Mikayla.

"Duduklah." Jawab Mikayla sambil memalingkan wajah untuk memandang tuan punya suara. Mata tetamunya itu sudah tunak memandang Mikayla.

"Eh. Zaim!" Ujar Mikayla teruja dan agak terkejut. "Datang dengan siapa? You dah makan ke?" Dia cuba berbasa basi dengan tetamunya itu.

Lelaki itu tersengih di hadapan Mikayla. "Dah. Tunggu mama dengan adik I je ni. Tak siap-siap lagi." Jawab Zaim ramah. Wajah Mikayla ditilik lama. Wanita di hadapannya kelihatan semakin ayu bertudung.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now