Bab 55

6.3K 233 13
                                    

Thanks for 200k reads guys walaupun I busy gila gila and macam setahun sekali baru update tapi korang still support I. Thank youu 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

"Ready to talk?" Soal Muiz sebaik Mikayla berhenti menangis di dalam pelukannya.

Lambat-lambat mikayla menjawab.

"Dah. Kejap eh b.." Balas Mikayla sebelum bangun dan berlalu ke tandas.

Muiz hanya membiarkan isterinya mengambil masa sebelum bercerita.

Lima minit kemudian Mikayla kembali dengan wajah yang sudah dicuci serta rambutnya juga telah dikemaskan dengan pengepit.

Mikayla duduk di sisi Muiz sebelum menggapai kedua belah tangan suaminya. Wajah Muiz dipandang tunak.

"Are you hiding something from me?" Soal Mikayla.

Muiz menayangkan kedutan di dahi. "I thought you were going to share something. Tiba-tiba sayang pula yang tanya b." Balas Muiz kebingungan.

"Pasal ibu?" Jawab Mikayla senada. Muiz sudah berubah riak.

"Maksud sayang?" Masih mahu berlagak tenang meskipun dada Muiz sudah berdebar hebat.

Telefon Muiz diambil Mikayla sebelum di menekan-nekan skrin. "I tahu I salah sebab check phone b. Tapi I tak sedap hati la. Sorry b." Ujar Mikayla dengan rasa bersalah.

Whatsapp Puan Azura ditunjukkan kepada Muiz. Matanya sudah terbeliak dengan ayat ibu mertuanya.

Ibu:
Berapa lama lagi Muiz nak lengahkan masa sebelum ceraikan Kay?
Ibu penat lah macam ni. Muiz yakin ke Kay akan bahagia kalau terus jadi isteri Muiz?
Ibu tak nak ada menantu yang bawa nasib malang macam ni.
CERAIKAN MIKAYLA!

Muiz mengucap panjang dengan mesej Puan Azura. Tekaknya terasa kering. Tambahan pula Mikayla terlebih dahulu membaca mesej tersebut.

Meskipun setiap hari dia menerima mesej yang lebih kurang sama namun perasaannya kali ini lain macam.

Ya, setiap hari semenjak Mikayla dimasukkan ke hospital, Muiz menerima panggilan telefon dan mesej desakan dari Puan Azura supaya menceraikan Mikayla.

"Kenapa b tak bagitahu I?" Soal Mikayla tenang. Sekaligus menghentikan lamunan Muiz.

Muiz telan liur yang terasa kelat. Tangan diraupkan ke wajah beberapa kali.

"Sayang, there's nothing to tell." Muiz membalas lemah.

"Macam ni nothing lagi? Are you serious b?" Soal Mikayla dengan gelengan kepala. Tidak mempercayai tindakan suaminya itu.

"I don't have any intention to do so. Jadi kenapa b nak kena bagitahu sayang? Just to make things worst? Hmm?"  Soal Muiz sambil menjongketkan kening. Jelas terpancar riak terkilan pada wajahnya.

Mikayla terdiam tanpa kata. Wajah suaminya yang kusut itu dipandang lama.

"Well, I mean I should know.. She' s my mom and she shouldn't be doing that." Balas Mikayla.

Muiz mengeluh perlahan.

"Sayang, you were hospitalised. Apa yang lagi penting? Making sure yang sayang cepat sihat ataupun turuti permintaan mengarut ibu tu? Takde benda lain yang lagi penting selain pastikan yang sayang cepat sihat. Well, ibu..." Muiz mengeluh pendek sebelum meneruskan kata.

"Ibu... She's just being a worried mom and always wants the best for her children." Sambung Muiz perlahan. Ada getar dalam suaranya. Sengaja dia melarikan pandangan dari terus memandang Mikayla.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now