Pandangan ditala ke luar tingkap kereta. Menikmati pemandangan indah tanah air tercinta sepanjang laluan dari Sepang ke Damansara. Tidak banyak yang berubah semenjak kepulangannya tahun lalu. Namun kembali ke Malaysia, hatinya melantun gembira.
Malaysia tanah tumpah darahku! Meski Australia lebih maju, cintanya terhadap Malaysia tidak pernah berbelah bahagi. Heh tiba-tiba rasa patriotik pula.
"Apa kes sengih sorang-sorang?" Soal Muiz yang berpaling dari kerusi penumpang di hadapan. Melissa pula tertidur di kerusi sebelah Mikayla.
Kepala diangkat untuk melihat ke arah Muiz. Ya dia pulang ke Malaysia bersama Muiz dan Melissa. Atau dalam erti kata lain, Mikayla menerima lamaran Muiz dan mereka bakal berkahwin.
Mikayla:
I setuju nak kahwin dengan you.Itu mesej yang dihantar Mikayla kepada Muiz dua hari selepas menerima lamaran mengejut minggu lepas.
Muiz:
Really?Mikayla:
Yup. Tapi I ada syarat.Muiz:
What?Mikayla:
I taknak kita buat perjanjian or what. We should just go with the flow. I tak nak main-main dengan benda macam ni.Muiz:
That's more like it 😊Mikayla menghadiahkan senyuman buat Muiz. "I rasa happy dapat balik Malaysia. Ingatkan tak dapat balik tahun ni." Jawabnya jujur.
"You kenalah balik. Kalau tak I nak kahwin dengan siapa?" Muiz buat ayat kesian.
Mendengarkan jawapan itu, Mikayla hanya ketawa. Sabar jelah Muiz ni.
Sesungguhnya mereka belum menerima diri masing-masing sebagai bakal suami dan juga isteri sepenuhnya, kedua-duanya mencuba untuk mengenali diri masing-masing.
Tiga hari lagi Mikayla akan berangkat ke Kelantan bagi menemui kedua ibu bapanya yang sudah berpindah ke rumah nenek mereka. Perihal Muiz sudah diberitahu sedikit sebanyak kepada orang tuanya dan nampak gayanya mereka tidak menentang. Tiada sebab untuk menentang agaknya kerana mereka mungkin sedar ini salah satu cara untuk menyelamatkan pelajaran Mikayla.
Toyota Vellfire yang dinaiki Muiz, Melissa dan Mikayla berhenti di hadapan rumah banglo mewah tiga tingkat. Kedua Datuk Mus dan Datin Anis menaiki kereta lain yang dipandu anak sulung mereka. Tidak muat katanya memandangkan barang Muiz dan Melissa yang agak banyak.
Mulut Mikayla hampir terlopong melihatkan kediaman di hadapannya. Matanya terpandangkan garaj di sebelah kanan. Terdapat empat buah kereta di situ. Tambah yang baru dinaikinya sebentar tadi dah jadi lima. Tiba-tiba dia merasa begitu kerdil saat itu.
Mikayla dan Muiz? Bagaikan bumi dan angkasa lepas. Sekiranya bagaikan langit dengan bumi sudah menunjukkan betapa besarnya jurang itu, taraf Muiz dan Mikayla jauh lebih berbeza. Mikayla ketap bibir akan hal itu. Wajarkah tindakannya untuk menjadi menantu keluarga ini?
"Alah kakak ipar I, Kak Alia tu pun family dia biasa-biasa je. Ayah dia bekas pengetua dan ibu dia guru biasa. See? Kami ok je lah."
Mikayla teringat akan perkara yang pernah diberitahu Muiz beberapa hari lepas.
Walaupun bekas, dia pernah berpangkat pengetua. Berbanding ayahnya, apa pun takde dan yang paling penting, keluarga mereka sudah muflis. Itu lebih teruk dari miskin.
"Sampai bila you nak berangan? I masuk dulu lah Kay. Panas kat luar ni." Sapa Melissa yang berdiri tegak di hadapan Mikayla. Muiz awal-awal lagi sudah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...