Bab 26

7K 257 0
                                    

Mikayla sendirian di ruang tamu rumah neneknya di kampung. Ahli keluarganya yang lain emtah di mana.

Dia kembali setelah tiga minggu berkahwin dan kali ini dia pulang sendiri kerana Muiz sibuk dengan job photoshootnya.

Dia sempat disindir oleh ibunya sewaktu tiba seorang diri dua hari lepas. Mikayla tidak pandai menjaga suami katanya namun tidak dihiraukan oleh Mikayla kerana baginya Puan Azura bersikap tidak rasional dengan tuduhan melulu itu.

"Kay." Sapa Puan Azura seraya duduk berhadapan dengan Mikayla.

Dia memandang anak sulungnya yang termenung jauh. Rindu suami lah tu.

"Ya bu? Nak air? Kay boleh buat." Balas Mikayla lembut.

Ibunya diperhatikan lama. Masih sama seperti sebelum ini. Setiap hari berdandan dan keluar lepak bersama rakan-rakan. 

"Tak payah. Ibu dah minum tadi masa keluar dengan Cik Ana tu. Kay, macam mana pasal yang ibu cakap tu?" Soalnya beria.

"Pasal apa bu?" Balas Mikayla sengaja buat-buat tidak faham.

Puan Azura merengus perlahan.

"Pasal duit yang ibu minta tu. Duit yang Kay bagi dah habis. Dua ribu tu apalah sangat. Sehari pun boleh habis." Omel Puan Azura seakan tidak puas hati.

Hati Mikayla mulai panas dengan ibunya.

"Tak payah cakap sehari bu, dua ribu tu sejam pun dah boleh habis." Balas Mikayla bernada menyindir Puan Azura.

Puan Azura yang terkesan dengan Mikayla memandang wajah anaknya itu lama.hatinya terdetik rasa geram dengan Mikayla.

"Kenapa sejak kahwin dengan anak Datuk tu Kay dah jadi lain macam?" Marah Puan Azura. Menurutnya Mikayla sedikit berubah berbanding sebelum ini. "Atau keluarga mertua kamu dah hasut macam-macam sampai jadi macam ni?" Soal Puan Azura sedikit kuat.

Mikayla memandang Puan Azura lama. "Ibu, Kay tak berubah pun. Kalau Kay berubah sekalipun, berubah ke arah yang lebih baik. Kay nak bagi duit pun Kay mana kerja lagi. Ibu tolong lah ayah. Ibu tak kesian ke dia sorang-sorang dekat kedai tu?" Balas Mikayla panjang namun dia masih berlembut.

Ayahnya ada memberitahu bahawa dia ingin membuka kedai dengan wang yang diberi oleh bapa mertua Mikayla sewaktu mereka berkahwin dulu. Kini ayahnya sudah membuka kedai runcit dan dobi layan diri secara bersebelahan.

"Tolong ayah kamu tu buat apa? Ada pula modal nak sewa, beli barang dekat kedai tu. Kalau ibu minta asyik cakap takde duit je." Marah Puan Azura.

"Ibu jangan negatif boleh tak? Mana tahu dia memang simpan untuk tu jee. Nanti dah dapat untung ibu juga yang ayah utamakan nanti." Pujuk Mikayla meskipun hatinya sudah geram dengan sikap ibunya.

Puan Azura bangun dari kerusi dan menghentak kaki. "Ingatkan kahwin dengan orang kaya boleh bantu aku tapi makin miskin pula jadinya." Bentak Puan Azura.

"Lepas Kay masuk family Muiz, Kay rasa lain sangat."

Kata-kata Mikayla membuatkan Puan Azura terhenti dari berlalu.

"Muiz tak pernah solat sendirian bu, mesti ajak Kay solat jemaah kalau kami dekat rumah. Keluarga dia layan Kay baik sangat, tak rasa macam menantu pun. Lifestyle diorang tak macam kita masa kita berduit dulu. Memanglah kalau nak dibandingkan keluarga mereka jauh lagi kaya dari kita tapi semua down to earth, humble. Mama walaupun dia kerja, dia akan masak setiap hari sekurang-kurangnya untuk makan malam. Waima setakat goreng lauk dan sayur. Setiap hujung minggu pula akan buat gathering untuk eratkan hubungan." Ujar Mikayla sedikit kuat. "Ibu jangan salahkan Kay kalau Kay jadikan mama idola dalam rumah tangga." Ujar Mikayla panjang lebar.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now