Bab 27

6.6K 237 3
                                    

"Sayang, b tak settle lagi dekat sini. B minta maaf sangat tak boleh nak hantar you esok. Nanti ada free time b pergi sana eh?" Pujuk Muiz namun langsung tidak membantu.

Mikayla bakal kembali ke Melbourne esok pagi dan Muiz sudah berjanji untuk menghantarnya ke lapangan terbang sebelum ini. Malam ini dia mendapat berita bahawa Muiz tidak sempat pulang pula.

"Takpelah b. I balik Melbourne je pun." Balas Mikayla kedengaran sebak dan merajuk. Panggilan dimatikan.

Mikayla mulai menangis teresak-esak kerana dia tidak dapat berjumpa dengan suaminya sebelum pulang ke Australia. Dia menangis berterusan sehingga tertidur.

Ketukan di pintu mengejutkan Mikayla. Dia bangun dengan kepala yang pening dan mata yang bengkak untuk membuka pintu.

"Ya Allah! Kenapa ni?" Tegur Datin Anis di muka pintu sebaik melihat menantunya yang bagaikan tidak terurus itu.

"Mama.." Panggil Mikayla dan dia memeluk Datin Anis erat. Sekali lagi airmatanya terhambur di bahu ibu mertuanya itu.

Datin Anis kebingungan dengan menantunya itu.

"Kay, kenapa ni? Cerita dekat mama." Soalnya sambil menggosok belakang Mikayla untuk menenangkannya.

"Muiz ma.." Ujar Mikayla dalam tangisan.

Datin Anis mengerutkan dahi. Apa yang Muiz dah buat sampai Mikayla teruk macam ni.

"Kenapa dengan dia Kay? Muiz buat apa ni? Bagitahu mama. Dah la jangan menangis macam ni. Tarik nafas slow-slow, tenangkan diri pastu cerita dekat mama." Pujuk Datin Anis sambil menarik Mikayla ke katil. Mikayla didudukkan dan kini dia memeluk Mikayla secara duduk pula.

Mikayla menuruti nasihat Datin Anis dan setelah sedikit tenang dia mulai bersuara.

"Muiz ma, dia cakap dia tak dapat balik. Dia dah janji nak hantar Kay dan nak balik before dia pergi semalam." Ujar Mikayla dengan suara yang bergetar. Dia kemudiannya memandang Datin Anis tunak. "Kay tak dapat jumpa dia ma sebelum balik sana. Kay sedih sangat sebab takde proper goodbye." Sambung Mikayla dalam tangisan. Kesedihannya sudah tidak dapat disorokkan lagi.

Mikayla sendiri tidak memahami dirinya yang menjadi terlebih dilanda perasaan sebegitu.

Datin Anis kesian melihat keadaan Mikayla. Muiz pun satu. Kenapa tak berterus terang sahaja.

Selesai menenangkan Mikayla dan menyuruhnya mandi dan bersiap kerana mereka akan berangkat ke lapangan terbang, Datin Anis kembali ke biliknya dengan wajah tegang.

"Kenapa ni ma?" Tegur Datuk Mus yang baru selesai mandi.

"Anak papa tu. Buat hal. Mikayla tu dah macam zombie dah tak berhenti menangis dengan mata bengkak segala." Omel Datin Anis.

Telefon di sisi katil dicapai. Nombor Muiz ditekan dan setelah beberapa deringan, panggilannya dijawab.

"Hello mama." Sapa Muiz. Dia sedikit terkejut kerana mamanya menelefonnya seawal pukul empat pagi. Namun disebabkan tidur Muiz tidak lena kerana rasa bersalahnya kepada Mikayla.

"Sebelum mama cakap apa-apa mama nak bagitahu yang mama bukan nak sibuk hal rumah tangga Muiz. Tapi mama kesian dekat Kay tu. Kenapa Muiz tak cakap benda sebenar je dekat dia?" Marah Datin Anis dengan sikap anak lelaki bongsunya.

"Muiz tak.."

Belum sempat menghabiskan ayat, Datin Anis kembali bersuara dan tidak memberikan ruang kepada Muiz untuk membalas.

"Mama tak tahulah dah berapa jam Kay menangis dalam bilik tu. Mama tengok pun kesian. Tak baik dera mental dia macam tu. Dia tu isteri Muiz, mana boleh main-main macam ni. Isteri dengan girlfriend ni lain. Hati isteri lagi sennang tersentuh dan jiwa isteri lagi sensitif. Mama taknak Kay makin merajuk je nanti." Bebel Datin Anis lagi.

Epilog Cinta MikaylaWhere stories live. Discover now