Mikayla berjalan beriringan dengan Syahir ke dalam dewan yang disewa khas untuk jamuan tahunan pelajar Malaysia.
"I segan lah datang sini." Ujar Mikayla sebaik melihat ramai pelajar Malaysia di situ. Dia kurang pandai untuk bersosial dengan orang tambahan dengan orang yang tidak dikenali.
Matanya melilau-lilau melihat sekeliling. Sesekali pandangannya bersabung dengan tetamu lain dan dia hanya menghadiahkan senyumanz
"Join sekejap je lepas tu kita balik. I janji nak jumpa kawan I dekat sini." Pujuk Syahir tidak mahu mengalah. Sudah susah-susah datang taknak masuk pula.
"Yalah." Mikayla akhirnya mengalah. Takkan nak balik sendiri pula sedangkan dia datang bersama Syahir seketika tadi.
Mikayla kebosanan apabila Syahir mula berbual dengan rakannya mengenai bola sepa sedangkan dia hanya menjadi tunggul di situ.
"I ambil air dulu eh." Ujar Mikayla sebelum berlalu ke arah makanan yang tersedia.
"You nak ni?" Tegur satu suara seraya menunjukkan ke arah rendang.
Mikayla mendongak sedikit untuk melihat tuan punya badan yang menawarkan makanan kepadanya itu. Dalam keadaan tangan kanan memegang gelas air manakala tangan kiri memegang pinggan berisi pulut kuning, Mikayla kemudiannya bersetuju.
"Boleh juga." Jawabnya sambil tersenyum.
"Ayam ke daging?" Soalnya lagi sebelum menyenduk makanan di dalam buffet tersebut.
"Ayam." Balas Mikayla sepatah.
Segera dia mengambil rendang ayam dan dimasukkan ke dalam pinggan Mikayla.
"Thanks." Ucap Mikayla.
"Welcome." Jawabnya bersama senyuman manis sebelum berlalu dan menyertai rakannya.
Mikayla terpaku seketika di tempat dia berdiri sehinggalah perbualan antara dua orang perempuan mencuri perhatiannya.
"Bukan Muiz ke yang cedokkan makanan untuk dia?"
"Kann. Aku ingatkan aku salah orang tapi memang betullah dia. Kalaulah aku tahu, memang awal-awal lagi aku beratur belakang dia tadi."
Mikayla terpinga-pinga seketika. 'Muiz? Lelaki yang tadi tu nama dia Muiz ke?' Soalnya kepada diri sendiri.
Selesai makan, Mikayla keluar dari dewan kerana dia tidak selesa berlama di dalam. Punggung dilabuhkan di kerusi sementara dia melihat pemandangan di sekeliling.
Matanya terpaku dengan figura seorang lelaki yang sedang memapah seorang wanita ke kereta. Langkah yang terhinjut-hinjut menarik minat Mikayla. Mereka berjalan perlahan menghampiri kereta dan lelaki itu membantu wanita tersebut masuk ke dalam sebelum kereta tersebut berlalu meninggalkan kawasan tersebut.
Sebaik sahaja lelaki tersebut berpaling, Mikayla terkejut kerana dia merupakan lelaki yang sama di dalam dewan tadi.
Mikayla hanya memerhatikan dia berjalan dan sebaik sahaja menghampiri tempat Mikayla duduk, telefonnya berbunyi dan minta diangkat. Keadaan itu menjadikan dia tergesa-gesa masuk ke dalam dewan sambil berbual menerusi telefon.
🌸🌸🌸
"Macam mana you sure that he was me?" Soal Muiz sebaik Mikayla menceritakan akan bagaimana dia mula mengenali Muiz.
Mikayla ketap bibir. "I stalked you." Jawabnya antara dengar mahupun tidak.
"What?" Soal Muiz dengan nada terkejut.
Mikayla menggawangkan tangan di hadapan Muiz. "Bukan macam stalker psycho tu. Stalk dekat social media just to make sure you were the same guy tapi itulah b macam private sangat. You don't really share things." Jawab Mikayla.
YOU ARE READING
Epilog Cinta Mikayla
Romance[Sequel My White Knight tapi kalau tak baca the first one pun takpe ?] Masalah yang menimpa keluarga Mikayla sekaligus memberikan kesan kepadanya. Dia dalam masalah besar dan tiada tempat untuk meminta bantuan. "I akan bantu you." "Macam mana?" "...