Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi, kadang2 matanya sedikit terpejam, kadang2 juga matanya ditahankan supaya tidak tertidur. Izham melihat keadaan sekelilingnya yang hanya ditemani beberapa cahaya lampu yang samar2, manakala lampu bilik air pula sekejap hidup sekejap mati menambahkan lagi rasa gementar dihatinya. Almaklumlah, tinggal dia seorang sahaja di pejabat ni. Dia menjadi agak gugup kerana bangunan pejabat ini mempunyai 15 tingkat dan hanya dia sahaja pekerja yang tinggal selain beberapa pengawal keselamatan yang agak jarang untuk melihat atau mengawal tingkat atas ini. Itu yang membuatkan dia agak takut, Izham menepuk-nepuk pipinya untuk terus berjaga.
Tinggal 2 file sahaja yang dia harus siapkan, manakala 3 file telah dia siapkan. File Statistic Account, Resource Statistic dan Export and Import Report telah diletakkan di tepi mejanya. Segala ejaan, maklumat dan pengiraan mahupun jumlah telah ditelitinya dengan sehabis baik supaya tidak ada kesalahan. Tinggal File Human Resource Management dan File Account Money Bank sahaja yang tinggal. Izham benar2 putus asa dengan 2 lagi file itu, kerana kedua-dua file itu mesti ada rujukan dan maklumat sokongan untuk dia menyiapkan kerja ini. Sedangkan maklumat tersebut ada pada Jabatan Kewangan Utama.
Izham berasa amat stress dengan kerja yang tidak masuk akal dan juga perangai bosnya yang menyamai harimau. Biasanya memang begitu, ramai juga pekerja di sini yang sudah masak dengan perangai dia tu. Buat ini salah, buat itu salah, tengking sini, tengking sana. Kadang2 kerja yang dia bagi itu tak masuk akal langsung. Macam sekarang inilah, pada mulanya, bosnya itu hanya meminta file Resource Statistic dan Export dan Import Report sahaja. Izham memang dari awal sudah menyiapkan file itu. Ingatkan bolehlah dia berehat sebentar, sekali tak pasal2 Izham ditengkingnya sebab salah buat report. Dia minta File Statistic Account. Izham tercengang sebab perangai yang tidak masuk akal bosnya. Manakala file yang dia hantar ditelah dikoyakkan, dahlah tiada copy lain. Izham menarik nafas tenang kerana menghormati bosnya itu.
Kalau nak diikutkan hati, sudah disilat bosnya itu. Izham diminta untuk membuat semula 2 file tersebut termasuk file statistic yang entah bila disuruhnya buat termasuk file Human Resource dan File Account. Dengan gelabahnya Izham terus pergi ke pejabat Kewangan Utama untuk dapatkan penyata kewangan tetapi malang, Jabatan itu sudah tutup sebab sudah pukul 5.30 petang. Tanpa berfikir panjang, Izham terus menyiapkan kerja2 itu, dia harus menyelesaikan semua kerja itu sebelum pukul 10.30 malam kerana masa itulah bas terakhir akan sampai.
Agak susah bagi Izham kerana dia tidak mempunyai kereta, bukan dia tidak mampu, cuma malas, dengan sesaknya, dengan kos yang tinggi apabila rosak, itu yang membuatkan Izham tidak berminat untuk mempunyai sebuah kereta. At least, dia ada motorsikal buat ulang- alik ke pejabat cuma seminggu ni, Izham hanya menggunakan perkhidmatan bas atau teksi sebab motorsikal kesayanggannya masuk bengkel. Itu yang membuatkan seminggu ini agak sukar bagi dia.
Izham tak sangka yang masa boleh drag sampai pukul 2 pagi. Dia nak naik teksi memang sah2lah tak ada. Nak call Amzar atau Nabila tak boleh sebab kehabisan data. Kredit pun tak ada. Dia buntu, ingatkan mahu sahaja dia berjaga di pejabat sampai subuh, yelah besok hari sabtu, cuti.
Izham: Aduh!!!! Dah pukul 2 dah ni. Aku nak baliklah. Banganglah bos aku ni. Tak pasal2 kene buat kerja bangang ni.. Argh!!!!!!. Aish2, jangan jerit malam2 ni. Kang ade yang menyahut mati aku. Kang selama ni aku tidur dekat katil, tak pasal2 aku tidur dalam kubur kang. Bodohlah bos aku ni. Nak marah tak bertempat, besok konfem aku nak berhenti. Aish.. tak boleh nanti kalau aku berhenti... erm.. susah2.
Memang sudah terbiasa pekerja di Syarikat Jaya Holdings ini dengan perangai CEO syarikat ini. Panas barannya itu macam dah jadi sebahagian dari hidup bosnya. Tidak pernah dia nampak bosnya senyum. Habis pekerja dimakinya, dimarahnya dan sampai ditamparnya, hinggakan ahli keluarga pekerja itu menyaman syarikat ini, tapi bos buat tak tahu... ermm.. kayalah katakan. Mungkin dia tertekan dengan urusan kerja. Mana taknya, syarikat ini ada 2 cawangan belum lagi hotel yang berada di Port Dickson itu, dengan beberapa kedai perabotnya. Ish memang kayalah bos ni. Dia memang full packagelah. Tapi ada juga slack dia, baran dia itu. Baik2 menjadi menantu pilihan sedunia berubah pula menjadi menantu paling digeruni. Kang isterinya habis dikerjakan. Tadi pagi nampak PA bos yang baru keluar bilik nangis2.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...