Nabila mengenyakkan badannya dia atas katil, 3 hari dekat Kelantan memang sangat-sangat memenatkan, buat itu, buat ini yelah anak dara katakan itu yang disuruh macam2. Basuh pinggan mangkuk, bungkus makanan, tolong hiaskan tempat makan, tolong beli itu beli ini. Sumpah memang penat, yang abangnya asyik berbual, main telefon kerja pun sikit2. Lelakilah katakan, tapi bila Nabila perli, kena marah pulak, kata dia perempuan mana kena angkat bangsal, angkat meja, whatsoeverlah malas nak dengar.
Tapi sejak akhir2 ni, abangnya lebih ceria jika nak dibandingkan dulu, tak tahulah kenapa, apabila ditanya.. dikata pula jangan sibuk... ermmm.. ni ada bunga yang dah bertandang di hati ni. Ibu pun macam gembira jer lihat sikap anaknya itu yang sentiasa happy mood. Cuma satulah, kalau dia happy2 ni memang sikap menyakat adiknya itu datanglah, tak habis2 sakat si Nabila sampai penat Nabila. Tapi oklah daripada sebelum ni, tak menyakat langsung, mana taknya kecewa dengan buah hati sebelum ni, rindu pula Nabila time tu. Itulah manusia, bila ada di depan mata tak dipandangnya tapi bila dah tak ada, barulah sibuk nak mencarinya.
Sejak 2 hari tu jugalah, setiap masa Nabila dan Izham berbalas khabar melalui whatapp, memang telefonnya sentiasa dipegang tak pernah lepas hinggakan telefonnya terjatuh ke besen air sebab leka main phone sambil basuh pinggan.. ha.. kan.. dah kena setepek. Nasib baik phonenya itu tak ada apa2, time tu mulalah mak cik Jemah yang sama2 basuh pinggan bising.
Namanya bukan makcik Jemah tapi Puan Safura cuma perangainya macam Jemah yang bising2 selalu dalam cerita tu. Berleter itu, leter ini sampai bernanah telinga Nabila mendengarnya, dah bising, berhenti sekejap, lepas tu sambung gosip mak nenek dia tu. Entah nama sapa2 jer dia sebut, Nabila tak kenal pun orang yang dia sebut tu, tapi mengeyakan jer bagi nak menjaga hati si makcik ni.. aish... tapi baguslah walaupun sekepoh makcik Safura ni tangannya laju membuat kerja, kebanyakan pinggan mangkuk dia yang kebas, cucikan. Nabila hanya tersenyum sahaja at least tak adalah rosak tangannya ini.. hehe.. aish.. macam mana nak jadi isteri terbaik untuk Izham ni..ermm...
Malasnya besok nak kerja, tapi tak takkanlah nak minta cuti. Besok abang Nabil dah start kerja, ala... rindulah pulak dekat abang Nabil. Siapa nak temankan Nabila nanti, akak Nadira sibuk dengan hantaran pula. Lagi 3 minggu majlis pertunangan yang sebenar Nabila dan Izham akan berlangsung. Tak sabar pula hendak menunggu hari itu. Itu yang kakaknya sibuk membuat hantaran, yelah memang dah tak ada kerja nak dibuat, itupun sibuk tolong Izham buatkan hantaran untuknya.
Almaklumlah Izham anak yatim piatu, tiada sesiapan pun nak buatkan dia hantaran. Idea Kak Nadira juga, Izham lelaki mana reti bab2 hantaran ini, Cuma tulah Nabila tak tahu pun barang apa yang dibuat hantaran sebab dirahsiakan, mungkin tak nak Nabila tahu. Manakala hantaran Nabila dihandle oleh ibunya. Kalau boleh Izham malas nak buat majlis pertunangan ni, terkenangkan dia tiada siapa2, Izham beritahu tentang pertunangan dengan Kak Amizah, syukur Kak Amizah boleh datang, tetapi tidak sempat untuk membuat hantaran kerana sibuk menguruskan budak2 dekat rumah anak yatim nak menduduki peperiksaan. Itu yang Izham membuat keputusan tidak payah buat majlis pertunangan, bila ibu Nabila dengar terus dia berkeras hendak buat, Izham ikut sajalah.
Pejam celik dah hampir dengan majlis pertunangan 2 merpati itu, hampir semua persiapan siap walaupun ada berbaki 3 minggu lagi. Izham dan Amzar ada juga tolong sikit2 untuk majlis ini. harap semuanya berjalan dengan lancarlah.
Ibu Nabila: Nabila? Mana abang kamu?, dari pagi sampai ke tengahari tak nampak batang hidung pun. Ingatkan nak suruh bawakkan mak pergi rumah maklang kamu.
Nabila: Entahlah mak, katanya nak keluar dengan seseorang. Tapi tak ada cakap pun dengan siapa dia nak keluar.
Ibu Nabila: Ibu call x dapat pun... ermmm
Nabila: Nanti dia baliklah tu..Oh yer, Izham call tadi dia kirim salam. Dia cakap lagi kalau ada apa2 cakap, nanti dia tolong. Since mak nak pergi rumah maklang ni. Jomlah sekali mak, Nabila hantarkan sebab Nabila hendak keluar ambil Izham nak pergi rumah Kak Nadirah ni.
Ibu Nabila: Baguslah kalau macam tu, dah lama juga mak tak jumpa Izham sejak 2 minggu lepas. Kejap mak siap. (Ibu Nabila terus menuju ke biliknya, Nabila pula tersenyum mungkin tidak sabar untuk berjumpa dengan Izham)
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...