Demi Mencintaimu 4

3.2K 110 2
                                    

Pancuran air membasahi segenap tubuh Izham. Dia ingin membersihkan apa yang patut dia bersihkan, Izham tidak mahu sisa2 Fattah berada di badannya. Dia jijik dengan perbuatan Fattah. Perbuatan Fattah yang tidak dapat dimaafkan sampai bila2. Rehat. Itulah jalan terbaik untuk dia restrain tubuh badannya, tenangkan dirinya pada segala masalah yang menimpa dirinya. Tubunya dihenyakkan diatas katil biliknya, memandang kearah kipas tanpa perasaan. Demamnya sudah mula reda tetapi badannya sangat lenguh.

Dia berfikir sejenak. Patutkah aku pergi buat report, tak mungkin..tak mungkin..Nabila mesti tak boleh terima. Tapi macam mana aku nak balas semua perbuatannya. Kalau aku report pun polis tu nak percaya ker cakap aku. Belum masuk kes malu lagi, malu dengan Amzar, malu dengan Nabila, dengan keluarga Nabila. Memang report bukan jalan penyelesaianlah maknanya. Tak guna kau Fattah, kau memang jahanam. Kalaulah Malaysia ni tiada hukuman untuk pembunuh, kaulah orang pertama yang aku bunuh.

Satu hal lagi, macam mana aku nak ambil barang aku dekat si jahanam tu. Dompet, lesen motor, kad atm, laptop lagi-semua ada dalam beg aku. Aduh!... menyusahkanlah dia ni. Aku tengok muka dia pun rasa macam nak sepak jer, ni nak berhadapan dengan dia. Memang tak ar jawabnya.

Air matanya mula membasahi pipinya sekali lagi, entahlah Izham pun tidak tahu untuk keberapa kali dia menangis, dia tidak akan mudah membiarkan air matanya mengalir kemukanya, sejak dia kehilangan ibu bapanya, itulah kali terakhir dia berkata dalam dirinya, aku lelaki dan tak mungkin aku akan menangis... tetapi kali ni, dia benar2 tidak berdaya. Dia diperlakukan seperti binatang, peristiwa paling hitam yang pernah terjadi dalam dirinya.

Bagaimana dengan Nabila, cinta hatinya yang betul2 dia jaga. Dia telah bersumpah terhadap dirinya yang dia tidak akan cari mana2 perempuan selagi dia tidak mendapat cinta Nabila. Sekarang ni cinta Nabila berada ditangannya, Nabila telah menyerah cinta hatinya terhadap Izham untuk Izham menjaganya. Nabila percaya Izham adalah masa depannya. Tetapi apa yang Izham buat, Izham rasa dia telah mensia-siakan cinta yang ikhlas itu. Cinta wanita yang tidak pernah sedikit pun kecewakan hatinya. Nabila memang benar2 jaga cintanya terhadap Izham, tidak pernah sesekali pun dia bergaul mesra ataupun keluar dengan lelaki lain sejak Izham bersarang di hatinya.

Izham nangis dengan sekuat hatinya, biarlah apa nak jadi jadilah. Kali ini dia lepaskan segala-galanya. Wajah arwah ibu bapanya mula muncul dalam fikirannya. Betapa rindunya dia dengan arwah ibu bapanya dan Ibu Muna.. sangat2 merindukannya..dia membiarkan air matanya mengalir mungkin ini yang terakhir. Apabila besok tiba, dia akan melupakan semua yang terjadi, dia akan jadi lebih kuat, kuat-sekuat kuatnya. Tomorrow, the true me will arise. Fattah.. aku akan buat hidup kau merana sial..

Amzar: Zam... zam... bangun zam (Izham menggeliat malas di atas katilnya).
Izham: Apehal kau kacau aku tidur ni, aku nak rehatlah. Dah2 pegi sana.
Amzar: Kau halau aku.. woi.. bangunlah.. kau tak pergi kerja ker, kang lambat, kau salahkan aku. tak kejutkanlah, tak cuba bangunkanlah. Time tu memang kena penangan akulah jawabnya. Dah cepat bangun.

Izham bangun dengan malas, aku nak cakap apa kat mamat ni. Takkan cakap dah berhenti kerja kot, alasan apa yang aku nak bagi kalau aku cakap aku dah berhenti, argh... lantaklah

Izham: Aku dah berhentilah..
Amzar: Hah! Dah berhenti, apsal bro, kenapa kau berhenti tiba2 ni, masalah apa yang kau dah buat, kau tak tahan ker, gaji kau besar kot (ermm dah mula dah, dia punya "take care" dia tu)
Izham: Entahlah, aku macam dah tak ada hatilah nak kerja dekat situ. Malaslah.
Amzar: Macam tu pulak, peliklah aku tengok kau ni. Lepas ni kau nak kerja ape wei. Aduh... gaji punyalah banyak kerja dekat sana, berhenti pulak. Lepas ni, siapa nak bayar sewa rumah, sekarang ni dahlah susah cari kerja, orang selalu cari kerja ambil masa beberapa bulan kau tau x.. Adumak
Izham: (aduh dah mule dah, dia punya bebel tu, aish malas betullah nak dengar). Amzar.. amzar.. daripada abang membebel dekat Zam, lebih baik abang tengok jam tu pukul berapa sekarang.
Amzar: Mulelah nak tukar topik. Orang nasihat, bukannya cakap kosong (aish Amzar ni takkan nak sambung lagi bebel. Mak ai, tak pergi kerja ker mamat ni)

Demi Mencintaimu - ReReleasedWhere stories live. Discover now