Demi Mencintaimu 5

2.9K 106 0
                                    

Nabila mengambil jubah merah di almarinya, lama juga dia membuat keputusan pakaian apa yang sesuai buat dia pakai untuk makan malam bersama kekasihnya itu. Sudah seminggu juga mereka tidak berjumpa, rindu juga Nabila terhadap Izham. Semalam Izham call hendak bertemu dengan Nabila dekat tempat biasa, risau juga bila seminggu Izham menyepi, entah ke mana Izham menghilang. Kata bosnya dia dihantar ke Langkawi. Lega juga bila dengar tapi itulah hatinya rasa tidak sedap hati. Dia harap Izham dalam keadaan yang baik2 sahaja.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam, tidak sabar untuk dia berjumpa dengan Izham. Nabila mengenakan tudung labuh berwarna hitam disesuaikan dengan warna jubahnya yang merah. Izham suka warna merah hitam apa salahnya malam ni dia memakai apa yang disukai, Nabila beranggapan yang Izham juga akan memakai warna yang sama dengannya. Nabila mendapatkan kunci diatas meja lalu menuruni tangga terus ke luar pintu rumahnya.

Ibu Nabila: Wahai Tuan Puteri, dimanakah gerangan Tuan Puteri ni mahu pergi? (sambil membetulkan tudung anak perempuan kesangannya tu)
Nabila: Wahai Ibunda, bukankah Tuan Puteri sudah memberitahu kepada Permaisuri yang Tuan Puteri ingin berjumpa dengan Tuan Putera (sambil memeluk lembut ibunya itu)
Abang Nabila: Ermmm.... Baiklah Tuan Puteri, Patik membenarkan Tuan Puteri untuk pergi mengejar Tuan Putera itu. (sambil ketawa dihadapan TV)

Nabila terus pergi ke arah abangnya lalu memukul menggunakan beg tangannya. Abangnya mengerang kesakitan.

Nabila: Perkataan mengejar tu salah ok. Bukan kejar, ish macam adik pulak yang perigi cari timba.
Abang Nabila: Ok.... (sambil menunjukkan reaksi malasnya)
Ibu Nabila: Dah.. dah... aish... macam nilah kalau berjumpa asyik nak bergaduh sahaja. Kalau tak jumpa rindu pulak. Macam2 jelah korang berdua ni.
Nabila: Oklah bu, Nabila pergi dulu. Doakan Nabila selamat dan cepat sampai jodoh bukannya macam orang sebelah ni. Sampai sekarang bujang terlajak. Hehe. Bye.
Abg Nabila: Kurang asam punya budak. Nanti kau. Ada ubi ada batas, ada hari boleh kubalas.

Nabila tersenyum sambil memasuki keretanya. Abangnya memang suka menyakatnya,
setiap hari kalau tak sakat adiknya itu tak sah. Itulah, betul cakap ibunya, kalau tak jumpa rindu. Yelah abangnya bekerja di Sabah, seorang tentera laut, itu yang hanya 2 bulan sekali balik. Umur abangnya dah 29 tahun, tak kawin2, memilih sangat. Katanya dia dah berpunya dekat Sabah, tapi tak tahulah. Whatapp daripada Izham masuk, Izham bertanyakan dia dah sampai ker belum. Nabila hanya tersenyum tanpa reply mesej Izham tu. Izham... Izham... sabarlah.. ermm..

Izham. Lelaki pertama yang berjaya menambat hatinya. Pada awalnya memang Nabila tidak berminat dengan percintaan ni. Dia lebih serahkan hal jodohnya ini kepada ibu bapanya, biar mereka yang tentukan sebab takut kalau dia bercinta akan melukakan hatinya kelak macam perkara yang sama berlaku pada abangnya itu suatu ketika dulu. Sebulan juga abangnya mengambil masa untuk pulih itu yang sampai sekarang tiada jodoh.

Tetapi apabila mengenali Izham, lama kelamaan, hatinya yang degil terhadap cinta semakin hilang dek kerana ciri2 lelaki yang dia idamkan sudah ada pada Izham. Ramai juga lelaki yang cuba memenangi hatinya namun ditolak, setiap tahun ada sahaja keluarga yang datang merisik tapi Nabila masih juga menunggu perkataan cinta dari mulut Izham sendiri. Lama juga dia menunggu luahan itu dari mulut Izham sendiri, syukur akhirnya 3 bulan lepas Izham luahkan.

Dulu berbagai cara juga Izham cuba mengambil hati Nabila tetapi Nabila ingin lihat sejauh mana cintanya tehadap diri Nabila. Selama Nabila menjadi tunang Izham, pergaulannya terhadap lelaki lain memang dia jaga, begitu juga dengan bosnya itu, Nabila ingin menjadikan dirinya berharga..at least tak rugi Izham mengahwininya sebagai isteri yang pandai jaga penampilan dirinya dan maruahnya. Cemburu juga rakan2 Nabila yang lain kerana berjaya menambat hati YDP Silat di kampus UiTM dulu. ermm.. untunglah. Nabila takkan mensia-siakan cintanya itu.

Demi Mencintaimu - ReReleasedWhere stories live. Discover now