Demi Mencintaimu 19

1.6K 72 4
                                    

Adam melutut didepan Amzar, Amzar menganjakkan kakinyer kebelakang sedikit. Amzar sebenarnyer tidak sampai hati melihat Adam sedih. Hatinya sayu melihat Adam, kasihan juga dengan Adam kerana ditumbuknya. Tetapi kenapa begini jadinya, kenapa Adam perlu menipu dirinya yang sudah separuh nyawa mencintainya. Amzar terus meninggalkan Adam disitu. Deringan phone Amzar berbunyi, sekali lagi nombor yang tidak kenali tertera di skrin phone Amzar. Apa pulak kali ni.

Amzar: Hello..
Amzar: Yer saya Amzar saudara terdekat Izham Iskandar kenapa yer.
Amzar: Apa!!!! Dekat mana tu, oh ok. Saya ke sana sekarang.

Masalah apa pulak yang muncul. Amzar berpatah balik mendapatkan Adam yang melutut bersedih itu. Ditarik lengan Adam. Adam terkejut dengan tindakan Amzar itu.

Adam: Zar... Zar dah ubah fikiran ker.
Amzar: Bodoh kau... tengok apa dah jadi sekarang, Iz dengan Nabila kena langgar lari.
Adam: Ape!!
Amzar: Dah jangan banyak tanyer, bawak kereta cepat.

Mereka berdua terus menuju laju ke hospital kerajaan Kuala Lumpur itu. Adam tidak sedap hati setelah mendengar berita yang kurang menyenangkan itu. Ini semue ada kaitan ker. Kalau ada... Fattah ker yang buat. Tiba2 juga phone Adam berbunyi. Amzar hanya melihat phone Adam itu.

Amzar: Siapa tu!!! Fattah ker?
Adam: Bukan Fattah tapi hospital (Adam terus menjawab panggilan itu)
Adam: Hello yer ade ape?... ape perlukan bantuan saya okok.. Saya akan lapor diri secepat mungkin. Saya otw nak ke hospital dah ni. Dalam 10 minit saya sampai.

Adam terus memandu laju keretanya itu. Adam melihat wajah Amzar, Amzar sangat risau, tangannya seakan-akan menggeletar. Mahu saja Adam memegang tangannya tetapi ini bukan masa yang sesuai. Patut ker aku call Fattah sedangkan mungkin dia dalang semua ini.

************************************
Fattah tersedar dari tidurnya, tak tahulah kenapa dia tersedar. Fattah memandang kearah jam. Dah pukul 2.30 pagi ni mana Adam x balik lagi ni. Fattah mendapatkan phonenya itu, eh Adam missed call, banyaknye dia missed called. Fattah menyentuh call ke nombor Adam itu.

Fattah: Hello bro apsal call banyak kali.
Adam: Tah... kau sebenarnyer tahu kan apa yang dah jadi
Fattah: Hah?
Adam: Aku nak kau datang hospital sekarang, Nabila dengan Izham kena langgar lari.
Fattah: Ape?.
Adam: Xpayah nak terkejut sangatlah wei... aku tunggu kau dekat parking bawah kereta ni.

Hampir terlepas phone Fattah dari genggamannya, Izham dan Nabila kena langgar lari bukan ker diorang dinner malam tadi. Apa yang berlaku dan kenapa Adam seakan-akan tidak mempercayainya. Lama sangat ker aku tertidur. Fattah runsing memikirkan sesuatu yang tidak ada jawapannya. Fattah mengambil kunci keretanya lalu menghidupkan enjin keretanya. Dalam perjalanan Fattah hanya dapat berdoa agar kedua-dua insan tu selamat. Jantung Fattah berdebar laju, ada kaitan dengan aku ker. Izham.... Nabila tunggu aku... korang kena kuat.

Adam hanya memerhatikan Amzar yang sedang menunggu risau didepan wad ICU itu, begitu juga dengan keluarga Nabila yang menanti dengan penuh sabar. Ingatkan Adam dia ditugaskan merawat Nabila atau Izham tetapi lain pula orang yang perlu dirawatnya. Selesai sahaja Adam merawat pesakitnya itu terus Fattah call balik Adam. Suara Fattah seakan-akan terkejut, betul ker dia terkejut.. tapi bila didengar nada suaranya memang terkejut.. ermmm.. tak tahulah, manusiakan.

Adam perlukan penjelasan dari Fattah, kalau betul bukan Fattah yang buat siapa lagi. Cuma 3 individu sahaja yang tahu kejadian ini dan video itu betul2 dalam bilik Fattah, masakan bukan Fattah yang buat. Takkan Izham pulak, sah2lah bukan dia, dah dia mangsanya, mana mungkin Izham mahu menghancurkan masa depannya sendiri. Adam masih tidak berani mendekati Amzar, yelah marahnya masih belum reda dekat Adam. Tahu2 sahajalah Amzar tu macam mana, bila dah marah memang susah nak diredakan. Mahu mengamuk lagi Amzar dekat hospital tu.

Demi Mencintaimu - ReReleasedWhere stories live. Discover now