Cinta itu indah tetapi dibutakan dengan nafsu. Ianya terlalu mengikut nafsu sehingga menyakiti hati yang disayangi. Penyesalan sudah tidak berguna jika terlanjur mengatur langkah dan hanya perubahan sahaja yang dianggap penyelesaian. Perubahan yang ikhlas dihati boleh memenangi kembali hati yang telah luka, hati yang sudah mati. Keajaiban itu indah sempurna jika hati ini dijaga sebaik mungkin.
Fattah tahu dia telah buat kesilapan besar dalam hidupnya. Kesilapan yang dia sendiri tidak tahu, ada masa depan ker untuk dia mengubahnya. Peluang dia masih ada lagi ker walaupun kesilapan ini memang tidak lagi boleh diterima oleh hati. Dia berjalan menuju ke bilik dimana Izham dikurung. Sudah tiba masanya dia melepaskan burung di sangkar. Burung yang disiksa, burung dilayan seperti hamba. Fattah mendekati Izham yang sedang terbaring di atas katil, badanya dilitupi selimut putih. Fattah membawa pakaian Izham yang telah dicucinya.
Dia memegang bahu Izham perlahan-lahan mungkin kerana takut di hati dengan penyesalannya. Tangannya seakan-akan menggigil, hatinya berdebar, perlahan-lahan tangannya menyentuh bahu Izham lalu digoyangkan sedikit tubuh Izham yang dirasakan sangat lemah dan panas. Fattah terus mengalihkan tangganya ke dahi Izham untuk memeriksa keadaannya. Dia demam, suhu badanya mendadak naik. Fattah menekup wajahnya. Apa yang aku dah buat?. Kenapa aku macam ni?. Kejamnyer aku?. Dia memakaikan pakaian Izham dibadanya lalu diangkatnya menuju ke kereta. Izham benar2 tidak berdaya, dia lemah.
Walaupun Izham ahli silat aktif sejak 12 tahun yang lalu, tetapi yang ini sangat berbeza. Dia menjadi lemah terhadap segalanya, emosi, fizikal, mental segalanya tidak berdaya. Izham membiarkan dirinya diangkat oleh Fattah walaupun akalnya memberontak untuk Fattah menyentuhnya, akal ini kata biarkan aku mati Fattah.. kau yang siksa aku begini. Biar aku mati. Tetapi hatinya ini menidakkan akal itu. Hatinya berterima kasih terhadap Fattah, hatinya melihat wajah Fattah yang sangat risau, wajahnya kelihatan sangat sedih.
Izham keliru ingin menangkan yang mana akal atau hati. Dia benar2 keliru dengan dirinya sekarang ini, fikiran menyebut akal manakala jiwa memilih hati. Izham memandang wajah Fattah yang sedang mengangkatnya, kelihatan wajah yang sangat ikhlas terpancar di wajah Fattah. Tetapi wajah itu juga yang menghancurkan dirinya. Izham memejamkan matanya kali ini aku bebas.
********************
Fattah menunggu sepi di bilik doktor, menunggu risau dengan keadaan Izham. Dia ok ker?. Demam die teruk ker?. Entah yang keberapa kali dia menekup wajahnya.
Fattah: Macam mana dengan dia, ok ker?. (Fattah terus bertanya kepada doktor itu, sejurus doktor itu memasuki ruangannya)
Doktor: Demam dia teruk, tapi aku dah bagi dia ubat dan sedikit suplemen untuk turunkan dia punya suhu. Sekarang ni dia tengah rehat.(Fattah menarik sedikit nafas lega)
Doktor: Tah, siapa yang kau bawak tu?. Apsal masa kau datang sini angkat dia, aku nampak kau macam menangis jer?. Dengan kalut kau lagi. Ni aku tengok kau serabai jer, apsal ni. Siapa laki itu?.
Fattah hanya sepi membisu, tidak tahu ingin menjawab apa. Pandangannya dialihkan ke luar tingkap, memerhatikan daun yang jatuh ditiup angin. Adam memandang Fattah dalam keadaan yang hairan. Aish, dia ni orang tanya buat derk jer. Kenapa muka dia ni sedih sangat, siap nangis tadi. Selama Adam mengenali Fattah tidak pernah pun dia nampak setitis air mata dibiarkan jatuh. Fattah takkan sesekali mengalah. Ni tup tup, datang hospital dengan kalut bagai mintak tolong, sampai nurse dekat luar tu ikut kalut tak tahu nak buat apa. Dah macam nak nazak jer orang yang dia angkat tu, sedangkan demam jer.
Adam: Wei, aku tanya kau kan. Jawab ar?.
Fattah: Tak adelah, dia pekerja aku, baru 6 bulan kerja. Akauntan.
Adam: Apsal? dia pengsan ker?, atau jatuh tangga. Sampai kau kalut dah macam hilang anak jer. Eh, kejap. Pelik ni, selalunya kalau pekerja kau pengsan ker, nak mati ker, kau mana kisah. Tak pernah pun kau bawak pi hospital aku ni sampai nangis bagai. Tah, ade yang kau sorokkan ker dari aku. ada yang aku tak tahu ker?. Tah jawab Tah...kang aku kejutkan pekerja kau tu. Tanya dia apa jadi?.
Fattah: Eh jangan (nampak wajah Fattah kelihatan kalut).
Adam: Tah, aku kawan kau dah lama dah. Sejak zaman U lagi. Selalunya kau cerita segala -galanya dekat aku. ni nak berahsia bagai. Pelik kawan aku ni. (Fattah membisu lagi)
Adam: Kau suka dia ker, sebab ini kali pertama aku nampak kau risau, yang aku rasa memang betul2 risau. Tadi aku nak pegang peha dia, kau tepis kot. Aku tak tahu kenapa kau tak benarkan aku pegang peha dia, sedangkan aku nak check jer sebab aku tengok dia tu macam kejang, bukannya aku nak buat apa2 pun. Lagi 1, mase aku try bukak bajunya, dia macam trauma..
Fattah: Trauma?..
Adam: Yup trauma, trauma macam kena histeria, dia jerit2 jangan sentuh akulah, setanlah, jijiklah. Nurse tu dah pandang serong dah dekat aku. Macam aku yang nak rogol pesakit. Dah macam tak boleh kawal, aku geram memang makan penumbuklah jawabnyer, pengsan terus
Fattah: Hah!! Kau tumbuk dia (sambil berdiri)
Adam: Eh, lek ar. Kau kalut ni pehal. Aku tak adalah tumbuk kuat sangat cuma nak bagi dia reda. Dah macam kena sampuk jer, sampai nurse nak cucuk dia susah.
Fattah: Dia histeria?, (kembali duduk)
Adam: Iye, histeria, meracau-racau. Dah macam orang kena rogol jer aku tengok. Lagipun demam dia tu, memang teruk jugalah, demam orang yang stress, orang yang betul2 penat yang betul2 tak berdaya. Sampai lepas aku tumbuk dia, dia tak boleh nak gerak langsung, nak cakap pun dah tak berdaya. Tu memang betul2 penat tu. Ambil masa juga nak pulih, dalam seminggu macam tu.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...