Fattah memandang keluar tingkap pejabatnya. Sudah 2 minggu semua itu berlalu dan sekarang ni pun, dia sudah banyak kekuatan untuk tempuh kehidupan2nya yang akan datang. Whatapp dari seseorang masuk.
Whataap: Jom lunch, saya tunggu dekat tempat biasa. Miss U.
Fattah hanya tersenyum melihat whataap itu. Tak habis2 dia ni. Sejak kebelakangan ni Fattah semakin ceria tidaklah seperti dulu, barannya itu hingga Fattah digelar bos harimau. Dia sudah banyak berubah mungkin terlalu banyak perkara yang telah mematangkan dia untuk menjadi seseorang yang pandai menghandle masalah2nya. Lagipun umurnya sudah mencapai 26 tahun. Dah tiba masanya untuk dia terus berubah kearah yang lebih baik.
Kak Hanie hanya tersenyum melihat bosnya tu berubah tak tahulah sebab apa, tapi dia gembira. Pekerjanya yang lain pun turut gembira juga. Tetapi mereka masih lagi takut dengan perangai bosnya itu,yelah mereka sudah masak dengan perangai lamanya, itu yang masih teragak-agak walaupun kadang2 Fattah mengambil berat terhadap pekerjanya.
Fattah mengambil note yang ditinggalkan Nabila, Nabila pesan agar pergi lunch. Wanita itu kalau tunangnya tahu dia sentiasa buat note2 comel kepada bosnya itu mahu mengamuk dia. Sejak itu juga seboleh-bolehnya Fattah mengelak dari jumpa Izham. Memang mereka tidak bersua muka langsung selepas incident pertunangan Izham 2 minggu lalu. Biarlah, Izham hanya sejarah hidupnya, betul kata kawannya dia kena move on.
Walaupun dia masih tidak boleh melupakan Izham dari hidupnya, dia harus cuba. Dia mengambil briefcasenya dan menuju ke meja Kak Hanie diluar bilik pejabatnya.
Fattah: Kak Hanie, nanti kalau Nabila dah masuk, cakap kat dia saya masuk pukul 3 petang yer.
Kak Hanie: Baiklah Tuan. Handsome Tuan hari ni.
Fattah: Haha.. suami kak Hanie lagi handsome (Fattah tersenyum dan berlalu pergi)Fattah memberhentikan keretanya di parking kereta sebuah restoran. Tempat yang mereka janjikan untuk lunch bersama. Rambutnya sedikit dibetulkan supaya tampak bergaya. Dia mengenakan cermin mata hitamnya. Ok handsomelah ni. Fattah memasuki restoren berkonsepkan ala Jepun itu dengan senyuman di bibirnya. Senyumannya itu membuatkan beberapa mata memerhatikan jejaka tampan yang memasuki restoran itu, mana taknya jadi perhatian, jejaka itu menggayakan baju kemejanya yang sedikit dilonggarkan butangnya, memakai lagi cermin mata hitam menyempurnakan lagi ketampanan wajah jejaka itu, sudah cukup membuat mata2 disekelilingnya memerhatikan jejaka itu. Fattah hanya mengeluh malas, biasalah perempuan.
Dia terus menuju ke meja makan dimana seorang lagi jejaka tampan berkulit putih menunggunya. Fattah juga perasan, jejaka itu juga menjadi perhatian beberapa mata yang duduk berdekatan dengan meja itu. Lelaki itu tersenyum manis melihat Fattah semakin mendekatinya.
Fattah: Hai, u lama tunggu ker?.
Sein: Eh xdelah, I pun baru sampai. Tapi I dah orderkan makanan u.
Fattah: Oh baguslah, Sein.... why u looking at me like that?.
Sein: Oh, sebab U handsome, that why I looking at u (sambil tersenyum).Fattah hanya menggelengkan kepalanya. Mamat ni boleh tahan horny dia. Ya, sekarang ni dia bersama Sein lelaki yang cuba usha dia di bachelor party dan lelaki yang sama juga Fattah jumpa di majlis pertunangan Izham tempoh hari. Betul kata kawannya, dia kena move on dan Fattah memilih Sein untuk menjadi partnernyer sejak 2 minggu lepas. Sekurang-kurangnya dia tidak sunyi dan at least bolehlah dia luahkan masalahnya selain dari Adam.
Fattah akui, Sein memang lebih handsome dari Izham, dan Sein juga seorang model produk2 berjenama, Brands Oulet, Padini even Honda pernah menggunakan perkhidmatan rupanya. Tapi tulah walaupun Sein lebih menarik penampilannya dia tetap menunggu Izham. Fattah dan Sein declared perhubungan mereka 2 minggu lepas, Fattah sebenarnya masih tidak bersedia untuk mempunyai hubungan lain, yelah hati masih belum terubat sepenuhnya, tetapi dia harus melupakan Izham dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Sein.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...