Finale Episode 40 - Part 1

2.9K 102 16
                                    

Deringan lonceng bertubi-tubi menusuk ke telinga Izham. Makin lama dibiarkan makin annoy pulak bunyi. Izham membuka matanya, dia mengambil jam lonceng itu lalu dicampak terus ke luar jendela yang tersedia buka sejak tadi malam. Puas hati aku. Harap2 x jatuh kat kereta orang. Mampus, dahlah tingkat 12, konferm2 pecah cermin kereta kalau kena jam tu. Apsal aku set jam yek. Hari ni hari apa? Aku rasa hari ni hari sabtu, kenapa aku set jam. Izham masih memikirkan kenapa dia mengunci jam tadi malam. Eh kejap... oh haah... interview kerja hari ni. Uish nasib baik aku ingat. Izham cepat2 bangun lalu mengambil tualanya terus menuju ke bilik air. Sampai sahaja dibilik air, pintu bilik air tu dikunci. Aduh... ni mesti abang Am ni. Izham mengetuk kuat pintu bilik air itu..

Izham: Abang Am cepatlah... orang dah lambat dah ni.
Amzar: Kau diam boleh x. Aku beraklah sial. Pergi sana.
Izham: Abang cepatlah. Lagi 1 jam jer ni. Cepat!!!!!.
Amzar: Taik aku x keluar2 nak buat macam mana.
Izham: Cepatlah!!!!.
Amzar: Pergilah sial!!!!.

Selang 10 minit Amzar keluar dari bilik air. Izham pula dah panas jer tunggu Amzar keluar.

Amzar: Dah gunalah sana. Nak berak pun x senang.

Izham terus masuk ke bilik air.

Izham: Pergh!!! busuk sial...flushlah bodoh.

Amzar hanya ketawa hahahahahahahaha.. padan muka tulah kacau orang berak lagi. Itulah padahnya.

Izham mengenakan kemeja biru dan tai berwarna hitam. Dia memperbetulkan rambutnya dan diteliti penampilannya agar nampak sempurna di depan penginterview. Mudah-mudahan kali ni aku dapat kerja. Dah dekat 2 bulan aku mengganggur ni. Aku yakin kali ni luck aku. Deringan telefon Izham berbunyi. Eh Nabila call..huhu..bakal tunang call, mesti nak bagi kata2 semangat ni.

Nabila: Hello wak..
Izham: Yer Nabil..kenapa call pagi2 ni.
Nabila: Heheheh..saya nak ucapkan chaiyok!!! dekat Iz..Nabil doakan yang Iz dapat kerja.
Izham: Tq bil. Malam ni kita makan sama2 yer.
Nabila: Ok..tempat biase yer.
Izham: Ok tempat biasa. Bye Bil.

Dah ok dah ni. Izham keluar dari biliknya dan menuju ke kaunter meja, Amzar pula sedang sibuk mengshake dia punyer protein susu banana dia tu. Uwekkk... aku yang rasa ni pun macam nak termuntah. Aish... sado2 sangat bukannya perempuan suka pun. Tapi yelah.. memang patut pun dia sado. Nak buat si Adam tu lagi angaukan. Ape2 jelah. Izham mengambil roti sandwich yang dibuat oleh Amzar tadi.

Izham: Bang.. Iz pergi dulu. Doakan Iz dapat kerja tau.
Amzar: Yer2.. dah shuh2.
Sampai sahaja Izham di motorsikalnya dia terus memakai helmet. Setelah itu Izham mengambil nafas seperti melakukan yoga. Steady Izham.. kau boleh.. jangan nervous depan diorang nanti. Go Izham kau boleh. Izham membuat gerakan tumbukan angin tanda dia sangat bersemangat hari ni. Ini IV yang ke-5 tapi dalam banyak2 IV, inilah IV yang paling dia bersemangat sebb syarikat Jaya Holdings bukan calang2 syarikat. 3 bulan dia tunggu panggilan interview ni. Kali ni dia yakin dia dapat kerja. Go!!!!! Izham!!!!!!

Fattah bangun dari tidurnya, digeliatkan sedikit badanya. It's another boring day. Aish... ada interview pulak hari ni. Menyesal aku suruh kak Hanie buat interview hari sabtu. Nak buat macam mana. Isnin ni nak pakai accountant so kena cari jugaklah. Dia mengambil tualanya menuju ke bilik air. Fattah memandang wajahnya didepan cermin. Dia mengeluh. Macam2 yang berlaku. Dah 2 tahun aku handle syarikat ni sorang2. Aku harap sangat, ada orang yang sanggup gantikan tempat aku. Aku rindu dengan cita2 aku. Tuhan.. berikan aku peluang untuk menikmati impian aku. Fattah mengeluh lagi.

Keadaan dibilik menunggu itu membuatkan Izham betul2 nervous, yelah yang datang interviewnya juga bukan calang2 orang. Semua hebat2. Aduh..boleh ker aku lepas ni. Aku dahlah setakat UiTM jer, diorang UM, UIA, UKM, konferm aku candidate yang last sekali ni.

Demi Mencintaimu - ReReleasedWhere stories live. Discover now