Fattah menukarkan cadar katil Izham dengan pertolongan nurse Alisha, yang sebelum ni sudi menolong Fattah. Kali ni, Fattah dah x takut dah kalau2 dia terserempak dengan Amzar sebab Amzar sendiri yang membenarkan untuk dia menjaga Izham. Dah 2 hari dah dia menjaga puteranya itu. Segala kebersihan dan kesihatan Izham dijaga dengan rapi, segala hal dia teliti. Mungkin ingin yang terbaik untuk Izham. Setelah selesai menukar cadar Fattah hanya duduk menyemak semula files2 yang perlu ditandatangani. Selepas sahaja pertemuan dia dengan Amzar tempoh hari, dia terus call Ferhan yang dia dah balik Malaysia. Malam tu juga Fattah terus pergi kerumah pakngahnya. Nasib baik jugak si 2 makhluk tu pergi bercuti dekat Singapura, aish habiskan duit aku jer.
Dato' Amran: Fattah bila kamu balik sini.
Fattah: Baru je semalam pakngah.
Dato' Amran: Macam mana dengan kawan kamu tu dah sihat ker.
Fattah: Semakin ok, tapi biasalah kanser pakngah jadi keadaannya tak menentu. Kejap sihat kejap x sihat.
Dato' Amran: Oh yeke, Ferhan bagitahu pakngah yang kamu dah sampai Malaysia, pakngah baru nak call kamu tadi. Alih2 kamu dah sampai sini dah.
Fattah: Risau jugak sebenarnya saya tinggalkan company macam tu jer. Minta maaf pakngah menyusahkan.
Dato' Amran: Eh xpelah pakngah tak kisah pun sebab kamu pun sorang2, kalau ada emergency case macam ni panggil jer pakngah dengan Ferhan tu. Sekarang ni, kamu nak masuk kerja bila. Nanti boleh pakngah settlekan mana yang belum diselesaikan.
Fattah: Itulah yang saya datang kesini pakngah.
Dato' Amran: Kenapa tu Fattah, cakap jelah.
Fattah: Boleh tak pakngah handle dulu dalam sebulan atau 2 bulan ni, sebab kawan saya yang dekat Indonesia tu dia ikut saya balik Malaysia. So saya kene tengok-tengokkan kesihatan dia. Minta maaf pakngah tapi incase kalau ada hal yang sangat penting, pakngah call jer saya. Saya akan cuba datang.
Dato' Amran: La itu jer ker... ingatkan apalah tadi. Pakngah tak kisah Fattah, lagipun bolehlah pakngah buat exercise otak sikit daripde duduk terperuk dalam rumah ni. Lagipun Ferhan ada.
Fattah: X menyusahkan Ferhan ker dengan perniagaan butik dia, Sakinah mengandung lagi.
Dato' Amran: Eh xdelah Ferhan lagi suka, katanya rezeki dia. Lagipun kamu bukan siapa2 Fattah. Pakngah pun sebenarnya malu menumpang kekayaan kamu ni. Tu yang pakngah rasa ada baiknya pakngah balas kebaikan kamu tu.
Fattah: Eh pakngah xdelah, saya x rasa ape2 pun. Pakngah dah macam ayah saya sendiri dah.
Dato' Amran: Yelah.. dah jom makan, Nek Nong ada masakkan makanan kesukaan kamu sekali tu. Jom..
Fattah: Okok.Adam hanya memandang Fattah yang sibuk meneliti fail syarikatnya diluar cermin pintu wad persendirian Izham itu. Adam tersenyum melihat perubahan sikap positif kawannya. Selepas dia balik dari rumah pakngahnyer, senyumnyer sampai ke telinga. Habis bersih kemas bilik dia, entah hantu apa yang merasuk Fattah tu, yang penting hantu tu sangat rajin malam tu. Whatapp dari Amzar masuk.
Nurse Alisha membuka pintu wad itu menyebabkan sebahagian tubuh Adam terkena pintu itu, hampir tersungkur jatuh Adam, phonenya sempat diselamatkannya, fuh selamat. Besar jugak pintu ni.
Nurse: Eh, maaf doktor. Minta maaf saya x perasan doktor ade dekat sini.
Adam: (Sambil menggosok-gosok bahunya), Xpe2 saya yg salah sebab berdiri belakang pintu ni.
Nurse: Oh saya pergi dulu yer doktor. Maaf...
Adam: Okok.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...