Langkah demi langkah Amzar mendekati wad itu, dia berharap Izham akan memberikan respon yang positif malam ni dan Amzar harap juga Adam akan datang ke wad itu semula. Amzar membuka pintu wad itu, matanya melihat keadaan wad yang gelap itu, dia tercari-cari suis lampu wad itu. Apsallah ditutup lampu ni. Ingat ni hotel ker ape. Selepas sahaja Amzar membuka suis lampu itu, Amzar kaku, matanya memandang tepat kearah seseorang manusia yang selama ini dia cari.
Amzar melihat Fattah sedang tidur lena duduk dikerusi manakala kepalanya berada di tepi katil sambil tanganya menggengam tangan Izham. Amzar betul2 sakit hati dengan posisi yang ditunjukkan oleh Fattah. Berani dia buat macam itu, macam tiada rasa serba salah dihatinya sedangkan dialah pembunuh Nabila. Amzar menggenggam tangannya sekuat hati bagaikan ingin melepaskan 1 tumbukan maut terhadap lelaki dihadapannya itu. Jahanam kau setan, x sangka selama ni kau tidur dengan adik aku. X sangka pulak Amzar yang Adam pun bersubahat sekali, rupenyer inilah kerja mereka. Aku takkan lepaskan kau kali ini Fattah. Amzar menuju laju kearah Fattah. Perasaan marahnya membuak-buak, dia mahu lepaskan semua kemarahannya kepada jalang ini, he deserve it, dia memang x layak dipanggil manusia.
Adam membetulkan sedikit lehernya, lenguh sangat melayan karenah pesakit2 emergency yang keluar masuk di wad kecemasan itu, inilah itulah. Stres jugak, kalau dulu lepas balik kerja adelah si Amzar tu jadi penenang dia, hilang terus stress dia. Sekarang ni, banyak yang berubah. Amzar aku rindukan kau, kenapa keras sangat hati kau untuk menerima Fattah. Kau memang ego Amzar, sangat ego. Seorang nurse menuju kearah Adam yang sedang berjalan perlahan menuju ke officenya.
Nurse: Aaa... doktor.
Adam: Yer saya. Kenapa yer nurse.
Nurse: Tadi ade orang cari doktor.
Adam: Oh siape yer, Encik Fattah ker.
Nurse: Bukan... kalau Encik Fattah saya kenal, yang ni.. macam mana nak cakap yek.
Adam: Ermmm... rupernyer macam mana yer.
Nurse: Saya lupe nak tnyer nama dia doktor..badan dia agak sado lepas tu kulit mukanya sawo2 matang.Bila Adam mendengar kriteria lelaki itu, Adam macam boleh agak siapa dia. Aduhhh... takkanlah.
Adam: Rasenyer saya kenal orang tu. Xpe nurse terima kasih.
Nurse: Oh okok..Adam terus memperlajukan langkahnya secepat yang mungkin. Fattah ade dalam tu, mamposlah macam ni. Sempat ke x ni. Susah jugak ade kawan macam ni. Tolonglah sempat. Sampai sahaja di hadapan pintu wad, Adam terus menerjah pintu wad Izham itu. Adam melihat sekeliling bilik itu. Eh ada Izham jer, mana Fattah, mana Amzar... dia berfikir sejenak. Mungkin Fattah dah balik kot. Fuh nasib baik. Adam mendekati Izham yang sedang terbaring kaku. Aish... Izham.. Izham nasib kaulah terjumpa dengan Fattah tu. Kesian jugak aku tengok kau tapi tulah.. benda dah jadi.
Tiba-tiba Adam perasan yang handphone dan dompet Fattah masih berada di atas laci kecil itu. Eh Fattah ni lupa bawak barang dia ker. Kunci kereta dia pun ada dalam ni. Pergi tandas ker. Adam mencari-cari lagi klu yang ada. Mungkin Fattah pergi tandas mungkin juga Amzar dah masuk bilik ni. Adam keluar dari wad itu dan mencari-cari kelibat nurse yang bertugas pada malam itu.
Adam: Aaaa. Kak.
Nurse: Yer doktor..
Adam: Saya nak tanyer ade x nampak siapa2 keluar dan masuk dekat wad persendirian 06 tu.
Nurse: Oh... ade 2 orang lelaki yang keluar dari wad itu tadi. Kenapa yer doktor.
Adam: Oh yeke (sambil menepuk dahi)... terima kasih yer kak..Mampos, mampos, mampos.... Amzar dah jumpa Fattah. Aku nak buat ape ni. Okok relax Adam.. relax, fikir2. Sekarang ni mana nak cari diorang. Takut2 Fattah dah dibunuh sekarang ni, lepas tu mayatnyer dibuang dalam longkang.. eh ape aku fikir ni, takkan Amzar nak buat macam tu. Tapi mungkin jugak sebab Amzar kalau marah xde siape boleh tenangkan dia. Hati Adam sangat x keruan, terkenangkan yang Fattah macam tu, Amzar pulak macam tu. Banyak benda boleh jadi.
Adam berfikir mungkin diorang pergi ke tasik tempat Amzar dan Adam selalu date. Better aku pergi sana. Bila Adam membuka pintu keluar kecemasan hospital menuju ke parking bawah kereta, Adam terdengar suara orang lelaki menjerit-jerit. Adam kenal suara itu, itu suara pakwe aku. Ah konfem diorang dekat situ. Adam terus berlari mendapatkan mereka.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...