Fattah hanya memandu tanpa perasaan, masih terbayang di fikirannya terhadap pasangan kekasih di restoren tadi. Dia perlukan teman untuk luahkan segalanya, untuk melepaskan bebanannya walaupun sedikit. Fattah terus menuju ke rumah Adam, mungkin Adam sudah ada dirumah masa ini. Dia tiada teman lain selain Adam. Ya, hanya Adam..sejak 3 tahun lepas, hidupnya terlalu sibuk untuk menaikkan balik legasi arwah bapanya. Dia penat, setiap hari bekerja, Fattah tidak tahu sebenarnya untuk siapa dia bekerja, untuk kesenangan siapa dia bekerja. Fattah rasa dia ada segala-galanya, Ya..mungkin pada harta tetapi dia hilang segala-galanya untuk kasih sayang. Dia menderita, lagi2 bila tiba hari perayaan, dia rasa sama sahaja macam hari biasa..tiada beza. Dia mula rasa bosan dengan kehidupan, hanya kosong di hari-harinya.
Adam sedang membancuh milo di dapur. Hatinya memikirkan bagaimana keadaan Fattah sekarang. Tadi dia ada call Adam, suaranya sangat perlahan hinggakan Adam menyuruhnya mengulangi apa yang Fattah cakap. Mungkin ada masalah kot. Kesian juga kawannya itu, dah jarang nampak Fattah seceria dahulu, kalau dulu dia rasa bagaikan dunia ni dia yang punya, enjoy setiap hari macam tiada masalah, tapi sekarang dunianya seakan-akan gelap, stressnya, sifatnya yang kadang2 suka termenung ke luar tingkap membuatkan Adam risau akan kawannya itu. Memang nampak Fattah betul2 sunyi.
Adam memandang kearah Amzar yang sedang leka menonton TV, dia berharap yang malam ni akan menjadi malam terindah bagi mereka berdua. Sudah 2 bulan lebih mereka tidak pergi bercuti sama2 mungkin masing2 terlalu sibuk dengan kerja, selalunya sebulan sekali mereka akan tidur sekatil tetapi tidak berbuat apa2 selain hanya tidur sebab Amzar jenis yang bukan meletakkan nafsu dahulu. Itulah yang menyebabkan Adam begitu sayang dekat Amzar, dia yakin Amzar belum pernah menyerahkan segala-galanya pada mana2 lelaki pun, tetapi sebaliknya bagi Adam, dia telah menyerahkan mahkotanya itu kepada teman baiknya.
Dia tidak sepatutnya berbuat demikian kerana tidak adil bagi Amzar. Kalau Amzar tahu akan perihal ini, mungkin akan menjejaskan hubungan mereka. Tiba2 Adam terdengar lonceng di pintu rumahnya. Eh, siapa yang datang rumah aku malam2 ni. Kacau daun betullah.
Amzar: Dam, siapa tu? Nak aku bukakan pintu.
Adam: Tak pelah biar saya yang buka. Boleh tak tolong ambil air milo dekat dapur tu, ambil sekali chicken chop yang saya dah panaskan dekat dapur.Amzar terus pergi ke dapur, manakala Adam melihat kearah pintu untuk melihat siapa yang datang rumahnya malam2 ni. La.. Fattah.. aku dah cakap aku tengah date.. aish... dia ni. Adam membuka pintunya, Fattah terus memeluk erat Adam seerat - eratnya. Terkejut Juga Adam, bukan apa, takut ada yang ternampak.
Adam: Wei.. wei.. kenapa kau ni.. tetiba peluk aku?
Fattah: Dam, boleh tak aku tidur rumah kau malam ni.
Adam: Hah... nak tidur sini.. macam mana yer nak cakap.
Fattah: Kenapa kau tak suka ker?Tiba2 Amzar meninggikan sedikit suaranya memanggil nama Adam. Aduh...aku dah agak dah akan ada yang marah. Fattah terkejut lalu melepaskan pelukannya. Dia tergamam macam mana Amzar boleh ada dekat rumah Adam.
Amzar: Adam... siapa dia ni.
Adam: Eh... (memandang kearah Amzar) tak ade siapa2 Dam (kalut juga)
Amzar: Kalau tak ada siapa2, siapa pula yang depan pintu ni, hantu ker. Apsal dia peluk kau tadi. Baik kau cakap Dam. (Fattah masih terdiam, kaku dengan apa yang dilihatnya)
Adam: (dia dah guna bahasa 'aku' 'kau' dah ni) Ok Amzar.. dia ni Fattah.. kawan Adam, kawan sekuliah Adam dah lebih 5 tahun kitorang berkawan. Tadi tu, Cuma peluk biasa jer.
Amzar: (masih mencari kepastian) kalau peluk biasa kenapa macam lama jer tadi.
Adam: (mengeluh, tetapi ada sedikit rasa terharu, jealous jugak kau dekat aku Amzar) Takkan itu pun nak berkira.. please Amzar believe me.Tiba2 juga Fattah bersuara. Mungkin kerana tidak percaya.
Fattah: Amzar... abang Izham..
Adam: Eh, Tah kau kenal ker Amzar? dan macam mana kau boleh kenal Izham.
Amzar: Siapa kau? Macam mana kau boleh kenal Izham. Kita ada jumpa ker sebelum ni.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...