Izham memerhatikan anak lelaki dan anak perempuannya bermain-main di taman belakang rumahnya. Seronok sangat mereka bermain. Tahulah dapat mainan baru dari ibunya. Aish mana Nabila ni, kata sekejap jer. Sejurus itu Nabila pun datang dengan sedulang minuman lalu diletakkan diatas meja. Izham menghirup aroma teh strawberi itu. Sedap baunya.
Izham : Aish.. lamanya awak buat air.
Nabila: Lupe letak kat mana teh ni tadi. Anak2 kita mana, tadi dengar bunyi bising.
Izham : Ade tu main dekat sane tu ha.. seronok sangat dapat mainan baru.
Nabila: Ish awak ni, x bahaya ker biarkan anak kita pergi sana.
Izham: La... apa yang bahayanyer.. kan kawasan rumah kita jugak, xpelah... bolehlah kita dating sekejap.
Nabila: Ish.. awak ni gatal.. dah anak 2 pun perangai masih macam budak2 lagi.
Izham: Hahaha.... so... besok anniversary kita. Sayang dah cakap dengan ummi ker yang kita nak hantar budak2 tu dekat mereka.
Nabila: Dah.. ummi ok jer. Dia makin suka tengok cucunya tu. Kita nak honeymoon dekat mana sayang.
Izham: Cuba teka..
Nabila: Ala... malaslah nak teka..
Izham: Rahsialah sayang mana boleh bagitahu. Besok nanti sayang tahulah lepas abang dah bagi tiket kat sayang.
Nabila: Yer.... btw..tq sayang for being my husband.
Izham: U always being my wife.....Mereka saling berpegangan tangan, Izham terus tersenyum melihat puteri hatinya yang berada dihadapannya. Betapa indahnya perkahwinan ini. Sudah 5 tahun mereka berkahwin, 5 tahun itulah saat yang paling bahagia buat Izham. Izham dinaikkan pangkat, dapat beli rumah yang mewah untuk mereka sekeluarga tinggal, dikurniakan 2 cahaya mata Izhar Iskandariah dan Izara Isariah. Unikkan nama itu, hahaha.. awalnya Nabila x setuju dengan nama Iskandariah dan Isariah di belakangnya kerana pelik dengan bunyinya nanti. Tapi Izham berkeras juga nak namakan anak mereka dengan nama itu, at least ada Iskandarnyer itu. Nabila setuju jelah asalkan nama favourite Nabila pun ada, Izara. Minat sangat dengan pelakon Izara Aishah, itu yang sibuk2 nak letak nama itu. Xpelah sama2 adil.
5 tahun itu sangat indah bagi mereka sekeluarga. Izham sangat bahagia x sangka selepas kemalangan dan pertengkaran 5 tahun lepas membawa kepada 1 kebahagian yang indah. Nasib baik Nabila tiada mengalamj kecederaan masa kemalangan itu, cuma Izham sahajalah yang teruk. Mudah hilang ingatan, memori terhadap hari semalam akan Izham lupa mungkin akibat hentakan yang kuat dikepalanya. Setiap kali dia terlupa akan memori semalam Nabila yang akan mengingatkannya.
Izham memang x ingat apa yang berlaku pada hari2 sebelumnya. Even perkahwinannya dengan Nabila pun dia lupa. Cuma apa yang membuatkan dia tahu, yang Izham dan Nabila sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, itu pun melalui gambar2 yang ditunjukkan oleh Nabila. Pelikkan penyakit Izham. Tapi Izham gembira kerana inilah kehidupan yang dia idamkan.
Izham: Izhar!!!! Izara!!! mari sini sayang.. minum air ni dulu.
Izhar: Yer papa.. jom dik pi kat papa ngn mama..
Izara: Okies..
Nabila: Alalala... tengok anak mama ni dah peluh dah ni.. best ker..
Izara: Best mama... mainan ni best.. Zara suka..
Izhar: Papa bile kite nak pergi Disneyland.. ari tu papa janjikan..
Nabila: Tula wak janji yang macam2 dekat budak lagi.. kan die dah ungkit dh tu.
Izham: Yer2 nanti papa bawak pergi sane. Tapi Izhar kene pergi tadika dulu.. macam mana.
Izhar: Ala.. Izhar xnak sekolah.. tengok adik tu.. die x pergi sekolah pun.
Izham: La... adik kamu kan masih kecik lagi.
Izhar: Yela2.. tapi papa janji kite pergi disneyland tau.
Izham: Iye... dah jom masuk.. dah nak gelap ni.Malam itu, Nabila hanya membancuh teh buat suami tersayangnyer. Izham memang suka teh yang wangi2. Seronok bila tengok Izham tersenyum sambil menikmati aroma teh2 itu. Izham memaut pinggang Nabila dari belakang.
Izham: Sayang.... x tidur lagi.. besok kite nak naik flight ni. Takut awak tu penat.
Nabila: Nabil x ngantuklah wak.. ni teh favourite abang.. Nabil buatkan. Duduklah..
Izham: Ermmm ok..
Nabila: Budak2 mane bang.
Izham: Abang dah tidurkan dah tu. Beg baju diorang pun abang dah kemas. Besok tinggal masukkan dalam bonet kereta jer... mmm... sayang kenapa dengan sayang ni. Ok ker. Abang tengok dari tadi sayang risau jer. Kenapa.. nak ada baby dalam perut ker.
Nabila: Ish... abang ni kesitu pulak. Xdelah.. cuma Nabil risau yang masa berjalan terlalu pantas.
Izham: Kenapa pulak Nabil nak risau.
Nabila: Yela.. takut masa itu akan muncul.
Izham: Apa yang sayang cakap ni.. Iz x fahamlah.
Nabila: Hahhahaha... sajer jelah Nabil nak sakat abang.
Izham: Ooooo... nakal isteri abang ni yer. Oh yer abang nak tanyer something ni.
Nabila: Tanyer ape bang..
Izham: Kenapa abang rasa macam ade orang yang abang dah lama x nampak. Dah 5 tahun kite hidup tapi kenapa abang rasa macam kite berdua jer dalam dunia ni. Abang lupa banyak perkara, siapa keluarga abang, kat mana abang kerja, semua abang x ingat kenapa yer.
Nabila: La... abang ni asyik2 tanyer benda yang sama jer. Penat tau hari2 Nabil nak kene ingatkan. Inilah keluarga abang. Saya isteri awak dan Izhar dengan Izara anak kita. Awak kerja dekat tempat yang jauh.. sebulan 2 kali baru awak balik. Kan minggu lepas awak baru balik sini. Xkan awak xingat.
Izham: Yeke.. entahlah ...tapi tulah..kenapa macam..
Nabila: Dah2 awak... xpayah nak fikirkan sangat. Nanti makin teruk sakit awak tu. Yang penting kita bahagia dekat sini.
Izham: Tula.. yang penting kita bahagia.. minta maaf sayang sebab dah banyak susahkan awak.
Nabila: Eh xdelah... awak kan suami saya. Saya sebagai isteri hanya jalankan tanggungjawab. Dah habiskan dah air tu..
Izham: Dah.. jom sayang tidur.. abang rasa nak buat exersicelah malam ni.
Nabila: Yelah tu.'Adam bagaimana dengan keadaan Izham, dah nak masuk sebulan ni, aku takut Dam'
' Aku pun tengah cuba buat yang terbaik, semalam specialist dah masukkan pil antibiotik dalam badan Izham, untuk memberi rangsangan terhadap antibodi badan dia, kau bersabar yer Tah, Amzar pun ade call aku semalam, tanyer pasal adik dia ni. Amizah pun macam tu '
' Aku risau... janganlah dia pergi macam arwah Nabila'
'Beb semua orang risau.. doa saja supaya Izham sedar'
Suara2 itu terngiang-ngiang di fikiran Izham.. walaupun samar2 tetapi masih jelas ditelinganya. Izham cuba membuka matanya tetapi terasa berat. Siapa mereka, suara mereka samar2. Fattah... Adam... Amzar... Amizah... nama2 tu macam aku kenal. Ape ni... siapa mereka tu. Badan Izham cuba untuk meronta, tetapi sangat berat, terasa tubuhnya dihempap dengan benda yang berat. Dia cuba meronta sekuat hati..
Nabila: Abang.. abang.. kenapa ni
Nabila cuba mengejutkan Izham yang sejak tadi meronta-ronta. Izham terus membuka matanya, kelihatan Nabila berada disebelahnya. Wajahnya sangat risau.
Izham: Aku dekat mana ni.. Nabil.. macam mana awak ada dekat katil saya ni.
Nabila: Abang ok x.. tadi masa abang tidur, abang meracau-racau.. kenapa abang mimpi ngeri ker.
Izham: Hah abang?
Nabila: La... abang dah lupa ker.. kita kan dah kahwin.
Izham: Hah? Kahwin bila masa pulak.
Nabila: Ish abang ni... dah bangun2 dah siang ni. Jom kita mandi nanti Nabila explain dekat abang. KIzham hanya menanggukkan kepalanya. Menuruti kata Nabila, dia benar2 buntu dengan apa yang berlaku sekarang ni, rasenyer kali terakhir dia berjumpa Nabila, mereka bergaduh tetapi bergaduh pasal apa yer.
Nabila: Abang cepatlah.. sini..
Izham terkejut apabila melihat Nabila tanpa seurat benang pun didalam bilik air itu. Apa aku nampak ni. Nabila hanya tersenyum merapati Izham.
Nabila: La.. kenapa awak ni.. kan kita dah kahwin.
Izham: A...a....tapi...
Nabila: Dah2 bukak baju cepat. Abang ni dah 5 tahun dah kita kahwin.
Izham: 5 tahun?
Nabila: Iyer... dah jom mandi..nanti saya ceritakan.Nabila membuka baju Izham satu persatu dah Izham hanya membiarkan pakaiannya dibuka. Dia hanya menuruti langkah Nabila masuk ke bilik air.
Izham mendengar segala bait perkataan dari mulut Nabila. X sangka pula yang selama ini dia sudah berkahwin dengan Nabila. 5 tahun kot. Macam susah nak percaya. Sebab Izham x ingat satu pun memori apa yang berlaku semalam. Izham tersenyum sebab dia ada rumah besar, kereta mewah dan Nabila disisinya. Tiba - tiba, 2 orang budak datang kepada Izham. Eh sapa ni.
Izhar: Papa... jomlah papa main dekat luar.
Izara: Jomlah..
Izham: Papa?
Nabila: Abang... kita dah ada anaklah bang. 2 orang ni. Ini Izhar Iskandariah anak sulung, yang ni pulak Izara Isariah. Awak yang nak namakan mereka berdua macam tu. X ingat ker.
Izham: Yeke..Nabila mengambil 1 lagi album didalam almari lalu ditunjukkan kepada Izham, Izham melihat gambar2 disaat mereka menimang cahaya mata, walaupun gambar orang2 disekililingnya itu seakan-akan kabur tetapi dia nampak jelas keadaan Nabila didalam gambar itu. Wah... x sangka dia dah menjadi seorang bapa.
Izham: Jadi ini anak kitalah yer...
Nabila: Iyer...
Izham: Terima kasih Nabila.Nabila mengambil album2 gambar tersebut lalu diletakkan didalam almari semula. Nabila cakap hari2 dia akan lupa tentang apa yang berlaku semalam jadi Nabilalah yang akan mengingatkan apa yang berlaku. Agak susah untuk Izham menerima kenyataan ini tetapi sekurang-kurangnya dia bahagia.
Nabila: Abang.. bawa budak2 pergi luar... main dekat luar.. nanti saya sediakan air teh wangi untuk awak.
Izham: Yer sayang.. jom Izhar, Izara, papa bawak kamu main dekat luar..Sedetik itu, Izham terfikir, kenapa aku rasa macam benda ni berulang-ulang kali. Kali ni, Izham merasa tubuhnya tidak enak. Seakan-akan tubuhnya panas. Kenapa ni.
Izara: Papa cepatlah...
Izham: Okok...
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomanceCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...