Demi Mencintaimu 35 - Part 2

2.3K 110 7
                                    

Izham melihat motorsikalnya, selama ni mati2 aku percaya ni motor aku, rupenyer bukan. Memang betul2 serupa macam motor aku, calar dia, sebahagian seatnya koyak, cermin meter dah retak. Aku tahu kau buat semua ni untuk aku. Tapi....aku harap kau buat ni untuk tebus kesalahan kau. Walaupun aku tahu kau cuba untuk mengisi ruang hatiku menggantikan Nabila. Sebaik mana pun kau, sehebat mana pun kau. Aku tetap memilih kau sebagai kawan tidak lebih dari itu. Nabila hanya yang terindah.

************************************Aida: Hello Firas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

************************************
Aida: Hello Firas...Firas!!!bangun..
Firas: Ermmm...ade ape ma..pagi2 lagi dah kacau Firas.
Aida: Ni mama nak kamu malam ni bertindak dgn lebih aggresif lagi.
Firas: Maksud ma..
Aida: Ala kamu tahu kan..
Firas: Mama ni giler ker ape.
Aida: Bolehlah Firas. Demi mama..demi kesenangan kamu jugak.
Firas: Tengoklah nanti macam mana. Dia tu susah sikitlah.
Aida: Mama x kire yang penting mama nak hasilnya. Lagi sikit jer ni.
Firas: Mama...Firas rasa Firas macam xnak semua nilah.
Aida: Ape kamu cakap, kamu jangan main2. Dulu kamu jugak yang cakap kamu nak kereta besarlah, perempuan berderet-deret suka kat kamu. Xkan kamu dah lupa..
Firas: Entahlah mama..
Aida: Xde alasan kamu ni. Mama nak plan ni berjalan dgn lancar kalau x..
Firas: Kalau x apa ma..
Aida: Xde pape..yg penting selesaikan kerja kamu tu. Jangan kecewakan mama.

Datin Aida terus menutup telefonnya. Firas hanya diam. Aduh..macam mana aku nak masukkan Adam dalam perangkap ni. Adam tu bukan jenis yang senang2 boleh dipujuk. Peninglah macam ni. Tapi aku try, aku pun memang nak try si Adam tu. Manalah tahu, dia clash dgn pakwe dia, boleh aku masuk line.

Sampai sahaja di meja officenya, Izham duduk sebentar sementara menunggu Fattah masuk office. Pekerja yang lain ade yang baru masuk office, ade yang sedang gossip awal pagi, ade yang berbual dengan cleaner pasal tempahan jahitan baju. Aish..macam2. kalau dulu ade jugak Kak Hanie disebelahnya, bergosip jer kejenya, Izham layan jelah sebab dekat main office ni kebanyakan orang yang dah berumur, yang berkhidmat dekat syarikat ni lebih dari 8 tahun. Yang muda hanya PA Fattah dan Fattah. Tapi oklah Kak Hanie..enjoy, sekarang ni dia dah ade dekat department lain. So agak jaranglah dia datang ke sini. Meja Kak Hanie kosong lagi, belum ada yang isi lagi. Oh yer lupa, buat air milolah sebelum dia sampai. Izham ke pantry untuk membancuh air milo.

Walaupun masa awalnya, Fattah tidak minat dengan air milo sebb dia lebih suka air nescafe tetapi disebabkan Fattah dulu garangnya macam harimau mengawan, tu yang dia segarkan Fattah dengan air milo, kalau nescafe tu ade caffein, so stress dia cepat sampai. Mase tu, PA dia yang buatkan nescafe, tapi x sedap katanya, mengamuk dia. PA dia terus berhenti time tu jugak, tu yang Izham beranikan diri masuk ke bilik Fattah beri dia air milo.

Sejak tu terus setiap pagi Izham bagi dia air milo dan biskut coklat berbentuk bear. Biar dia masuk pejabat dengan senyuman dimukanya. Tapi itu semua sebelum kejadian silamnya tu berlaku. Izham keluar pantry membawa air milo dan sepinggan kecil biskut coklat bear itu. Mesti Fattah suka, kau cabar aku kan cari favourite kau, ni aku dah bawak dah ni. Sampai sahaja di depan pintu bilik Fattah, Izham terberhenti, eh macam mana aku nak bukak pintu ni. Izham cuba meletakkan pinggan yang dia pegang di meja yang berdekatan dengan pintu itu, tup2 Fattah membuka pintu dari dalam dan terlanggar Izham, habis basah baju Izham terkena air milo yang agak panas itu.

Demi Mencintaimu - ReReleasedWhere stories live. Discover now