Pembunuh itu hanya memerhatikan gerak geri Amzar. Dia dengar juga sahutan demi sahutan tetapi masih jauh kedengaran. Amzar semakin banyak bergerak. Pembunuh itu hanya tersenyum. Dendam aku terbalas...tapi ni baru sikit. Pembunuh itu mengambil kayu yang berada tidak jauh darinya lalu diangkat kayu tu dan dijatuhkan semula hingga mengeluarkan bunyi. So bolehlah aku tarik perhatian si bodoh2 tu. Seketika itu, pembunuh itu melihat 3 orang lelaki berlari mendekati tempat Amzar diikat. Here it comes..which one I should shot. Si tikus penyibuk ker, kekasih malang Fattah ni ker atau si berlagak berani ni. Aku x boleh tembak Fattah sebab aku yang nak buat kau merana. Ah tembak jelah mana aku suka. Amzar menjerit dalam keadaan mulutnya tertutup rapat. Adam jangan datang sini. Ini semua perangkap.
Adam!!!!
Dalam mereka berlari itu, Fattah seakan-akan perasan akan 1 kelibat hitam berdekatan dengan tempat Amzar diikat. Ah sudah..aku dah agak ini perangkap. Izham semakin dekat dengan Amzar. Fattah takut sesuatu akan berlaku dekat Izham.
Fattah: Izham!!!!!!!
Dan masa itu jugalah 1 tembakan dilepaskan.
Izham&Adam: Amzar!!!!
Amzar rebah menyebabkan kerusi yang diduduk oleh Amzar jatuh. Mereka terus berlari laju menuju kearah Amzar. Siapa tembak Amzar.
Mereka mendapatkan tubuh Amzar, Izham terus membuka ikatan secepat yang boleh supaya tekanan darah tak terlalu tersekat. Adam pula cuba sedaya upaya menyelamatkan kekasihnya. Darahnya semakin banyak mengalir. Amzar mengerang kesakitan. Dipegang tangan Adam dengan erat. Sakitnya x terperi, sekarang ni apa yang dia nampak hanyalah Adam. Ya..Dani Adam orang yang paling dia sayangi.
Fattah mengambil keputusan untuk mengejar pembunuh itu didalam hutan. Pembunuh itu terus berlari, Fattah x berputus asa terus menerus mengejar pembunuh itu, dia xkan lepaskan pembunuh itu. Keadaan hutan yang agak tebal itu menyukarkan pembunuh itu untuk bergerak pantas. Dia sedaya upaya cuba mengelak dari daun2 pokok yang semestinya berduri itu. Dia mencari akal untuk melepaskan diri dari Fattah. Pembunuh itu melepaskan beberapa tembakan rambang untuk melepaskan dirinya. Tembakan itu menyebabkan Fattah terpaksa mengelak dan berselindung disebalik pokok. Fattah terpaksa menghentikan niatnya untuk mengejar pembunuh itu disebabkan pembunuh itu berjaya melepaskan diri. Tembakan itu betul2 sukar untuk Fattah mengikut jejak langkah pembunuh itu. Dia berpatah balik ke tempat Amzar itu tadi, lalu menelefon ambulans. Izham dan Adam masih memeluk erat tubuh Amzar yang masih terbaring berlumuran darah. Amzar dah nyawa2 ikan masa itu.
Izham: Abang Am...kuat abang Am. Jangan tinggalkan Iz..
Adam: Sayang..please bangun sayang..Amzar!!!!Amzar menguatkan tangannya untuk menyentuh pipi Adam. Dia ingin mengesat air mata Adam. Dia gagahkan dirinya untuk bercakap.
Amzar: A.....a.... Adam.... selamanya... aku... mencintai... di..ri..mu.. Dani Adam.
Dan Amzar terus tidak sedarkan diri. Adam dan Izham terus menangis. Fattah pula hanya berdiri kaku..ini semua salah aku. Akulah puncanya. Aku memang bawa sial pada semua orang.
*****************************************
Izham masih menangis teresak-esak di bangku ruang menunggu wad kecemasan itu. Adam pula dah macam patung, hanya duduk kaku bersebelahan Izham. Keadaan mereka sekarang ni masih x bermaya lagi. Fattah kena support mereka berdua dalam situasi ini. Kak Amizah dalam perjalanan pulang ke Langkawi kerana membawa anak-anak yatim itu pergi bercuti. Menangis dia dalam talian. Yelah Amzar sahajalah satu2nya waris yang tinggal.
Fattah: Izham..kau ok ker..dah2 jangan menangis.
Izham mengesat air matanya, dia betul2 x tahu nak buat apa. Dia takut Amzar pergi macam Nabila. Amzar sahajalah tempat dia bergantung. Izham memeluk Fattah dengan erat. Dia menangis dan terus menangis. Sambil Fattah memeluk Izham, sambil tu juga Fattah menggenggam tangan Adam dengan kuat. Aku tahu kau sedih Dam...sabar yer. Fattah melepaskan pelukan Izham.
YOU ARE READING
Demi Mencintaimu - ReReleased
RomantikCinta diantara 2 lelaki yang berbeza level..hati mereka keliru untuk memilih jalan yang mana cinta yang ikhlas atau permainan nafsu..Mereka menidakkan cinta itu dan biar berlalu pergi..Tetapi lama kelamaan mereka sedar cinta itu adalah pilihan yang...