18

2K 150 30
                                    

"haa boleh tak?"

"boleh apa?"

"hishh engko ni 🙄"

Aku dengar dia mendengus.

Ni si akak kering ni call aku dari malam tadi beb.

"salam takde tetiba tanya boleh tak,"

"halahh ko ni, assalam, haa, dah bagi salam dah, cepatlah jawab boleh ke idok?"

haihh

Aku malas ah

"malaslah kak"

So, cerita dia macama ni.

Disebabkan sekolah tadika ni nak diperbesarkan lagi dan mungkin akan menggangu sesi pembelajaran,

So, big boss amik keputusan start esok sesi persekolahan akan tamat pada pukul 9:30 pagi sebab lepastu orang kontraktor boleh buat kerja dia sampai petang dan aku boleh berambus pada pukul 10 pagi.

UYEEHHHHHH MANSAEEEEE!!!

Tapi yang tak mansae nya ni, kak Ija minta tolong aku—eh silap, dia PAKSA aku jadi pembantu dia kat sekolah sebab dia kena aturkan satu majlis besar yang melibatkan orang-orang atasan iaitu ppd.

Tak tahulah tapi katanya para menteri dari negara pasir berdengung pun duk sebuk datang.

So, mana cikgu-cikgu yang terlibat tu dibenarkan cari personal assistant. Boleh tolong siapkan apa yang tak sempat ke apa ke. Senang kata jadi kuli ah camtu.

Sebab tulah kak Ija minta tolong aku, lebih kepada memaksa actually, tapi aku malaslah.

Tahu tak inilah peluang aku untuk dating lebih lama dengan tilam empuk aku lepas sekolah. Kacau je.

"alaa ya, ko tolonglah akak. Akak bagi gaji kot, tapi tak banyak ah an..tapi tolong ah Yaya. Kau je harapan akak sekarang ni. kau tak kesian kat akak kew??please yaya pleaseuu"

Dia merayu.

Alahhh janganlah merayu ratap camni. Tak sampai hatilah aku camnih.

"student akak takde ke yang boleh menjadi harapan selain Yaya yang comel ni?"

Kataku sambil mengemas buku yang terakhir ni.

"takde Yaya, ko sorang je harapan akak. Akak tak percayalah student zaman now ni, kang hilang barang akak haa acaner? boleh eh Yaya eh? eh? eh?"

hem

Nak cakap apa lagi ni

"jap, bagi Yaya masa nak mikir"

"haa okay, 5 minit lagi akak call"

"cepatnya! tunggulah besok ke"

"besok?! takde masa dah ni, pengetua nak jumpa semua p.a harini gak, sebab dia nak fly nigeria petang ni"

"nigeria?? buat apa gi sana??"

"ahh mana akak tahu, lantak dialah nak gi mana pon, yang penting ko ni, boleh tolong akak ke tak?"

mehh

kalau dah dia kata pengetua nak jumpa semua p.a harini gak pastu aku konfiden akulah satu-satunya calon p.a yang dia ada, kau rasa patut ke aku kata tak nak?

plus dengan nada suara dia yang cemas gila macam tengah tahan nak terkencing.

"tapi kak, Yaya kena tanya boss Yaya dulu. Takut dia marah pula Yaya buat dua kerja"

"haa yelah yelah, cepatlah tanya. Jap lagi akak call, akak nak gi tandas japlah. Tak tahan dah ni, okbai!"

Lohhh betul betul tengah tahan nak gi tandas rupanya. Patutlah cemas len macam ja.

CRUSH haku hensem || KTH  [Completed✔️]Where stories live. Discover now