"kau nak tak jadi girlfriend aku?""WHATTTTT?!?!? SIYES AHH DIA TANYA GITU?!?"
Yaya ditalian bagaikan diserang histeria, terkejut bebenor. Ihah mengangguk yakin.
"yedohh siyess, dia cakap macam tu"
Ihah membetulkan seluar tidurnya sebelum melompat ke atas katil.
"habistu habistu kau jawab apa?? YES?!?"
Ihah terdiam buat seketika, kepalanya mula terbayang kembali saat kejadian tak disangka itu berlaku.
💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭
"kau nak tak jadi girlfriend aku?"
Tanya Mika setelah tidak dapat menahan diri dari cemburu dengan Iyan.
Mika dipandang tanpa berkelip. Ihah terdiam, dia memandang sekeliling buat seketika untuk memproses apa yang sedang berlaku, terkebil-kebil dia.
Mika ajak couple??!?
Mika yang sedang menunggu dipandang lagi.
"a-apa..kau cakap ni..Mika..?
Air liurnya ditelan. Nervous barangkali.
"aku suka kau Ihah"
Bertambah tercengang Ihah dibuatnya, mulutnya terbuka sedikit kerana terkejut dengan pengakuan Mika.
Lama Ihah mendiamkan diri, Mika pula hanya diam menunggu, dia juga nervous.
"a-aku..."
Ihah betul-betul blank, tiba-tiba dia hilang kata-kata.
"aku.."
Belum sempat dia menghabiskan ayat, sekumpulan rakan sekelasnya pun tiba dan secara automatiknya Mika dan Ihah pun acah-acah seperti mengemas meja.
Alhasil, kata-kata Ihah cuma tergantung sepi begitu sampailah dia balik rumah dan terus menelefon Yaya.
💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭💭
"aku...tak cakap pape pun"
"WHATTTTTT?!?"
Henfon dijauhkan sesaat. Suara nyaring Yaya hampir saja membuatkan dia mencarut.
"kau takyahlah jerit jerit adumakk"
"KENAPA TAK CAKAP PAPE?!? JAWAB JELAH YESS KAU NIIII"
Lagi sekali dia menjauhkan henfonnya. Yaya ni minta dikaki barangkali.
"aku sumpah Ya, kau jerit lagi aku datang sana aku pijak kau laju-laju"
Geram pula dia. Yaya pula cuma berhehehe ditalian.
"yelah yelahhh, so, boleh bagitahu kenapa hengko tak cakap pape??"
Ihah diam dan mengeluh kecil.
"entahlah, aku...masa tu aku terkejut gila tau, like aku tak jangka dia nak confess. Aku tak tahu pun dia suka aku juga jadi aku jungshook tau. Pastu bila aku nak cakap je bebudak kelas dah masuk. Memang diam gitu je ah cerita dia"
"lah pulakk kau ni, haihh, benda dah smooth tau, kau dah tak payah susah-susah dah nak confess dulu ke apa, dia dah confess dulu dah kat kau. See? Aku dah cakap dia dengan budak coklat tu takde apa pun. Kau je nak drama lebih"
Ihah mencebik.
"manalah aku tahu dia takde pape dengan budak tu, dah dorang selalu jumpa bagi coklat bagai, sesenyum, kalau orang lain tengok pun orang dah boleh assume yang dorang tu couple tahu tak?"
YOU ARE READING
CRUSH haku hensem || KTH [Completed✔️]
Fanfiction+Bila kau ada crush pada budak sebaya kau tapi dia masih bersekolah (form 6) dan kau pula merupakan seorang guru. Guru tadika yang chumel... Pfftt.. ⚠️ amaran keras ⚠️ - cerita tak sempurna ni ada byk masalah seperti :- • grammar bm yang kelaut...