Apa password dia ni?Hmmm, birthday dia? try jap,
Ddaeng, salah.
Tahun lahir?
Ddaeng lagi.
Haihh apa password dia ni?
"Adikk! Buat apa tu? Sini makan, Aesh nak makan ni"
Uishhh! Hampir je henfon Aeshraf jatuh. Terkejut ya Allah!
"haa okay! okay!"
Aku letak balik henfon dia atas meja tapi...ishh..apa si soya tu nak bagitahu eh? Hmm.
🎶🎵🎶
Lepas makan tadi kami ingat nak beraya ke rumah pakcik makcik sedara mara belah papa, sebab tahun ni turn sebelah sana and papa dah takde kampung. So, kitaorang beraya rumah ke rumah jelah gitu. Kalau mama ada kampung, tahun lepas dah bersakan dah kat kampung.
So, sekarang aku tengah tunggu mama bersiap apetah lagi kat atas tu, lauk semua aku dah siap bungkuskan, entah siapkan apa lagi tah tu.
Pehh banyaknya kuih! Sedap siot boleh makan sesiang buta ni. Bersila atas sofa, peluk bekas kuih, buka tv, baek ah. Rancangan memasak, macam ulangan puasa haritu punya je ni, ah tengok je ah.
"okeyyy harinii chef two nak kongsi resepi baru untuk lauk berbuka puasa harini. Ahaaa gittuww. Senang kerja korang kan tak payah sesusah nak mikir nak masak hapee. Haa moh kita mulakan dengan bacaan yaasin."
Pehh bacaan yaasin, bukan kaleng-kaleng. Lama lagi ni nak memasak. Kotye pun nak tunjuk alim surah tiga qul sudahlah.
"nah ni ada surat"
Mama hulur sepucuk sampul surat depan muka aku. Aku amik.
"siapa bagi?"
Surat apa ni?
"entah, semalam petang masa nak siram pokok bunga, terperasan ada surat kat peti surat tu"
Mama duduk di kerusi berhadapan aku dan mula tertumpu pada rancangan tv tadi.
Sampul surat ni tak tulis apa-apa pun, macam dari shiapa, asalnya dari mana, hobinya apa, setemnya beli dari mana dan lain-lain. Aku buka dengan wajah penuh saspen.
Sepucuk surat aku keluarkan. Bapak ah panjang siot, anak siapa pula bagi karangan spm dia kat aku ni?
"Assalamualaikum,"
Wa'alaikumussalam, jawab oi.
"Dear Ira,"
...O...kay...
Helmi?
"saya...em,ni saya Helmi. Saya tahu awak mungkin akan buang surat ni sebelum awak habis baca baris ke empat, tapi saya harap awak bacalah sampai habis. Penat saya menulis."
Sape suruh kau menulis. Duh 🙄.
"Saya sebenarnya tak tahu nak mula macam mana, tapi tujuan utama saya tulis surat ni ialah nak minta maaf kat awak SAYA MINTA MAAF ㅠ.ㅠ . Saya tahu saya salah, saya bodoh sebab buat awak macam tu, saya sedar saya dah melampau sangat-sangat. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya malu nak jumpa awak, malu sangat. Saya bodoh sebab terlalu ikutkan perasaan, saya tak boleh nak kawal diri, saya tak boleh terima awak tolak saya sebab Aeshraf yang mana lagi muda dari saya. Saya tahu saya bongkak pasal pekerjaan saya, saya terlalu yakin dengan apa yang saya ada berbanding Aeshraf padahal saya tahu awak tetap akan pilih Aeshraf. Saya minta maaf. Saya tahu saya bodoh. Bodoh sangat-sangat. Saya minta maaf Ira.."
YOU ARE READING
CRUSH haku hensem || KTH [Completed✔️]
Fanfiction+Bila kau ada crush pada budak sebaya kau tapi dia masih bersekolah (form 6) dan kau pula merupakan seorang guru. Guru tadika yang chumel... Pfftt.. ⚠️ amaran keras ⚠️ - cerita tak sempurna ni ada byk masalah seperti :- • grammar bm yang kelaut...