"okay dah siap warna nanti tunjuk cikgu eh"
"okayyy"
Mereka mula mewarna ikut suka hati mak bapa masing-masing. Sangat lawa 🙃. Ehe.
Wajah mereka satu persatu aku tatap. Harini hari terakhir aku kat sini. Akan ku rindu ini shemuaaa. ALOH NAK NANES PULA ISHH.
Siot aku nangis betul weh.
Aku lap air mata. Sebak pula. Walaupun taklah lama mana aku mengajar tapi terasa tau macam kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Aku sayang nak tinggal, tapi cita-cita aku kalau bukan aku yang capai, siapa lagi nak capai? takkan pakcik cendol depan tu pula.
"class"
Mereka pandang aku. Takdelah semua pandang tapi adalah dua tiga orang, yang lain main lari-lari. Siot betul. Aku depan mata kot sedap je main. Haihlah sayang.
"dengar ni cikgu nak cakap sikit"
Aku panggil dorang duduk rapat.
"nak kalerlah cikgu"
"alahh, dahlah simpan. Esok hantar"
"YEYYYYY"
Kemain hengko beryeyy. Laju simpan buku dalam beg. Aku takde bagi kerja sekolah pun, setakat mewarna je suruh bawa balik. Lepas semua dah tarik kerusi duduk depan aku, aku tengok lagi wajah mereka satu persatu dengan penuh rasa sayang. Ohh ma heart.
nak naness.
tsk
"kenapa cikgu niiiiii"
Adnin tarik baju aku ketawa. Pelik agaknya aku diam tapi tengok je muka dorang. Aku senyum.
"harini...hari terakhir cikgu jadi cikgu awak"
"hm?"
Semua buat muka tak paham.
"lepas ni ada cikgu baru ajar awak"
"ha?"
"cikgu nak pergi jalan eh?"
"cikgu tak ajar lagi ke?"
"cikgu nak pergi mana? nak ikutlah"
Tak paham lagi yee.
"cikgu tak ajar awak lagi dah. Hari ni last. Esok cikgu takde"
"haaahhh?!?!?"
Buat muka terkejut bhai semua. Paham dah ke?
"cikgu tak nak ajar kitaorang lagi ke?"
"cikgu nak pergi mana?"
Aku senyum lagi.
"cikgu nak sambung belajar, nak belajar kat universiti"
"ohhh! macam paksu kita!"
"aik? cikgu kan dah jadi cikgu, kenapa kena belajar lagi?"
Pandai budak si Afrina ni, disokong kuat pula oleh kawannya, si cik Alya kita.
"entah, cikgu kan dah tua, tak payah belajarlah"
Comel je makcik ni cakap. Macam orang tua kepoh. Rasa nak cubit je mulut cakap aku tua eiii. 😌
"hey, cikgu muda lagilah, bergetah yall"
Aku flip tudung dan bergaya ala ala model kejap. Ketawa bebudak ni.
"cikgu nak pergi sambung belajar. Belajar ni, orang muda macam awak boleh, orang tua macam cikgu—eh, tak, em, haa kalau mak awak nak sambung belajar pun boleh tau"
YOU ARE READING
CRUSH haku hensem || KTH [Completed✔️]
Fanfic+Bila kau ada crush pada budak sebaya kau tapi dia masih bersekolah (form 6) dan kau pula merupakan seorang guru. Guru tadika yang chumel... Pfftt.. ⚠️ amaran keras ⚠️ - cerita tak sempurna ni ada byk masalah seperti :- • grammar bm yang kelaut...