129

944 108 69
                                    


Tali leher Aeshraf aku amik dan aku pakaikan. Aeshraf cuma diam pandang aku yang langsung tak pandang dia dari tadi.

"sayang kenapa ni? Bad mood eh?"

Tanya Aeshraf prihatin.

Hmm.

Aku tak tahulah, aku rasa tak sedap hatilah.

"em, awak cuti harini tak boleh ke?"

Aeshraf macam terkejut dengar permintaan aku.

"kenapa? Awak tak sihat ke? Sakit?"

Aku geleng.

"saya...tak sedap hatilah"

Aku tunduk, sumpah aku bangun tidur je tadi aku dah rasa tak sedap hati. Aku rasa macam tak nak Aeshraf pergi sekolah hari ni.

"kenapa? Awak fikir apa ni?"

"saya tak tahu...saya cuma tak sedap hati"

Jawabku dengan suara sayu.

"sayang"

Aeshraf tarik aku ke dalam pelukkan dia.

"perasaan awak je tu, takde apalah"

Kata Aeshraf nak sedapkan hati aku, tapi hati aku tetap rasa tak sedap.

Aku tolak dia sikit dan dongak pandang dia.

"takyah gi sekolah eh?"

Aku rayu lagi.

"sayang jangan macam ni, harini saya tak boleh ponteng, form 6 atas ada perjumpaan penting dengan cikgu-cikgu"

"tapi..."

Aku...tak tahu nak cakap macam mana.

"awak doakan saya selamat pergi dan balik eh sayang. Doa isteri senang nak makbul, lagi-lagi tengah mengandung"

Pujuk Aeshraf.

Haih, nak tak nak aku terpaksa relakan dia pergi sekolah. Aku cuba senyum dan angguk.

Baru dia senyum balik dan selamg beberapa minit lepas sarapan, Aeshraf pun bergerak ke sekolah.

Ya Allah, kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Lindungilah suamiku ya Allah, jagakan dia untukku ya Allah, dia suami yang sangat baik ya Allah.

No One's


"gila ah dah kecoh siot satu sekolah"

Yusuf masuk kelas sambil bersuara kuat. Meja Faiz dituju. Makanan yang dibelikan untuk rakannya bertiga diletakkan di atas meja.

"apa kau ni?"

Soal Faiz pelik. Masuk-masuk je dah kecoh, dahlah tak bagi salam. Nugget kirimannya diambil.

Almaklum, Yusuf kalah main dam ular, so, dialah yang kena pergi beli makanan depa bertiga. Main tipu pun kalah. Apoo.

"kau tak dengar lagi ke gossip pasal Aesh?"

Dia duduk di kerusi sebelah Faiz.

"amenda?"

Faiz yang malas mahu melayan itu cuma bersuara acuh tak acuh. Makan nugget lagi nest.

"pasal Aesh dah kawin, benda tu dah tersebar satu sekolah"

Iyan dan Afie yang baru saja mendekati Yusuf itu terus mencapai kerusi dan duduk sama di hadapan mejanya.

"kau serious ah Sop?!"

Soal Iyan. Yusuf angguk beria.

"yedoh, dah tersebar laju, macam pisang goreng panass"

CRUSH haku hensem || KTH  [Completed✔️]Where stories live. Discover now