90

1.4K 143 37
                                    

Harini tadika aku ada buat sukan-sukan sikit. Entah sempena apa aku tak tahu, tiber je cikgu Watie ni kata semalam nak buat pesta untuk anak-anak ni.

Okaylah kan, kira mulia juga hati dia. Orang banyak duit, bolehlah. Aku ni..hem, buka dompet lima ingget je ada alahai.

"cikgu! cikgu Salwa panggil"

Azura tarik baju aku dan dengan terkinja-kinjanya dia tunjuk kak Salwa yang tengah sebuk duk godak air. Aku pun pergilah dekat dia.

"kenapa kak?"

"ha, ni masalah ni. Boleh tolong akak belikan ais batu tak? Lupa ko nak beli tadi."

"akak lupa beli?"

"iyee, ni duitnya."

Aku tercengang. Iye pergi kedai, tapi nak pergi naik apa?

"kak, kedai jauh kak. Cemana kita nak pergi?"

"naiklah motor"

"motor? motor siapa?"

"eh, Yaya bukan ada motor ke?"

Bila masa pula aku ada motor ni?

"mana ada. Kita nak naik motor pun takut"

Kak Salwa macam loading kejap.

"oh lah! akak terbayang Yaya ni adik sedara akak pula ya Allah. Ha takpelah, akak gi beli jap, Yaya jaga air ni eh."

Aku angguk dan kak Salwa laju keluar naik kereta pergi kedai. Nasib baik tadika ni dah dibesarkan, laman pun jadi luas je. Senang nak buat aktiviti apa-apa. Cikgu Watie dengan Cikgu Hani tengah jaga budak. Aku ditugaskan hias suasana sekolah ni sikit bagi nampak meriah gitu. Kak Salwa pula bahagian makanan.

Senang je, makanan tempah dari kantin sekolah menengah, air buat sendiri. Sekolah menengah pun rupanya harini ada buat apa tah. Tak silap aku abang Syafiq kata ada sekolah dari anak-anak istimewa menumpang buat sukan sebab dewan sekolah menengahkan besar. Sekali gus ada buat jual-jual sekali. Ibu bapa dijemput hadir.

dan yaaa, depan sekolah sesak jugalah. Penuh kereta, nasib baiklah pesta tadika ni tak jemput ibu bapa. Kalau tak, memang lagi penuhlah depan sekolah ni dengan lautan kereta.

Aku tengok jam, dah nak masuk waktu rehat ni. Makanan tak sampai-sampai pulanya. Alamak, kak Salwa pula keluar, nak call orang kantin pun tak tahu nombor ni.

Cikgu Hani datang mendekat.

"Salwa mana?"

"kak Salwa pergi beli ais batu, lupa nak beli tadi"

"lah yeke, em, makanan tak sampai lagi kan?"

Aku geleng kepala. Terpancar kerisauan di wajah cikgu Hani.

"cemana eh? em, Yaya ada nombor orang kantin tu?"

"takde"

Bertambah risau jadinya cikgu Hani. Aku kena pikir sesuatu. Emmm ha!

"em, kita pergi kantinlah, amik makanan tu"

"ha boleh juga tu tapi cikgu tak boleh ikutlah, kesian pula cikgu Watie nak handle sorang-sorang nanti"

Aku hanya anggukkan kepala.

"takpe, kita je pergi."

Lepastu laju aku menapak masuk ke perkarangan sekolah menengah. Mana yang kenal aku tu senyum ler, yang tak kenal tu mesti pikir aku ni entah kakak ke mak sesapa yang datang. Ah lantak situ, aku nak kena pergi kantin sekarang ni.

Eh tapi aku terlalu muda untuk dorang anggap aku ni mak orang. Tak ke gitu?

"eh awak?"

Spontan aku menoleh. Eh Faiz.

CRUSH haku hensem || KTH  [Completed✔️]Where stories live. Discover now