117

1.1K 138 67
                                    



"haihhh"

Keluh Aeshraf sebaik saja dia menghempas badannya di atas katil. Siling bilik Yaya ditenung. Rasa kosong tanpa isterinya di sisi.

Kalau tidak boleh juga dia usik, boleh juga dia lihat isterinya malu-malu kucing. Bibirnya mengukir senyuman saat terbayang akan wajah Yaya.

Dia mengiring ke kiri pula, terpandang gambar nikah mereka yang terletak elok di atas meja. Pantas dia bangun dan mendekati meja kecil itu. Gambar tersebut diambil dan ditatap.

Rindu.

Gambar Yaya diusap perlahan. Senyumannya tidak pernah lekang bila memandang wajah isterinya itu.

"macam mana ni....saya dah rindu awak sayang"

Aeshraf baring di atas katil dan gambar tadi dipeluk. Bantal milik Yaya juga dipeluk. Bau-bauan yang masih kekal dihidu.

"i miss you sayang"

Tidak lama selepas itu, Aeshraf akhirnya tertidur dalam kerinduan.

🎶🎵🎶

Tepat 4 pagi henfon miliknya berbunyi. Laju tangannya menyentuh skrin henfon yang tertera 'stop' itu. Dia menggosok matanya seraya bangun mengeliat.

"huargggh"

Mulutnya ditutup dengan tangan, perutnya digaru.

Tanpa berlengah, pantas Yaya mencapai tuala dan baldi kecil berisi alatan mandi. Sebelum itu, gadis yang baru saja dikenalinya beberapa hari lepas, dikejut.

"Tirah, bangun..jom mandi jom"

Gadis itu mengeliat dan bangun dari tidurnya. Matanya digosok.

"pukul berapa ni?

"pat"

Terangguk-angguk dia mendengar. Kepalanya digaru.

"Neen dah bangun ke?"

Gadis yang tidur ditingkat atas itu pula ditoleh. Masih berdengkur di situ.

"Neen bangun Neen, jom mandi"

Kejutnya. Neen atau nama sebenarnya Daneen, mula mengeliat.

"nak tidurrr"

Katanya mamai.

"mandi jom, nanti lambat, kan kena berkumpul kat dewan nak subuh kat sana"

"mmm"

Gumamnya sendiri dengan mata yang masih bertutup. Malas betul bila terpaksa bangun pagi begini.

Atirah atau mesra dipanggil Tirah itu sudah bersiap sedia mahu ke bilik mandi. Daneen dipandang lagi.

"bangunlah Neen, mandi jom"

Atirah pula cuba mengejut, manakala Yaya sudah pun menyarung selipar di luar.

"mm..gi dulu"

Gumamnya lagi. Matanya masih berat. Atirah hanya menggeleng dan keluar.

"bangun tak?"

Bahunya diangkat.

"dia suruh gi dulu, jap lagi bangunlah kot"

Yaya angguk faham. Takut pula kalau terlalu memaksa, masing-masing sudah besar, tidak mahulah bermasam muka pula nanti.

Selesai mandi, mereka pulang ke bilik dan Daneen masih lagi tidur di situ.

"ya Allah tak bangun lagi? Neen bangun, dah 4:30 dah ni, kul 5 nak kena ada kat dewan"

Kejut Atirah lagi. Tiada respond.

CRUSH haku hensem || KTH  [Completed✔️]Where stories live. Discover now