55

1.3K 153 25
                                    

Sampai je di tapak perkhemahan, semua beratur dan bersedia untuk ditentukan menjadi beberapa kumpulan.

Aku dan Aeshraf pula sebuk berkenalan dengan makcik-makcik katering. Kat sini senang, disebabkan dah selalu sekolah buat perkhemahan, so, makcik ni dah jadi katering tetap kat sini.

Masak-masak semua kami serahkan pada makcik-makcik ni semua, aku dengan Aeshraf cuma tolong hidang dan makan je eheheh. Mudahkan kerja kami?

Hari pertama berlalu dengan lancar. Tahu-tahu je dah malam.

So, disebabkan tangan aku masih berbalut, aku diberi pengecualian untuk tidur di dalam khemah. Uyehhh

Dan Ihah kena berterima kasih dengan aku sebab aku minta dia teman aku tidur sekali dalam bilik ni. Ada aircond kauu.

"terima kasih banyak YB jemput saya ke teratak YB, saya sangat terharu YB masih ingat saya"

Ihah salam tangan aku dengan rasa penuh syukur dan aku pun apalagi, masa-masa beginilah aku patut ber-riak diri.

Aku tepuk lembut kepalanya.

"ya ya, kamu memang patut rasa bersyukur kalau tak kamu dah macam sardin dalam khemah tu. Muahahahahaha"

Tanpa sedar, makin kuat pula aku tepuk kepala dia. Dia macam makin seronok tau muahahahhaha

Ihah tepis tangan aku.

"apa ni YB main kepala pula, berdosa tau"

"hahaha sorry sorry, macam seronok pula tonyoh kepala kau"

Bantal aku tepuk beberapa kali dan yaa beta mahu beradu sekarang. Jangan kacau.

tapi nampaknya Ihah ni macam tak reti-reti nak paham bahasa.

"weh Yaya, aku nak kencing ah"

"pergilah, aku nak tidur ni"

"ala YB, temanlah saya YB"

Inilah masalahnya, dapat tidur kat bilik tapi tandas takde. Almaklum, bajet ciput nak sewa chalet.

"pergi jelah, takde apalah"

Ihah mula goncang bahu aku kuat.

"ala YB, temanlah saya YB, nak terkencing dah ni, dah hujung-hujung dah ni"

Aku saja diam buat-buat tidur tapi eh makin galak pula minah ni goncang.

"YB CEPATLAH YB, PUNDI KENCING SAYA DAH TAK TAHAN NIHH! SAYA KENCING KAT SINI KANG, CEPATLAH YAYA OI!"

"ishh kau ni"

"NAK KENCING"

"HAA KENCING SEKARANG"

"SHHHHH"

Eii bodo dia ni boleh pula buat aksi nak kencing atas katil ni.

"WEH BODO SELEKEHLAH"

"HABIS KAU SURUH AKU KENCING SEKARANG KAN"

"eishh kau ni, dah cepatlah"

Aku tolak Ihah. Dia cepat-cepat turun katil.

"kau kenc—"

Tiba-tiba sehelai tudung mendarat atas muka aku. Walaupun ia hanyalah sehelai kain, tapi bapak ah pin tudung kena batang hidung aku sakitlah babun.

Tak guna betul minah ni dia baling je tudung ni kat muka peloles aku.

"cepat! cepat! cepat! tak tahan ni"

CRUSH haku hensem || KTH  [Completed✔️]Where stories live. Discover now