Kambing Panggang @ Ungkep

1.4K 28 28
                                    

Bahan-bahan :-
1kg campuran daging kambing & tulang
3sb sos barbeq
1tangkai daun ketumbar* hiris halus
1sb serbuk lada hitam kasar
1sb serbuk herba campuran( mix herb)
2btg serai*ketuk
Minyak zaitun
1st garam
Segenggam tepung gandum

Cara-cara :-
1) Basuh potongan kambing hingga bersih dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum dan perap seketika
2) Setelah diperap seketika basuh semula potongan kambing tersebut dan masukkan kedalam belas
3) Masukkan semua bahan-bahan dan gaul hingga sebati
4) Tutup bekas dan perap dalam peti sejuk. Kalau nak cepat bakar sila perap minimum 3 jam kalau nak terasa rata perap semalaman. Saya biasanya perap lama buat hari biasa dan bakar masa hari cuti.
5) Jika nak sedap bakar dengan arang ataupun atas dapur menggunakan pan. Saya biasa pakai kuali buat ala2 masak ungkap. Masukkan potongan kambing dan tambahkan secawan air dan remihkan hingga empuk. Jangan lupa tutup kuali kalau tak tutup lambat empuk.

Apabila empuk makan dengan sos blackpaper
Selamat memasak dan mencuba

P/s :- Maaf tiada gambar sebab saya jarang ambil gambar setiap masakan yang saya buat harap maklum..

RESEPIKU "Masak Campak2 Aje" Jilid 1Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang