Mee Goreng

58 4 3
                                    

Saya suka buat mee kuning gorang kering tapi kalau anda nak buat mee basah cuma tambahkan air semasa menumis dan rendam lama sedikit mee tu bagi kembang. Saya biasa buat kering mee pin basuh nak bagi hilang rasa kapur je...
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Bahan-bahan :-

1kg mee kuning* potong 4 dan basuh
5sb sambal tumis
2sb sos cili
1sb sos tomato
2sb sos tiram
1sb kicap pekat
2ulas bawang putih* ketuk dan hiris
10ekor udang* hiris buang perut udang
10biji bebola ikan* belah 2@4
2kpg Kek ikan*potong dadu
1gengam kerang kopek
Sedikit hirisan ayam
Sedikit hirisan daging
2biji tomato*potong 8
2tangkai sawi* hiris 1inci lebar
Minyak untun menumis
Garam dan gula
Air secukupnya* lebihkan kalau Nak buat mee basah

Cara-cara :-
1) Panaskan kuali masukkan minyak serta bawang putih kemudian masukkan sambal tumis,sos cili,sos tomato,sos tiram dan kicap pekat aduk seketika.
2) Masukkan air kalau mak buat mee basah masukkan 1cawan air saya cuma masukka 5sudu air je kemudian masukkan udang,bebola ikan,kek ikan,kerang,ayam dan daging masak seketika dengan api kecil perasakan dengan garam dan gula.
3) Masukkan mee kuning yang sudah dibasuh tadi dan aduk sebati sehingga kuah merata ke atas mee
4) Kemudian masukkan tomato dan sayur sawi tadi aduk seketika dan matikan dapur. Angkat mee tadi dan hidangkan.. selamat mencuba.

RESEPIKU "Masak Campak2 Aje" Jilid 1Where stories live. Discover now