Bahan-bahan :-
1kg tepung gandum
2tangkai daun kari* hiris
3biji bawang besar* potong dadu
1sb soda bikarbonat
1sb serbuk penaik
1kg udang saiz "M"
Air secukupnya
Garam secukupnya
Minyak untuk menggorengCara-cara :-
1) Ambil bekas besar masukkan semua bahan di atas kecuali air, udang dan minyak menggoreng
2) Adun rata kemudian masukkan air sedikit demi sedikit
3) Adun adunan dan pastikan is tidak terlalu lembik kemudian perapkan adunan selama 1 jam
4) Selepas 1 jam keadaan tepung akan naki 2 kali ganda dan bertekstur lembut
5) Panaskan kuali masukkan 1 botol minyak( botol 3kg) apabila minyak panas kecilkan api
6) Ambil segenggam doh tadi letak di tapak tangan dan lubangkan di tengah seperti donut dan tempelkan udang pada adunan tadi dan goreng
7) Buat sehingga habis dan jika udang habis dulu buat terus tanpa letak udang
8) Apabila doh timbul masa menggoreng pusingkan dan goreng bahagian sebelah lagi
9) Bila warna kekuningan angkat. Goreng hingga abis doh dan hidangkan. Boleh buat makan 1keluarga ni kalau buat 1kg