Lemak Nenas Dan Ikan Masin

104 6 5
                                    

Ini makanan kegemaran saya. Nak elok cari nenas moris atau nenas biasa jangan guna nenas madu nanti manis sangat kuah lemak tu jadinya. Ikan masin pula terpulang pada anda nak letak ikan apa tapi saya biasa guna tulang kurau masin,kapak masin takpun sepat masin. Ikan masin ni potong kasar kalausepat tu saya potong 3,kapak potong 6 kalau halus sangat takda best pulak. Semasa memasak garam jangan guna banyak sebab ikan masin dah memasinkan sedikit rasa kuah.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Bahan-bahan :-
1biji nenas* kupas dan hiris kasar
2ekor ikan masin sepat* potong 3
1biji bawang besar* potong 4^
2 ulas bawang putih^
3biji cili padi^
2liter air
1kotak kecil santan kara
Garam dan gula secukupnya
Minyak menumis
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :-
1) Kiasr semua bahan yang bertanda ^ panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau dan terus masukkan air kedalam periuk
2) Masukkan nenas yang dihiris kasar tadi dan masukkan ikan masin sepat. Biarkan mendidih seketika
3) Kecilkan api dan masukkan santan dan sedikit serbuk kunyit untuk membuat kuah santan tu berwarna kuning sedikit 
4) Biar sehingga mendidih dan aduk perlahan. Perasakan dengan garam dan gula mengikut selera anda dan matikan api. Biar sejuk seketika dan hidang.

RESEPIKU "Masak Campak2 Aje" Jilid 1Where stories live. Discover now