Hari ni dapat undangan majlis tahlil kat rumah rakan kerja. Masa balik dari rumah kawan tu bapa kepada kawan saya ada bagi sesikat pisang dan jering So saya amik je bawak balik sampai rumah tengok pisang asam rupanya. Jadi saya buat pisang rebus ni emm rindu dekat arwah nenek ni resepi dari arwah nenek saya..
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%Bahan-bahan :-
1sikat pisang asam* saya potong tangkai
Garam
Air
1/2biji kelapa*parut dan gaul sedikit garam. Kalau dapat kelapa muda lagi sedapCara-cara :-
1) Ambil periuk masukkan pisang,air dan secubit garam
2) Rebus pisang tersebut sehingga mendidih matikan dapur biar seketika
3) Apabila suam buang air rebusan dan pindahkan pisang ke pinggan
4) Kupis kulit pisang guna sudu dan makan isi piasang asam rebus tu dan makan dengan kelapa parut tadi