Part 4

1.3K 101 20
                                    

Sooyoung melangkah ke dalam ruangan pejabat datuk bandar dengan elegan sekali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sooyoung melangkah ke dalam ruangan pejabat datuk bandar dengan elegan sekali. Sesekali cermin matanya dibetulkan. Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan bersama datuk bandar. Ya, hal itu tidak lain kalau bukan tentang Miyoung. Setiausaha Jung mengarahkan Sooyoung untuk masuk bertemu datuk bandar sementara dia menyediakan minuman. Sooyoung mengangguk kecil.

"Puan Choi, apa khabar?" soal Sooman dengan mesra. Mereka berjabat tangan dan duduk menghadap satu sama lain di sofa yang berada ditengah-tengah ruangan. Sooyoung membuka kaca mata hitamnya dengan sungguh elegan. Terserlah anak mata emasnya yang memukau.

"Baik. Datuk bandar tahu kan tujuan saya ke sini?" soal Sooyoung dengan senyuman yang membawa maksud yang mendalam. Sooman menjongketkan keningnya. Dia memandang siling seperti cuba untuk mengingati sesuatu. Dahinya berkerut.

"D-Donor ke?" tanya Sooman semula. Senyuman Sooyoung semakin melebar. Sooman menelan liurnya. Sudah lama tiada penderma yang sesuai sejak beberapa bulan lalu. Bukan kerana tiada orang, cuma darah mereka tidak berapa sesuai untuk diserahkan kepada para pontianak. Mereka juga tidak suka untuk mengambil orang dari luar bandar— yang mana mereka juga berpusu-pusu untuk menjadi penderma. Hal ini kerana ianya melanggar syarat-syarat yang telah dikemukakan.

"Tapi Puan Choi, sudah lama kita tidak mempunyai penderma yang sesuai selepas Jieun—"

"Saya ada cadangan. Saya mahukan Kim Miyoung. Anak kepada pegawai polis yang baru berpindah semalam," ujar Sooyoung. Sooman menggaru kepalanya.

"Tapi—"

"Datuk Bandar tahu kan perjanjian kita? Setiap orang di bandar ini termasuk datuk sendiri adalah milik kami. Jadi, boleh ke?" balas Sooyoung membuatkan Sooman terkedu. Sooyoung kembali mengenakan cermin matanya. Dia berdiri dan membetulkan gaunnya.

"Saya tak kisah bila dia boleh hadirkan diri ke mansion kami. Lagi cepat lagi bagus."

Sooman mengangguk faham. Mereka memang telah mengadakan pendaftaran untuk mengambil penderma baru kerana sudah ada penduduk yang mencapai umur 18 tahun. Tapi meski pendaftaran banyak, darah mereka pula yang tidak digemari oleh vampire. Jadi, agak sukar untuk menguruskan hal tersebut.

Nampaknya dia terpaksa bekerja lebih keras dan tidak boleh mengabaikan mana-mana penderma seperti mana yang sering dia lakukan sebelum ini.

...

Miyoung membuka tingkap biliknya. Kerusi diambil lalu dia duduk dihadapan tingkap sambil merenung langit yang indah. Kerlipan bintang-bintang menenangkan hatinya. Kadang, dia terbayangkan wajah ibunya diatas sana. Sungguh dia rindu akan wanita itu.

"Kenapalah aku kena hidup dekat tempat bala macam ni? Dengan ada pula makhluk pemakan manusia tu lagi. Apa yang istimewa pasal mereka pun aku tak tahulah," bebel Miyoung. Dia bermain-main dengan daun pokok yang menyentuh tingkapnya.

"Mentang-mentanglah mereka ada rupa. Habis semua orang gila-gilakan mereka. Ceh! Ingat orang pandang sangat ke rupa tu? Kalau binatang tu selamanya binatang," sambungnya lagi. Entah apa yang dia tidak puas hati dengan puak vampire. Miyoung bangun dan menuju ke tingkat bawah untuk mengisi tekaknya yang dahaga. Dalam perjalanan, keadaan masih terang-benderang. Ini semua pun arahan Encik Kim agar membiarkan lampu rumah terbuka selagi dia masih belum pulang. Kalau ikutkan hati Miyoung, sudah lama dia tutup kesemua lampu itu.

Setelah selesai menghilangkan dahaga, dia kembali ke biliknya. Lampu ditutup dan dia berbaring diatas katil. Matanya sudah mulai kuyu.

Ting! Tong!

Miyoung mengeluh. Siapa pula yang datang malam-malam buta sebegini? Takkanlah ayahnya pula? Kalau ya, buat apa tekan loceng? Takkan tak ada kunci sendiri? Miyoung mengabaikan tetamu tersebut dan kembali ke katilnya. Dia bersiap-siap untuk tidur. Mujurlah bunyi loceng tadi telah berhenti. Dia tersenyum kerana akhirnya dapat tidur tanpa gangguan.

Gedegung!

Bunyi pinggan mangkuk jatuh menganggunya. Dia cemas. Ada pencuri ke?

"Kenapalah kacau aku masa aku nak tidur? Tak guna betul! Nak mencuri pun tunggu sianglah!" marah Miyoung lantas turun dari katil. Dia menuju kearah almari untuk mencari batang kayu atau apa-apa sahaja yang boleh dijadikan senjata.

Baru dia teringat, ayahnya memiliki set golf baru dan sudah semestinya set itu disimpan di bilik ayahnya. Dia keluar dengan senyap dan masuk ke bilik ayahnya lantas mengambil salah satu kayu golf yang ada.

"Mati kau harini pencuri. Berani kacau aku tidur," omel Miyoung sendiri. Dia menuju kearah dapur untuk mengintip si pencuri.

Kelihatan seorang lelaki sedang tertunduk-tunduk menyelongkar mencari sesuatu di dalam peti sejuk. Miyoung mendekatinya dari belakang dengan perlahan-lahan. Dalam kiraan satu hingga tiga, kayu golf ditangannya sedia untuk dilibas ke belakang lelaki itu.

"Gotcha!"

"AllahuakbarAbeAzizJatuhBok!"

Miyoung melatah dan dalam masa yang sama kayu golf di tangannya itu sudah pun berada di tangan lelaki di hadapannya ini.

"Ka-Kau bukan manusia..." ujar Miyoung, sedikit menggigil. Hal ini kerana lelaki itu bertindak pantas menahan Miyoung daripada memukulnya tadi walhal dia tidak mengeluarkan walau sedikit pun suara.

"Aku dapat bau kau lah," kata lelaki itu, bagai menjawab persoalan yang bermain di minda Miyoung.

Lelaki itu mendekati Miyoung dengan wajah menggodanya sehingga menyebabkan Miyoung terpaksa berundur ke belakang. Dan langkah gadis itu terhenti saat belakangnya tersentuh kabinet dapur yang menandakan tiada jalan lagi untuk dia keluar.

Lelaki itu menunduk dan menghidu bau Miyoung. Dia memejamkan matanya serapat mungkin dan menikmatinya. Menikmati aroma darah manis yang sudah beribu tahun lamanya dia tidak jamah.

"Aku Kai. Selamat berkenalan, future wifey."

"Apa benda sia—l?"

to be continued

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now