Pagi itu, selesai sahaja bersarapan, Miyoung dibawa ke halaman mansion. Sehun mengarahkan gadis itu untuk kekal bersamanya kerana tak mahu perkara yang sama berulang kembali.Miyoung memakai gaun yang labuhnya sehingga ke paras betis. Ianya berwarna kuning cerah dan tidak bercorak. Dilehernya terhias pula dengan rantai permata yang harganya melebihi dua buah pinggang manusia. Sementara menunggu, dia duduk tidak jauh dari Sehun dan Matthew.
Kedua lelaki itu tampak begitu serius dalam perbincangan mereka. Nampaknya keputusan untuk memberikan kawasan untuk keluarga Song kuasai masih tidak dibuat. Miyoung suka dengan cara mereka bekerja. Macam robot kerana tidak berperasaan.
Keduanya nampak segak dalam kemeja masing-masing. Mungkin itu adalah pakaian sehari-hari yang ada dalam almari mereka agaknya. Lagak mereka penuh berkarisma. Miyoung memberi tabik kerana perbincangan diteruskan dalam keadaan profesional sekali.
Buktinya, ditangan mereka kosong kerana tidak memegang sebarang gelas berisi wain seperti yang biasa dilihat didalam televisyen. Itu membuktikan betapa tegasnya mereka dalam menjalankan pekerjaan dan bukannya melakukannya secara bersahaja hanya kerana mereka mengenali satu sama lain.
Urm..Tapi.. Vampire cuma minum darah sahaja wahai Miyoung. Mereka tak hadaplah anggur perap atau lebih dikenali sebagai wain. Hm.
Sedang dia duduk bersendirian melayan perasaan, seseorang datang menyapanya tanpa diundang. Lelaki itu adalah orang yang mencederakannya semalam.
Miyoung terus berdiri dan menjauhkan diri sebelum apa-apa berlaku. Dia tidak mahu menganggu Sehun kerana khawatir emosi lelaki itu terganggu dan kembali ke mood asalnya jadi dia membuat keputusan untuk masuk ke dalam mansion. Malangnya, lelaki itu mengekorinya.
"Kau nak pergi mana?" soal lelaki itu dalam nada lelaki playboy. Miyoung tidak menjawab.
Tiba-tiba, tangannya ditarik dengan kasar. Miyoung merentap tangannya dengan kasar. Jijik dipegang oleh lelaki itu.
"How is it? Sehun suka?" soal lelaki itu sambil matanya merenung tangan Miyoung yang masih berbalut itu. Miyoung memandang keji lelaki itu.
"Tak ada kena-mengena dengan kau dia suka atau tidak!" marah Miyoung. Lelaki itu mulai teruja. Teruja dengan cara Miyoung melawannya sedangkan gadis itu hanyalah sekadar haiwan peliharaan Sehun. Ajaibnya itu bukan haiwan peliharaan Sehun yang pertama menentangnya sebegini.
"Ada.." bantah lelaki itu.
"Apa?" soal Miyoung semula. Padahal dia tidak mahu tahu pun sebenarnya. Entah kenapa mulutnya boleh tersasul.
"Sebab kau serupa dengan Seungwan.. Kekasih tuan kau tu.." jawab lelaki itu. Kening Miyoung terjongket.
"Entah siapa-siapa tu aku tak kenal! Jangan nak bandingkan aku! Cukuplah jangan kacau aku!" marah Miyoung.
"Aku cuma nak bagitahu yang kau tak mungkin dapat saingi Seungwan, Miyoung.." ujar lelaki itu. Kakinya melangkah perlahan mendekati gadis itu. Miyoung tidak berganjak. Tidak mahu dipandang rendah oleh vampire kelas bawahan seperti itu.
"Mana kau tahu?" soalnya. Sengaja mencabar vampire yang tidak diketahui namanya itu.
"I can see the future Miyoung. Jauhkan diri kau dari Sehun atau.. kau mampu untuk habiskan air mata seumur hidup kau?" ujar lelaki itu.
Lelaki itu menghalang Miyoung daripada pergi dengan kedua tangannya ditekap pada dinding.
"Jangan risau. Aku pun tak mahu dekat dengan vampire tak guna macam korang. Jadi tak payah nak pura-pura risau pasal hidup aku.." balas Miyoung, keras kepala. Lelaki itu menayangkan wajah mengejek Miyoung.
"I have an offer. Kau minta Sehun lepaskan kau dan jadi pasangan aku. Kau tak akan pernah menyesal.. Aku jamin seratus-peratus," cadang lelaki itu.
Ya. Memang tak akan menyesal. Sudah lama dia menunggu giliran untuk memiliki gadis ini.
"Kau pasti tak nak mati sama tragis macam mendiang Seungwan kan?"
Sengaja lelaki itu mendekatkan wajahnya pada telinga Miyoung untuk berbisik dengan gadis itu. Ketika itulah, satu jeritan kedengaran.
"Taehyung!!"
Sehun melaung dari jauh. Lelaki itu menteleportkan dirinya dan segera menolak Taehyung agar menjauhkan diri daripada Miyoung.
"I've warn everyone jangan sekali-kali sebut nama kekasih aku depan aku atau sesiapa pun kan!!" jerkah lelaki itu. Nafasnya naik turun. Dia menarik kolar Taehyung dan menumbuk lelaki itu sekali lagi.
Taehyung tidak melawan sebaliknya ketawa bagai mengejek lelaki yang hanya tua setahun darinya itu.
"Macam mana pula aku boleh padam memori Seungwan, kekasih yang kau rampas daripada aku Oh Sehun?" soal Taehyung. Menaikkan lagi baran Sehun.
Badan Taehyung dihempap ke dinding sehingga berlakunya retakan disitu.
"Dia milik aku sejak awal lagi!! Engkau yang rampas dia dari aku!!"
"Bila kau nak sedar yang Seungwan tak pernah cintakan kau pun! Dia terseksa setiap saat bersama dengan kau sampaikan dia lebih rela mati daripada terima tawaran untuk hidup sebagai vampire dan jadi pasangan kau!! Seungwan tak pernah bagitahu semua tu sebab engkau yang beriya-iya dengan dia!!"
Taehyung membalas. Tumbukan dilepaskan pada pipi Sehun. Anak mata Sehun bergegar.
"Sekarang kau nak lakukan hal yang sama pada perempuan ni??"
"Cukup! Jangan samakan Seungwan dengan sesiapa. Miyoung cuma haiwan peliharaan aku dan itu tak akan mengubah sebarang fakta apapun walaupun wajah dia seiras Seungwan. Pet akan tetap jadi pet. Ingat tu sampai mati.." balas Sehun.
Miyoung tersentak. Sekali lagi dia dihina mati-matian oleh ahli keluarga Choi dihadapan orang asing.
"Thanks.. Thanks sebab pertahankan aku depan lelaki yang aku tak kenal ni, Oh Sehun.. Bersyukur sangat ada tuan macam kau.." ujar Miyoung, kecewa. Dia membawa dirinya pergi dari sana sendirian.
Sehun dan Taehyung hanya melihat sahaja pemergiannya tanpa berniat pun mahu memujukknya. Diatas tangga, dia bertembung dengan adik-beradik Song yang lain.
Matanya tajam merenung vampire-vampire itu sampaikan mereka tak jadi untuk mengusiknya.
"Look what you have done. She's crying.." ujar Jihyo dari atas kepada Sehun dan Taehyung.
"Let her be. Dia ada tuan dia." sindir Taehyung.
Sehun menarik bahu Taehyung dan menolaknya kasar.
"Kau memang sengaja kan nak cari gaduh? Apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku?" soal Sehun. Taehyung menyapu bahagian dimana Sehun menyentuhnya seolah-olah jijik.
"Aku tak pernah akan puas hati dengan kau Sehun. Kau hutang aku sejak kau rampas dia.. Dan kali ni, aku akan pastikan kau bayar berlipat kali ganda.."
to be continued
YOU ARE READING
(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !
VampirosQuahog. Bandar yang membawa malapetaka buat Miyoung. Pertemuan dengan manusia pontianak membuatkan hidupnya kucar-kacir. "Terkenal macam mana pun korang, tak ada hak untuk korang ambil aku sebagai 'hamba'!" "That is the rules. Quahog is ours incl...