Part 11

1.1K 101 23
                                    

"Cik Miyoung kena pindah bilik baru," ujar Butler Kang. Miyoung yang masih dalam keadaan lemah itu bingung seketika.

"Pergi mana?" soalnya. Dia baru sahaja selesa tidur di katil besar itu alih-alih kena pindah pula. Ke mana lagilah dia nak duduk selain bilik mewah ini?

"Bilik master di tingkat paling atas. Itu akan jadi kediaman Cik Miyoung selama tinggal di sini sampailah bulan purnama tiba," jawab Butler Kang. Miyoung tidak mengangguk mahupun menggeleng.

Dia biarkan sahaja orang-orang masternya memunggah barangan ke bilik baru. Kemudian, dia diiringi oleh Butler Kang menuju ke bilik baharu itu. Di tingkat itu, hanya mereka sahaja yang ada manakala vampire lain tinggal ditingkat bawahnya.

Sebaik sahaja Miyoung melangkah masuk ke dalam bilik tersebut, bauan harum menerjah ke dalam lubang hidungnya. Ianya bukan vanila mahupun lavender, tetapi bauan yang amat jarang dijumpai. Tidak dapat dipastikan bau apakah itu.

Mata Miyoung tertancap pada satu lukisan cantik yang berada di tengah bilik. Wajah gadis itu mirip wajahnya. Tetapi dia lebih elegan daripadanya. Lebih kelihatan seperti seorang bangsawan ternama zaman dahulu. Pakaiannya juga mewah.

Hiasan mewah yang dipakainya juga hanya mampu dimiliki oleh kerabat diraja sahaja. Sungguh berbeza dengan dirinya ini.

(Cringe sia gambar ni 😂)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Cringe sia gambar ni 😂)

"Cantik kan?" Tanya seseorang. Miyoung menoleh kearah lelaki yang berada di dalam kegelapan di sudut bilik.

Dia kenal lelaki itu. Lelaki pertama yang menghisap darahnya.

"She may look like you, but I want you to remember this one simple thing... You will never be her... never...You're not more than just my pet.." bisik Sehun, sungguh kejam. Miyoung menggigit bibir. Tangannya dikepal.

"Aku bukan haiwan peliharaan kau!" bantah Miyoung.

"Little did you know? Once kau jejakkan kaki kau dalam rumah ni, kau secara rasminya milik aku."

Pergelangan tangan Miyoung digenggam kuat. Gadis itu melawan Sehun meskipun belum sembuh sepenuhnya.

"Terkenal macam mana pun korang, korang tak hak untuk jadikan aku hamba macam ni!"

"Teruskan berdalih. Sebab kenyataannya tak akan pernah berubah. Quahog is ours and so do you. That is the rule. Refer to my lawyer in case kau tak puas hati cause at the end of the day, you'll be looking like a clown if you don't accept this..." Balas Sehun, sengaja mengejek Miyoung.

Haiwan peliharaannya yang satu ini agak menarik. Selalunya, petlah yang teringin sangat hendak diratah. Tetapi yang ini, dia yang mahu masternya tunduk.

"Stupid..." kata Miyoung perlahan lalu beredar dari sana. Dia masuk ke dalam salah satu bilik tidur dan duduk di situ dengan senyap. Bukan merajuk, cuma menahan diri daripada melepaskan kemarahan. Juga menahan rasa sakit pada lengannya itu.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now