Part 34

986 91 227
                                    


"Kau kan donor Sehun.." jawab Chanyeol. Itu membuatkan Miyoung hampa. Ingatkan mereka pernah kenal dulu.

"Bekas ye. Bekas.." jelas Miyoung.
Chanyeol anggukkan sahaja.

"Kan bagus kalau aku jadi pet kau daripada si Sehun tu. Tak adalah aku sakit hati macam ni.." luah Miyoung.

Chanyeol terpaku. Dia merenung Miyoung, lama.

Lengan Miyoung dicuit. Chanyeol mengajak Miyoung untuk membawa Kai bermain-main ditaman untuk mengisi masa terluang mereka sekarang. Dia mengambil frisbee yang berada didalam keretanya dan memberikannya kepada Miyoung. Itu semua untuk menceriakan gadis itu.

Gadis itu melempar frisbee tersebut dan membiarkan Kai si anjing mengejarnya. Dia bergilir-gilir pula dengan Chanyeol. Kadang, mereka dikejar oleh Kai kerana mempermainkan haiwan itu.

Kai melompat keatas Miyoung sehingga membuatkan Miyoung terbaring. Anjing itu menjilat mukanya sambil menyalak. Miyoung ketawa kerana geli dengan perlakuan anjing polis itu. Chanyeol menghalau Kai dan membantu Miyoung untuk bangun.

Kebetulan, ada seorang lelaki penjual aiskrim lalu disana. Chanyeol membelikan tiga batang aiskrim dan satunya diberikan kepada Kai.

Sedang mereka berseronok, sebuah kereta polis berhenti berdekatan mereka. Polis itu menjerkah mereka secara tiba-tiba.

"Hoi! Kau curi anjing polis ya?!" jeritnya. Miyoung terkejut.

Dia sebenarnya tak memberitahu pun kepada ayahnya yang dia mengambil Kai daripada kandangnya untuk sementara. Lebih teruk lagi, Miyoung kenal polis itu. Dia kawan kepada ayahnya.

"Uncle sorry!"

Miyoung menarik Chanyeol lari dari sana. Dia lagi sanggup masuk penjara daripada dibebelkan oleh kawan baik ayahnya yang menjengkelkan itu.

Pegawai polis bernama Jaehyun itu mengejar mereka berdua. Mujurlah mereka sempat menyorok. Miyoung tergelak saat melihat Uncle Jaehyun yang tercungap-cungap mencari mereka. Maklumlah perutnya sedikit buncit.

Chanyeol tersenyum kecil melihat aksi Miyoung itu. Dia cepat-cepat menyembunyikan senyuman itu dan membawa Miyoung ke kereta Mazda hitamnya.

"Jom lah aku hantar kau balik?" ajak Chanyeol. Dia tak boleh biarkan Miyoung pulang bersendirian tanpa penjaga. Anjing bernama Kai itu juga sudah tiada disana saat mereka berpatah balik.

"Okey." jawab Miyoung.

Chanyeol mula memandu ke rumah Miyoung. Tak lama kemudian, mereka tiba. Miyoung menoleh sekilas kearah Chanyeol.

"Aku ingatkan kau sombong selama ni. By the way terima kasih teman aku harini. Jumpa lagi.." ujar Miyoung. Dia masuk ke dalam rumah sambil melambai-lambai kearah Chanyeol.

Lelaki itu mengangguk kecil dan mula memandu ke mansion semula. Diseat belakang, seorang gadis vampire terbangun dari hibernasi sementaranya. Gadis itu adalah gadis yang sama berada dengan mereka semasa pemilihan donor. Dia lah yang mengarahkan Miyoung agar tidak mengada-ngada dan ikut sahaja Chanyeol pergi ke mansion.

Gadis bermata sepet itu merenung ke jalan raya dihadapannya.

"Perempuan cantik tu dah balik?" tanyanya, dalam keadaan separa sedar. Chanyeol berdehem sahaja.

"Sombong la kau ni. Aku tanya pun tak nak jawab.." ujar gadis itu. Chanyeol menggulingkan anak matanya, menyampah. Dahi gadis itu dipukul dengan belakang tapak tangannya.

"Kau sendiri tahu jawapannya kan? Ni kali terakhir aku bagi kau rapat dengan Miyoung. Jangan berani nak tegur dia." Chanyeol memberi amaran. Serius. Wajahnya tegang.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now