Part 42

945 88 32
                                    


'I love you..Miyoung..'

Miyoung terbangun saat jam loceng mengejutkannya. Kepalanya terasa sakit. Dia menoleh kearah belakangnya. Sehun sudah pun tiada disana.

Dia bangun dan memakai semula pakaiannya. Miyoung duduk diatas kerusi dan mengeluh perlahan. Tak sangka, dia sudah menjadi liar dan melampai batas itu. Tapi sekurang-kurangnya, ianya diserahkan pada orang yang dia cinta. Kan?

Dia terus membersihkan diri dan turun untuk bersarapan. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Sooyoung yang berada disitu.

Encik Kim mengarahkan Miyoung untuk duduk disana dan berbual kosong dengan wanita itu.

Sooyoung tersenyum menyapa gadis itu. Menimbulkan tanda tanya pada Miyoung.

"Kita perlu berbincang.." ujar Sooyoung.

"Pasal apa? Sehun?"

"Not him. But you."

"Me?"

Selesai sarapan, Miyoung dibawa ke mansion keluarga Choi. Para hamba masih menyapanya dengan hormat. Dia mengekori Sooyoung sehinggalah ke bilik bacaan.

Sooyoung mempelawanya untuk duduk sementara dia menyediakan teh. Miyoung menunggu sebentar. Dia dapat rasakan yang hal yang ingin dibincangkan itu bukanlah berita baik.

"Miyoung did you know about your power?" soal Sooyoung sambil menghulurkan teh herba kepada Miyoung.

Dahinya berkerut. Keningnya hampir bercantum.

"Kuasa apa?"

"Awak tahu tak kenapa kami pilih awak sebagai pet Sehun dan bukannya orang lain?" tanya Sooyoung lagi. Miyoung menggeleng.

"Cause you're special. Kamu ada ikatan kuat dengan keluarga vampire Britain dan Son Seungwan. Kamu bukan manusia biasa. Kamu immortal tapi kamu bukan vampire. Kewujudan kamu ni sukar untuk dijelaskan." terang Sooyoung sambil memegang tangan Miyoung.

Kening Miyoung terjongket. Apa yang Sooyoung cuba sampaikan sebenarnya?

"Kamu immortal, sebab tu kami pilih kamu. Bukan calang-calang orang yang boleh berdamping dengan Sehun, keturunan pure vampire Perancis. Kamu perasan tak perubahan pada Sehun sejak dia ada dekat dengan kamu?" sambung wanita itu lagi.

Miyoung menggeleng. Tidak mahu mencelah lagi.

"Kuasa kamu, buatkan Sehun jadi lemah! Kuasa kamu buatkan benda yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada Sehun! Apa kamu pernah dengar vampire tidur?" nada suara Sooyoung berubah.

"Korang tak tidur?"

Sooyoung melepaskan keluhan. Jadi, Miyoung tak tahu rupanya. Dia menggeleng perlahan.

"We didnt, Miyoung. Kuasa kami akan berkurang sekiranya kami kembali tidur. Dan benda tu akan memberi kesan pada nyawa kami. Saya tak sepatutnya biarkan kamu bersama Sehun. Saya menyesal sebab cadangkan kamu pada Siwon. Tapi dah tak boleh buat apa dah.."

Sooyoung bangun dan menuju ke mejanya. Dia memegang kepalanya yang pening. Pening bagaimana mahu menyelamatkan Sehun.

"Kami tak boleh tidur pun bersebab. Tidur tu ibarat musuh untuk kami!"

"Tapi apa kaitannya? Takkan lah saya berdiri sebelah dia je terus dia jadi lemah gitu? Apa saya ni boleh radiatekan kuasa ke sekeliling macam tu je ke?" soal Miyoung.

"Tak."

"See? So, macam mana?"

"Darah kamu.. sebahagiannya mengalir dalam badan Sehun. Ikatan antara kamu terlalu kuat untuk dipisahkan. Macam mana nak pisahkan kalau darah tu dah sebati dalam badan dia? Sebab itulah, saya minta kamu jauhkan diri daripada Sehun. Tolonglah Miyoung. Untuk kebaikan kita bersama."

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now