Part 45

991 91 88
                                    

Miyoung diculik oleh Taehyung sewaktu dia tertidur selepas dijaga oleh Jongin. Sudah tiba masanya untuk dia iairu Taehyung menunaikan janjinya untuk menyeksa orang yang paling Sehun sayangi.

Dia memaksa Miyoung untuk bangun dengan menjirus air ke muka gadis itu dengan kasar.

"Ahh--Apa.." Miyoung tertelan sedikit air yang dijirus ke mukanya.

"Princess dah bangun?" soal Taehyung, sinis. Mata Miyoung terbeliak.

Dia terkejut melihat betapa ramainya vampire yang sedang mengerumuninya. Lebih terkejut lagi apabila mengetahui yang dirinya sedang diikat dengan begitu tinggi sekali pada tiang besi.

"Sir? Apa semua ni?!" soal Miyoung.

Taehyung menggulingkan matanya kerana menyampah. Dia menjentik tangannya dan menyedarkan Miyoung sekali lagi.

"Tak ingat lagi ke? Takkan lah kuasa hipnosis aku tu kuat sangat kan?" soal Taehyung. Dia membuang kaca matanya dan menunjukkan wajah sebenarnya.

Selama ini, dia menghipnosis Miyoung agar tidak mengenali rupa sebenarnya supaya mudah untuk dia mendekati gadis itu.

Disebabkan itulah, Miyoung tidak mengecam wajahnya pada awal pertemuan mereka didalam kelas.

"Kau? Lelaki jahat tu?!"

"Iya. Aku Kim Taehyung. Orang yang dah pernah rasa darah manis kau.. Hahahaha" jawab Taehyung.

Miyoung cuba untuk melepaskan diri namun ikatan ditangan dan kakinya itu terlalu kuat.

"Kau nak apa lagi hah?!" marah Miyoung.

Taehyung terbang dan mendekatinya. Wajah Miyoung dicekup dengan kasar.

"Remember our coffee dates? Aku nak tebus tu sekarang, my silly student." jawab Taehyung. Miyoung melarikan wajahnya kerana jijik disentuh oleh Taehyung.

"Jangan sentuh aku!!"

Taehyung berundur.

"Well. If you said so.."

Para vampire lain mula mendekatinya. Mereka memandangnya seolah-olah satu santapan yang menyelerakan. Miyoung menggeletar.

"Chanyeol!! Selamatkan aku!! Chanyeol!" teriak Miyoung, meminta tolong. Taehyung ketawa.

"Kesiannya. Baby dah kehilangan sugar daddy dia sampai kena panggil sugar daddy baru ye?" ejek Taehyung.

Tiba-tiba, dinding mansion dirempuh oleh sesuatu.

Jongin masuk dengan gaya seorang superhero.

"Lepaskan future wife aku!!" Arahnya dengan suara yang dibuat-buat garau. Seulgi menunjal belakang kepala lelaki itu. Dia mara ke hadapan dan berdepan dengan keluarga Song.

"Eo? Another sugar daddy? Banyaknya umpan kau Miyoung?" sindir Taehyung lagi. Sengaja merendahkan martabat Miyoung sebagai wanita.

"Kitorang tak nak gaduh. Kitorang nak hak kitorang je. Pulangkan dan kami akan pergi dengan senyap.." pinta Seulgi, cuba untuk bertoleransi dengan mereka.

Matthew mara ke depan mewakili Taehyung.

"Sorry. Ini tanah kami jadi kami boleh buat sesuka hati. Manusia tu milik kami dan kamu semua boleh berambus!" halau Matthew.

Chanyeol mengenggam penumbuknya. Tak semena-mena, sebelum sempat dia mara, Irene terlebih dahulu menyerang. Dia berlawan dengan beberapa orang ahli keluarga Song demi menyelamatkan Miyoung.

Junmyeon mengekori dari belakang.

Perlawanan itu begitu sengit sehinggakan ada beberapa dari mereka yang mati dicabut kepala.

(C)Blood Bound : Shhh 쉿 !Where stories live. Discover now